M Malasingam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari M. Malasingam)

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru atau M. Malasingam adalah seorang senator Malaysia dari negeri Perak. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili BN-MIC untuk tempoh tiga tahun (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012).

Dr. M. Malasingam merupakan anak jati Tapah dan menguruskan Klinik Sentosa di Pekan Tapah, Perak. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian MIC Tapah semenjak 1980-an.


Pada 21 Disember 2011, majlis perpisahan sebagai Senator telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.Turut menamatkan perkhidmatan ialah Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012), Datuk Fatimah Hamat (23 Disember 2008 - 22 Disember 2011) dan Datuk Armani Mahiruddin (9 Julai 2009 - 21 Disember 2011).[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]