M. Masnawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Masnawi
Album rakaman piring hitam oleh M. Masnawi.
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an


M. Masnawi (1946 - 7 Ogos 2022) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

M. Masnawi dilahirkan pada tahun 1946, dan mencipta nama dengan lagu Jangan Kau Tangiskan. M Masnawi pernah merakamkan lagu dengan iringan Kugiran Rian versi EP SIMA Record SM999.

Selepas bersara deripada menyanyi beliau kemudiannya bekerja sebagai tukang gunting. Pada tahun 2004, beliau telah diserang angin ahmar ketika bersendirian di rumahnya dan dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng.

Beliau ini semakin sihat tetapi masih tidak boleh bekerja dan dan kini dijaga oleh isterinya Mimi Miswath.

M. Masnawi meninggal dunia pada 7 Ogos 2022 ketika berusia 76 tahun.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Jangan Kau Tangiskan
  • Nantilah Daku Di Ambang Syurga
  • Oh Purnama
  • Semoga Bahagia
  • Adek Ku Sayang
  • Engkau Lukakan Hatiku
  • Terkenang Mimpi semalam
  • Jangan Kau Tangiskan
  • Hanya Doamu


Pautan luar[sunting | sunting sumber]