M. Noor Rapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari M. Noor)
M. Noor Rapan
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi,
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an
Laman sesawang

M. Noor Rapan atau lebih dikenali sebagai M. Noor merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar tahun 1960-an.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

M. Noor Rapan dilahirkan pada 1931, merupakan salah seorang penyanyi era 60-an yang awal. Beliau sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Night Shadow, dan mencipta nama dengan lagu Sabar Menanti dan Puspa Dewi.

Selepas bersara deripada menyanyi beliau kemudiannya bekerja sebagai pemandu teksi di Singapura. Pada tahun 1999, beliau telah diserang angin ahmar ketika hendak pulang ke rumahnya di Tanglin Halt dan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Hingga kini keadaan beliau dilaporkan masih belum 100 peratus sembuh dan dijaga oleh isterinya, Hamidah Ahmad.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Sabar Menanti
  • Puspa Dewi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]