Pergi ke kandungan

M. Rizal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Rizal
Kelahiran
Mohd Razali bin Hashim

(1953-07-19)19 Julai 1953
Meninggal dunia23 Ogos 2024(2024-08-23) (umur 71)
Taman Damai Jaya, Skudai, Johor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1970-an - 1990-an
PasanganSalmah Musa
Anak-anak5

Mohd Razali Hashim (19 Julai 1953 – 23 Ogos 2024) yang dikenali sebagai M. Rizal merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Teluk Intan, Perak. Beliau juga merupakan pemegang gelaran "Juara Bintang RTM 1978". Selepas memenangi pertandingan tersebut, beliau hanya sempat merakamkan tiga album studio bersama tiga syarikat rakaman yang berlainan.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
  • M. Rizal (1979)
  • Di Wajah Meja Cinta (1985)
  • Menanti Kehadiran Cintamu (1993)

Album runut bunyi

[sunting | sunting sumber]

Meninggal Dunia

[sunting | sunting sumber]

M. Rizal menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor, pada pukul 10.55 malam, 23 Ogos 2024.

Allahyarham yang popular dengan lagu Abang Beca meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat ulser perut.

Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak akibat penyakit gout. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Emas, Skudai pada pukul 10 pagi.

Allahyarham meninggalkan isteri, Salmah Musa, 74, bersama lima anak dan 11 cucu.