Pergi ke kandungan

M. Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Zain
M. Zain pada 1950-an
Kelahiran
Mohamad Zain bin Shariff

1921 (1921)
Meninggal dunia31 Januari 1967(1967-01-31) (umur 45–46)
Sebab kematianPenyakit kuning
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1959–1967
MajikanMalay Film Productions
Terkenal keranaWatak Labu dalam filem Labu dan Labi

Mohamad Zain Shariff atau lebih dikenali sebagai M. Zain (1921 – 31 Januari 1967 di Jalan Perak, Pulau Pinang) ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.

Beliau pernah berlakon dengan ramai pengarah filem termasuk P. Ramlee, Omar Rojik dan Jamil Sulong, antaranya watak dan karakter sebagai Labu, tukang masak kepada Haji Bakhil dalam filem Labu dan Labi di samping P. Ramlee, Udo Omar dan Mariani yang menyerlahkan lagi lakonannya.

Beliau juga pernah menjadi seorang penyelenggara ruangan Lawak Jenaka dalam majalah Arena Filem, majalah hiburan popular di Malaya dan Singapura di sekitar tahun 1950an hingga 1960an.

M. Zain meninggal dunia pada 31 Januari 1967 iaitu pada usia 46 tahun.[1]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1959 Raja Laksamana Bentan Ramasamy Filem pertama
Nujum Pak Belalang Kanchong
1960 Pertarongan
Isi Neraka Bagong
Sumpah Wanita Pak Labu
Megat Terawis
Putera Sangkar Maut Peminta Sedekah Pelakon sampingan
1961 Ali Baba Bujang Lapok Tukang Lelong Hamba Abdi
Seniman Bujang Lapok Muthusamy Penampilan khas
Sri Tanjung
Mas Merah Pak Sagai
Si Tanggang Orang Kampung
Panji Semerang
Indera Bangsawan Putera Kuntum Selasih
Singapura Dilanggar Todak Wak Labu
Rahsia Kejadian Anak
Aneka Hiboran
1962 Gerhana Maideen
Ibu Mertua-ku Abang Ali
Siti Muslihat Khamis
Neracha Baharin
Labu dan Labi Labu bin Kundur / Doktor Labu Tarzan Malaya / Jesse Labu / Haji Labu / Robin Labu
1963 Nasib Si Labu Labi Labu[2]
Pilih Menantu Zain
Kasih Tanpa Sayang Ahmad
1964 Mambang Moden Pak Hassan
Melanchong Ka Tokyo
1965 Sayang Si Buta Dollah
1966 Aksi Kuching Karim Filem terakhir
  1. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
  2. ^ M. Zain (1921–1967)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]