Maahad Al-Munir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MA'AHAD AL-MUNIR)
Logo Ma'ahad Al-Munir

Ma'ahad Al-Munir secara rasminya adalah dibawah naungan Yayasan Al-Munir Malaysia. Ma'ahad Al-Munir bermula sebagai sebuah asrama penempatan pelajar Malaysia ditubuhkan pada tahun 2008 di Sana'a, Republik Yaman. Didirikan dengan harapan untuk menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang mencetak generasi Al-Quran serta mampu memacu ummah kearah kegemilangan Islam.

Ma'ahad Al-Munir berada di Sana'a, Republik Yaman dari tahun 2008-2012. Sekitar tahun 2011-2012 berlaku perang saudara hasil kebangkitan rakyat Yaman yang bermula dari kebangkitan negara arab yang dikenali sebagai Kebangkitan Dunia Arab. Pada tahun 2012 Ma'ahad Al-Munir menutup operasinya di Yaman, dan membuka kembali operasinya di Kuala Lumpur pada tahun 2015 sehingga kini.


Fokus Ma'ahad Al-Munir memberikan pendidikan percuma pada Asnaf Fakir Miskin, Anak Ibu Tunggal dan Anak Yatim. Sebagai asas merakyatkan Pendidikan Islam untuk semua lapisan masyarakat tanpa dihalangi masalah kewangan dan lain-lain.

Sewaktu tahun 2008-2012 jumlah pelajar yang berada di Ma'ahad Al-Munir adalah seramai 15 org dan dua orang tenaga pentadbiran ma'ahad. Pelajar-pelajar Al-Munir semuanya berdaftar di Universiti, pusat tahfiz dan sekolah di Yaman.

Berikut maklumat tempat pengajian dan jumlah mereka :

  • Universiti Al-Iman: 7 Orang
  • Universiti Sains dan Teknologi: 4 Orang
  • Darul Quran: 3 Orang
  • Madrasah Nuraniah: 1 Orang

Mereka mengikuti sistem pengajian di Universiti, tahfiz dan sekolah pada waktu pagi, kemudian setelah pulang daripada pusat pengajian, mereka diaturkan dengan program tarbiyyah dan ilmiah bagi membentuk mereka sebagai fardul muslim yang mampu menguasai ilmu, memimpin dan berakhlak mulia.

Bermula tahun 2015 hingga kini Ma'ahad Al-Munir sedang meluaskan operasinya. Ma'ahad Al-Munir memberi fokus pendidikan Islam percuma pada mereka yang memerlukan dari umur 6 Tahun sehingga 17 tahun. Sehingga kini Ma'ahad Al-Munir mempunyai 2 cawangan iaitu di Taman Wira Permai, Seksyen 30, Shah Alam dan Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor.

Ma'ahad Al-Munir sedang merencana membeli tanah di Kuala Langat seluas 2.5 ekar. ianya akan menempatkan Masjid, Asrama, kantin, perpustakaan, makmal Sains, kelas pengajian kanak-kanak, remaja dan dewasa serta warga emas. Pendidikan Islam berterusan untuk semua menjadi teras utama didalam pembangunan pendidikan di Ma'ahad Al-Munir.

Moto[sunting | sunting sumber]

"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Yang Muttaqin"

Sistem Pengajian[sunting | sunting sumber]

  1. Tahfiz (Hafazan Quran dan Pengajian Tajwid Bersanad
  2. Turath (Hafazan Mutun & Pengajian Kitab Turath)
  3. Akademik (Mengambil peperiksaan SPM bagi pelajar tahun akhir)

Subjek dan Silibus Pengajian[sunting | sunting sumber]

Subjek-subjek Pengajian di Ma'ahad Al-Munir Pelajar-pelajar di al-munir siapkan dengan ilmu-ilmu tambahan, bagi memastikan mereka menjadi ulama' yang haraki.

Berikut merupakan subjek dan silibus pengajian mereka di Al-Munir

  • Al-Quran : Sanad Riwayat Hafs 'An 'Asim
  • Tajwid: Matan Tuhfatul Atfal & Matan Jazari
  • Tafsir: Tafsir Ibnu Kathir
  • Aqidah: Aqidatul 'Awwam, Jauharah Tauhid, Faridatul faraid dan lain-lain
  • Tazkiyyah: Bidayatul Hidayah , Penawar bagi hati , minhajul abidin dan lain-lain
  • Seerah Nabawiyyah: Sirah, durus wal ibar, Rahiq Al-Makhtum dan Seerah Ibnu Hisyam
  • Hadith: Hadith 40, Riyadussolihin, Misykat, Kutub Sittah dan lain-lain
  • Fiqh Syafie: Safinah, abi syuja, matan zubad, iqna', tahrir, minhaj dan lain-lain
  • Nahu & Sorf: Ajrumiah, matan bina', qatrunnada dan lain-lain
  • Usul Fiqh: Waraqat, mahalli dan lain-lain
  • Mustalah Hadith: Matan baiquniyah
  • dan lain-lain

Cawangan[sunting | sunting sumber]

  1. Selangor (Ibupejabat) : No.49-2, Jalan Flora 2/1, Bandar Rimbayu 42500 Telok Panglima Garang, Selangor darul Ehsan.
  2. Selangor : NO.7, JALAN TANJUNG AGAS 30/142, TAMAN WIRA PERMAI, SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
  3. Terengganu: Kg Lerek, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman (Dalam proses pembinaan)
  4. Pahang: Kuantan (dalam perancangan diwujudkan)
  5. Borneo : (dalam perancangan diwujudkan)

Cawangan yang meliputi : Malaysia Barat, Timur, Selatan dan Borneo

No. Akaun Ma'ahad[sunting | sunting sumber]

  1. MAYBANK ISLAMIC: 562245511210 (MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI)
  2. CIMB ISLAMIC: 8603223657 (MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI)
  3. BANK ISLAM: 12122010029868 (MA’AHAD AL-MUNIR)

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

  1. No Tel : +60133289114 / 03-55252098
  2. Email: almunircentre@gmail.com
  3. Web : http://www.almunir.my Diarkibkan 2019-07-02 di Wayback Machine
  4. Facebook: http://www.facebook.com/almunircentre
  5. Instagram: http://www.instagram.com/almunircentre

Pautan luar[sunting | sunting sumber]