MAPAN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MAPAN atau Majlis Permuafakatan Angkatan NGO-NGO Malaysia merupakan sebuah perkumpulan NGO-NGO, badan-badan sukarela dan juga badan-badan politik yang dikumpul bagi tujuan-tujuan kebaikan sejagat. Penubuhan awal MAPAN dimulakan oleh beberapa NGO utama yang kini menggunakan pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai sekretariat operasi dan koordinasi.

Dasar perkumpulan MAPAN adalah bagi menangani isu-isu berkaitan kepentingan Negara, keamanan, keharmonian, keselamatan, kemanusiaan dan apa-apa juga isu yang melibatkan kebaikan kemanusiaan sejagat.

MAPAN boleh dianggotai oleh mana-mana NGO dan badan berdaftar secara ad hoc mengikut isu dan keperluan semasa mengikut keperluan agenda semasa yang ditetapkan.

Antara ahli yang berdaftar adalah PPIM, PRESMA, MOVA, KCM, NUTE, KLCA, YKM, MMVIP, PPKN, DPIS, GPMS, PPKWP, PERMIM, MEMM dan KIMMA.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekretariat Khas :
c/o MAPAN @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
No. 70X, Jalan Keramat Hujung,
Bukit Keramat , 54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-42532781
Faks : 03-42566617
MAPAN Hotline : 019-3591000

Pautan luar[sunting | sunting sumber]