MBDA Exocet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Exocet
Sebuah peluru berpandu Exocet lancaran udara, AM39
JenisPeluru berpandu anti kapal jarak sederhana
Tempat asalPerancis
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1979 - kini
Sejarah pengeluaran
PengeluarDivisyen Aérospatiale, MBDA
Spesifikasi
Berat670 kilogram (1,480 lb)
Panjang4.7 meter (15 ka 5 in)
Diameter34.8 sentimeter (1 ka 1.7 in)
Warhead165 kilogram (364 lb)

EnjinEnjin pendorong pepejal
Lebar sayap1.1 meter (3 ka 7 in)
Jarak
operasi
70–180 kilometer (43–112 bt; 38–97 nmi)
Altitud penerbanganMendakap laut
Kelajuan315 metres per saat (1,030 ft/s)
Sistem
pemanduan
Inersia dan radar aktif
Platform
pelancaran
Pelbagai platfom:
  • Lancaran permukaan; MM38
  • Lancaran udara; AM39
  • Lancaran kapal selam; SM39
  • Lancaran permukaan; MM40

Exocet merupakan peluru berpandu anti kapal buatan Perancis yang dikeluarkan dalam pelbagai versi yang mampu dilancarkan daripada kapal dan bot, kapal selam, dan kapal terbang. Ia telah digunakan secara meluas dalam pertempuran semenjak 1980-an dan seterusnya. Namanya berasal dari perkataan Perancis bererti ikan terbang.

Konflik Falkland[sunting | sunting sumber]

Pada 1982, semasa Perang Falkland, Exocet menjadi terkenal di seluruh dunia apabila kapal terbang Super Etendard Tentera Laut Argentina yang dilengkapi Exocet menengelamkan kapal pembinasa Tentera Laut Diraja Britain HMS Sheffield pada 4 Mei, 1982 dan kapal dagang seberat 15,000 tan Atlantic Conveyor, dihentam dengan dua peluru berpandu anti-kapal Exocet, pada 25 Mei. Sebiji Exocet MM38 kapal-anti-kapal dipindahkan dari kapal pembinasa Tentera Laut Argentina ARA Guerrico ke lori di daratan [1] mengenai HMS Glamorgan pada 12 Jun.

Sungguhpun pihak Argentina mendakwa bahawa satu serangan Super Etendard bersenjatakan Exocet pada 30 Mei merosakkan kapal pengangkut pesawat HMS Invincible, dakwaan ini tidak terbukti, kerana operasi udara brterusan oleh Invincible tanpa bukti kerosakan. Semasa pergeseran, kerajaan Argentina beberapa kali mendakwa merosakkan atau menengelamkan beberapa kapal, dengan beberapa dakwaan telah merosakkan atau menengelamkan kapal pengangkut HMS Invincible dan HMS Hermes, dua kapal perang British terpenting di situ, dan menembak jatuh pesawat Sea Harrier, akibat gabungan kekeliruan biasa semasa pertempuran dan bagi tujuan propaganda.

Peluru berpandu Exocet yang mengenai HMS Sheffield menghentam dek kedua, 2.4 meter (7 ka 10 in) di atas garis air dan menembusi jauh kedalam bilik kawalan Sheffield',[2] berhampiran dengan bilik enjin hadapan, merekah badan kapal terbuka sekitar 1.2 kali 3 meter (3.9 kali 9.8 ka). Ia kelihatannya bahawa kepala peledaknya tidak meletup.[3] Gambaran menunjukkan bahawa hentaman awal peluru berpandu memusnahkan sistem penjana eletrik atas kapal dengan serta merta dan meretakkan salur air utama, dan dengan itu mengakibatkan kapal tersebut hangus dijilat api yang marak. Sungguhpun kehilangan Sheffield merupakan kejutan besar bagi pihak British, peluru berpandu itu sendiri mendapat penghormatan yang menghairankan, perkataan "Exocet" masuk ke dalam penggunaan bahasa pasar British sebagai melambangkan, "serangan yang dashyat". Ia masih digunakan sekali-sekala dan, sehingga 2009, kekal diketahui ramai. Kaki tangan Sheffield dan ahli Pasukan Petugas British berpendapat bahawa peluru berpandu tersebut telah meletup, tetapi laporan rasmi dari Badan Penyiasat Tentera Laut DiRaja ("RN Board of Inquiry"), kini terdapat di Internet (2007), menyatakan bahawa berdasarkan bukti yang ada kepala peledak tersebut tidak meletup. Kerosakan diakibatkan oleh tenaga kinetik besar oleh peluru berpandu, dan bahan api peluru berpandu yang tinggal yang terbakar pada hentaman.

Exocet yang menghentam Glamorgan gagal untuk meletup, tetapi bahan api roket yang tinggal mengakibatkan kebakaran besar. Ia kemungkinannya bahawa Glamorgan diselamatkan dari kemusnahan sepenuhnya kerana tindakan tangkas pegawai dan jurumudi. Dengan hanya amaran kurang dari satu minit tentang kedatangan peluru berpandu, mereka memerintah kelajuan maksima dan berpusing bagi meletakkan her stern ke arah peluru berpandu. Apabila peluru berpandu menghentam, kapal condong jauh ke kanan dan disebalik menghentam sisi kapal, peluru berpandu menghentam coaming dan dipantul ke atas. Kesan kemik akibat hentaman tersebut masih jelas kelihatan apabila Glamorgan dikemaskan pada akhir 1982.

Pada tahun-tahun selepas Perperangan Falklands ia didedahkan bahawa kerajaan British dan agensi Perkhidmatan Perisik Rahsia amat bimbang dengan apa yang di anggap kelemahan pertahanan anti-peluru berpandu Tentera Laut Di Raja terhadap Exocet dan potensi peluru berpandu tersebut bagi mengimbangi perperangan laut secara mutlak kepada pasukan Argentina. Di London, senario mimpi ngeri dibayangkan di mana salah satu atau kedua kapal pengangkut pasukan UK (HMS Invincible dan HMS Hermes) akan dimusnahkan atau dilumpuhkan oleh serangan Exocet, yang akan menjadikan penawanan semula kepulauan Falkland lebih sukar. Bagi mengekang ancaman Exocet operasi perisikan besar dimulakan bagi menghalang Tentera Laut Argentina daripada mendapat lebih banyak Exocets. Operasi tersebut termasuk agen perisikan British mendakwa sebagai saudagar senjata yang mampu membekalkan sejumlah besar Exocet kepada Argentina, mengelakkan Argentina daripada mendapatkan sumber yang mampu membekalkan beberapa peluru berpandu sebenar. Perancis menghalang penghantaran beberapa peluru berpandu Exocet AM39 yang baru dubeli ke Peru - bagi menghalang kemungkinan ia dibekalkan kepada Argentina.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

hentaman peluru berpandu Exocet
Tiga versi utama Exocet, dari atas SM39 lancaran kapal selam, MM40 lancaran kapal permukaan dan AM39 lancaran pesawat udara

Peluru berpandu Exocet dibina oleh syarikat MBDA Eropah division Aérospatiale (yang juga merupakan cabang Perancis bagi pasukan Anglo-Perancis yang membina Concorde.) Ia juga merupakan salah satu daripada peluru berpandu Permukaan ke Permukaan / Udara ke Permukaan yang dalam perkhidmatan. Pembangunan bermula pada 1967, sebagai peluru berpandu lancaran kapal dinamakan MM 38. Exocet lancaran udara dimajukan pada 1974 dan mula berkhidmat dengan Tentera Laut Perancis pada tahun 1979.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]