MFMF

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MFMF.
Juga dikenali sebagai
Music For My Friends
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2018–kini
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.wearemfmf.com
Ahli
  • Brendan Lim
  • Wee Zhen Yong
Bekas ahli
  • Justin Seow

MFMF (digayakan sebagai MFMF.) ialah kumpulan penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia, terdiri daripada Brendan Lim, Justin Seow dan Wee Zhen Yong.[1] Portfolio mereka terdiri daripada artis-artis terkenal seperti Yuna, Hael Husaini dan Nabila Razali. Trio ini mendapat pengiktirafan meluas pada 2020 menerusi lagu "Peluang Kedua" hasil nukilan bersama Hael dan dipersembahkan oleh Nabila.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

MFMF. ialah singkatan bagi Music For My Friends,[2] ditubuhkan pada 2018 sebagai trio yang terdiri daripada duo Spuds yang dianggotai oleh Wee Zhen Yong dan Justin Seow dan penerbit, Brendan Lim atau Kuizz. Ketiga-tiga mereka kesemuanya pernah bergerak sendiri dalam pelbagai cabang kerjaya.[3]

Di awal penglbatan mereka dalam bidang muzik, MFMF. bergiat aktif dalam penciptaan lagu dan lirik berbahasa Inggeris. Zhen dan Justin yang bergerak di bawah nama Spuds pernah bekerjasama dengan Aina Abdul menerusi lagu "Ghost".[3] Single pertama ciptaan mereka ialah "Flashes" yang menampilkan Bil Musa,[4] diikuti oleh "Passin' Thru" menampilkan Daiyan Trisha.[5]

Pada tahun 2020, mereka mengarang dan menulis lagu "Stop Lah So Being Cute" yang dipersembahkan oleh Harith Zazman dan Loca B yang dikeluarkan pada 18 Jun.[6] Pada April 2020, MFMF. melancarkan lagu bertajuk "Goodbye" yang menggandingkan penyanyi Korea-Amerika, Annale; penyanyi Filipina, Iñigo Pascual dan pemain gitar Brazil, Mateus Assato. Proses rakaman lagu ini dijalankan pada September 2020.[7][8]

Pada Disember 2021, MFMF kini melebarkan sayap mereka ke pasaran antarabangsa dengan melancarkan single terbaharu, "Rindu" dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Korea. 3 versi bahasa lagu ini diterbitkan bagi mengetengahkan budaya Malaysia kepada masyarakat luar. Lagu ini turut menampilkan bersama dua penyanyi, Airliftz dan Alex Ungku.[9][10]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Brendan Lim – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
  • Justin Seow – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
  • Wee Zhen Yong – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman

Diskografi penerbitan[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Penyanyi
"Flashes" 2019 Bil Musa
"Passin' Thru" Daiyan Trisha
"Summer Lover" Alex Ungku
"Too Much Love"
"Pixels" 2020 Ili Ruzanna, Asyrfnsir
"Peluang Kedua" Nabila Razali
"Stop Lah Being So Cute" Harith Zazman, Loca B
"Tak Tahu" Harith Zazman, TujuLoca
"Lara" Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli
"Kais Pagi Kais Petang" 2021 Andi Bernadee
"Crush" Haziq, Asyrfnsir
"Goodbye" Annale, Iñigo Pascual, Mateus Assato
"Tonight" Talitha, Resort
"Tetap Aku Cinta" Ara Johari
"Rindu"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Local Malaysian talents on the rise – MFMF" [Bakat tempatan Malaysia sedang meningkat naik – MFMF.] (dalam bahasa Inggeris). DJ Mag Malaysia. 17 Februari 2019. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  2. ^ a b John Tan (2 Jun 2021). "Unsung heroes of music" [Wira muzik tidak didendang] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  3. ^ a b Zaidi Mohamad (14 April 2021). "MFMF hasil karya penyanyi antarabangsa". Berita Harian. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  4. ^ "Introducing: Malaysian alt-pop collective, MFMF. team up with songwriter Bil Musa on debut single, Flashes" [Memperkenalkan: Gabungan pop alternatif Malaysia, MFMF. bekerjasama dengan penulis lagu, Bil Musa dalam single sulung, Flashes] (dalam bahasa Inggeris). Purplemelonmu. 1 Mac 2019. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  5. ^ "INTERVIEW: MFMF's Passin' Thru with Daiyan Trisha is an ode to love and trust" [TEMUBUAL: Passin' Thru karya MFMF. bersama Daiyan Trisha ialah seruan kepada cinta dan kepercayaan] (dalam bahasa Inggeris). Fly FM. 23 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-23. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Dulu tular kereta kabel, sekarang dah jadi penyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2021.
  7. ^ Siti Athirah Dzulkifly (29 April 2021). "MFMF lebar sayap ke peringkat antarabangsa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  8. ^ Aref Omar (30 April 2021). "#Showbiz: MFMF goes international with Goodbye single" [#Hiburan: MFMF melangkah antarabangsa dengan single Goodbye] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  9. ^ Zaara Talita (9 Disember 2021). "MFMF buat lagu dalam tiga bahasa". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2022.
  10. ^ Zaara Talita (16 Disember 2021). "MFMF sepakat 'eksport' karya". Harian Metro. Dicapai pada 10 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]