Mobile Legends: Bang Bang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MLBB)
Mobile Legends: Bang Bang
PembangunMoonton
PenerbitElex Technology
PerekaSkyhook[1]
EnjinUnity[2]
PlatformAndroid
PelepasanAndroid
  • Seluruh dunia: 14 Julai 2016
iOS
  • Seluruh dunia: 9 November 2016[3]
GenreArena pertarungan atas talian multipemain
ModMultipemain

Mobile Legends: Bang Bang (sering disingkatkan sebagai Mobile Legends, MLBB atau ML) merupakan sebuah permainan telefon pintar genre arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton, anak syarikat usaha ByteDance. Permainan ini diterbitkan buat julung kalinya di China untuk sistem pelantar Android pada 14 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2017. Permainan ini berasaskan enjin syarikat Tencent.[4] Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah permainan bergenre arked iaitu Mobile Legends.

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Seorang kanak-kanak sedang bermain Mobile Legends: Bang Bang.

Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan arena pertarungan atas talian multipemain yang direka untuk telefon bimbit.[5][6] Dalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh (enemy's base) dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan (lanes). Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas (top), tengah (middle), dan bawah (bottom), yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira (hero) dari peranti masing-masing. Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets). Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Di setiap pasukan, terdapat lima pemain yang masing-masing mengendalikan watak yang dikenali sebagai "pahlawan". Wira boleh dikelompokkan menjadi 6 peranan yang berbeza iaitu Marksman, Assassin, Mage, Support, Fighter dan Tank.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Permainan ini telah menjadi popular di Asia Tenggara (SEA), di mana ia merupakan aplikasi permainan mudah alih yang paling banyak dimuat turun dalam kalangan pengguna iPhone pada 2017.

Pertandingan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pertandingan Legends Mobile telah diadakan di rantau Asia Tenggara, termasuk Mobile Legends tahunan - Bang Bang Southeast Asian Competition (MSC) dan bahkan setiap negara mempunyai liga tempatan mereka sendiri. Mobile Legends telah disahkan sebagai tajuk sukan pertama yang akan dimasukkan sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara 2019.[7]

Permainan spin-off[sunting | sunting sumber]

Moonton mengeluarkan permainan spin-off rasmi berjudul Mobile Legends: Adventure (MLA), permainan strategi RPG, pada akhir bulan Julai 2019.

E-Sukan[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Serantau[sunting | sunting sumber]

Pertandingan sukan elektronik rasmi yang pertama kali diadakan oleh Moonton ialah Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup (MSC) pada tahun 2017. [8] Ianya merupakan kejohanan tahunan Mobile Legends: Bang Bang e-sukan di serantau Asia Tenggara. Kejohanan ini terdiri daripada pasukan berbeza dari pelbagai negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand & Singapura (sejak 2017), Vietnam dan Myanmar (sejak 2018), [9] Kemboja dan Laos (sejak 2019), [10] serta negeri-negeri Timur Tengah dan Afrika Utara (sejak 2022). [11] Pada 2017, peserta game kejohanan dipilih hanya melalui beberapa siri kelayakan tempatan. Meski demikian, bermula 2018 para peserta kejohanan ditingkatkan tes kelayakan untuk mengikuti liga tersebut dan hanya dua komuniti paling atas dari salah negara Asia Tenggara saja yang dapat mengikuti Mobile Legends: Bang Bang Liga Professional

Mobile Legends: Bang Bang Professional League ianya siri kejohanan serantau rasmi yang ditubuhkan pada 2018. Liga ini pelfungsi sebagai qualifikasyen kelayakan untuk MSC dan Kejohanan Dunia MLBB. Liga Profesional pertama kali dibina di empat negara iakni Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Myanmar. Malaysia dan Singapura berkongsi liga yang sama sampai Singapura memisahkan diri dengan menubuhkan liga dalam negerinya sendiri pada 2021. [12] Pada Ogos 2021, Moonton mengumumkan MLP Brazil, liga MLP pertama di luar rantau SEA sekaligus expansyen ambisius Moonton. [13] Kemboja juga membina liga MLPnya sendiri dengan pelkerjasama dengan Smart Axiata, kanak syarikat daripada Axiata pelaburan asal Malaysia. [14]

Kawasan di luar Asia Tenggara tanpa MLP rasmi mempunyai kejohanan qualifikesyen mereka sendiri seperti Mobile Legends: Bang Bang: Gulf Cup 2020 dan M3 Arabia Major untuk serantau Timur Tengah dan Afrika Utara, [15] dan M3 World Championship North American (NA) Kelayakan 2021 untuk di wilayah Amerika Utara. [12]

Pada 5 November 2020, One Esports dan Moonton mengumumkan kejohanan baharu yang dipanggil sebagai One Esports MPL Invitational (MPLI) di mana 20 komuniti kejohanan akan bersaing dalam siri perlawanan penyingkiran dengan hadiah sebesar 100,000$ [16] Pada 15 Disember 2021, Moonton pelkerjasama sekali lagi dengan One Esports, mengumumkan kejohanan khusus bagi esport wanita pertamanya yakni Invitesien Wanita MLBB (MWI) dengan hadiah sebesar 15,000$. [17]

Kejohanan Dunia[sunting | sunting sumber]

Mobile Legends: Kejohanan Dunia Bang Bang, yang biasanya dirujuki ebagai M-Series and Worlds, ianya merupakan kejohanan e-sukan antarabangsa tahunan di mana pasukan di seluruh dunia akan berhadapan satu sama lain bagi menjadi johan seluruh dunia dalam game Mobile Legends: Bang Bang . Kejohanan Dunia MLBB pertama, digelar sebagai M1, diadakan di Axiata Arena di Kuala Lumpur, Malaysia pada tarikh ke 15 sampai dengan 17 November 2019. Pertandingan itu menampilkan 16 pasukan di seluruh dunia yang bertarung untuk mendapatkan hadiah berjumlah AS$250,000. [18] [19] Kejohanan dunia kedua, digelar sebagai M2, sepatutnya bermula pada 2020 tetapi ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 . M2 kemudiannya dijadualkan semula dan diadakan di Hotel Shangri-La di Singapura pada Januari 2021 dengan kumpulan hadiah sebesar 300,000$. [20] Kejohanan dunia ketiga, digelar sebagai M3, diadakan di Singapura bagi kali kedua dan mendapat peningkatan hadiah sebesar 800,000$. [21] Kejohanan ini bahkan mempunyai rekod tontonan yang sangat tinggi yakni sebanyak 3.18 juta, menembus rekod yang sebelum di kejohanan M2 . [22]

Semua komuniti yang sanggup menjadi juara, diberi kulit/skin eksklusif bagi wira-wira pilihan mereka bagi memperingati kejuaraan mereka. Skin tersebut boleh saja dibeli pemain dengan masa yang terhad. [23]

Media yang berkaitan[sunting | sunting sumber]

SNK[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Moonton dan SNK mempunyai kerjasama membebaskan kulit KOF (King Of Fighters) dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang. Kulit mempunyai kesan keterampilan dan suara KOF. Kulit siri 1 KOF yang dikeluarkan dalam permainan adalah Iori Yagami untuk wira Chou, Leona Heidern untuk wira Karina, dan Athena Asamiya untuk wira Guinevere. Kulit siri KOF kedua yang dikeluarkan adalah Kula Diamond untuk wira Aurora, K' untuk wira Gusion, dan Orochi Chris untuk wira Dyrroth.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kerajaan India pada Jun 2020 telah mengharamkan Mobile Legends bersama-sama 58 aplikasi China yang lain akibat kemerosotan hubungan China-India berkikutan insiden pertembungan China-India di sempadan Garis Kawalan Sebenar pada bulan itu.[24]

Kontroversi hak cipta[sunting | sunting sumber]

Riot Games, pembangun permainan League of Legends telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Moonton kerana pelanggaran hak cipta, memetik persamaan antara Mobile Legends dan League of Legends. Pada bulan Julai 2018, mahkamah China memutuskan untuk memihak kepada Riot, dengan memberi ganti rugi kepada Tencent (syarikat induk Riot) AS$2.90 juta (RMB19.4 juta).[25]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bhatiya, Rajiv (30 December 2021). "MLBB Developers Talk About Their Journey And The Roadmap For The Future 5 Years". Flizzyy. Dicapai pada 1 January 2022.
  2. ^ Low, Aloysius (18 July 2019). "Mobile Legends: Bang Bang is getting an engine update | ONE Esports - The Home Of Esports". ONE Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  3. ^ Wasid, Ahmed (11 August 2019). "Is Mobile Legends: Bang Bang the next big mobile esport?". DotEsports.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2020. Dicapai pada 1 October 2019.
  4. ^ "Riot Games parent Tencent wins $2.9 million in lawsuit against Mobile Legends developer". Dot Esports. Dicapai pada 18 July 2018.
  5. ^ "Mobile Legends: Bang bang". facebook.com. Dicapai pada 25 Ogos 2017.
  6. ^ "Mobile Legends Dev Releases Statement Re: Riot Suing Mobile Legends". YugaTech. 12 Julai 2017. Dicapai pada 25 Ogos 2017.
  7. ^ "Mobile Legends is the first confirmed esports title for the 2019 SEA Games". FOX Sports Asia. 28 November 2018.
  8. ^ Sadang, Kim Earlie (September 1, 2017). "'Mobile Legends: Bang Bang' MSC finals are ongoing". Blasting News. Dicapai pada March 9, 2020.
  9. ^ "A Legendary Competition: Mobile Legends MSC 2018". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22.
  10. ^ "Mobile Legends' Sea Cup (Msc) Will Feature a Us$120,000 Prize Pool". ONE Esports. June 5, 2019.
  11. ^ Elona, Jules (4 October 2021). "MPL MENA: Moonton launches new league in Middle East North Africa region". One Esports. Dicapai pada 12 March 2022.
  12. ^ a b Rossel, John Dave (3 September 2021). "What is MPL? A Brief History of Mobile Legends: Bang Bang Professional League". AFK Gaming. Dicapai pada 3 January 2022.
  13. ^ Ahmed, Wasif (27 June 2021). "Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) heads to Brazil". Dot Esports. Dicapai pada 3 January 2022.
  14. ^ Hyrliková, Henrieta (29 July 2021). "Mobile Legends: Bang Bang expands MPL to Cambodia". Esportsinsider. Dicapai pada 3 January 2022.
  15. ^ Elona, Jules (28 July 2021). "M3 Arabia Major: The winner will qualify for the MLBB M3 World Championship". One Esports. Dicapai pada 3 January 2022.
  16. ^ Sengupta, Shounak (5 November 2020). "ONE Esports and Moonton Announce $100K MPL Invitational in Partnership With Wonderful Indonesia". The Esports Observer. Dicapai pada 17 January 2022.
  17. ^ Ahmed, Wasif. "Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Women's Invitational unveiled with $15,000 prize pool". Dicapai pada 17 January 2022.
  18. ^ "Philippine teams to compete in the first ever Mobile Legends: Bang Bang World Championship 2019". ABS-CBN Sports. 11 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
  19. ^ Marges, Jason (10 November 2019). "M1 2019: A Primer for the world's biggest Mobile Legends: Bang Bang Clash". One ESports. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
  20. ^ Choudhury, Sayan (9 December 2020). "Mobile Legends M2 World Championship: All about global MLBB tournament". Gaming on Phone. Dicapai pada 3 January 2022.
  21. ^ "The highly anticipated M3 World Championship will take place in December. 16 teams are confirmed to participate in the tournamen. | ONE Esports". One Esports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-26.
  22. ^ Mahato, Ashish (15 December 2021). "Mobile Legends M3 World Championship 2021: The RRQ vs ONIC PH series crosses the record of 3.18 million peak viewers". EsportsGen. Dicapai pada 3 January 2022.
  23. ^ Elona, Jules (21 December 2021). "Which hero will get an M3 skin? OHEB and OhMyV33nus share their wish list". One Esports. Dicapai pada 3 January 2022.
  24. ^ "Indian govt bans 59 Chinese apps: Is PUBG Mobile now banned in India?". Sportskeeda (dalam bahasa Inggeris). 29 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2020. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  25. ^ "Riot Games parent Tencent wins $2.9 million in lawsuit against Mobile Legends developer". Dot Esports. Dicapai pada 18 Julai 2018.