Muafakat Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MN)
Muafakat Nasional
موافقت ناسيونل
SingkatanMN
Diasaskan14 September 2019 (sebagai gabungan parti politik biasa)
Dibubarkan13 Oktober 2022
Gabungan
Bergabung
Digantikan oleh
Ibu pejabatPejabat Muafakat Nasional, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
IdeologiKetuanan Melayu
Konservatif
Islamisme
Kedudukan politikTengah kanan ke sayap kanan
AgamaIslam
Warna          Hijau, Merah dan Putih
SloganMuafakat Rakyat
Penyatuan Ummah
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Muafakat Nasional (MN) ialah sebuah kerjasama berpiagam antara dua parti politik teras Melayu-Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dibentuk hasil daripada Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan antara dua parti politik tersebut semasa Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019.

Selepas Malaysia mengalami kemelut politik 2020 akibat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, keahlian kerjasama ini bertambah apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan dan berpihak kepada Muafakat Nasional. Ia turut mendapat sokongan Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) sebelum gabungan parti politik Perikatan Nasional didaftarkan secara rasmi.

Selepas gabungan parti politik Perikatan Nasional didaftarkan secara rasmi, UMNO kemudiannya menarik sokongan terhadap BERSATU sebagai rakan kerjasama dan memaksa PAS juga menarik sokongan kepada BERSATU. Pada 13 Oktober 2022, PAS menaakan pendirian[1] kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15 selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahidi Hamidi memberi kata dua kepada PAS untuk memutuskan hubungan dengan BERSATU dan PN jika ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO pada PRU15.

Piagam Muafakat Nasional[sunting | sunting sumber]

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Dengan izin Allah SWT, sesungguhnya UMNO dan PAS dengan setulus hati mengisytiharkan pembentukan suatu 'Muafakat Nasional' yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk.

Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

  • Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;
  • Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
  • Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
  • Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
  • Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.

Pembubaran[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Ahmad Said berkata, tiada Muafakat Nasional di Terengganu kerana Barisan Nasional di Terengganu mahu bertanding menentang Perikatan Nasional Terengganu yang diketuai oleh PAS dan Pakatan Harapan.[2]

Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi pula menyatakan sokongan penuh terhadap Muafakat Nasional di Selangor dan mahu ia diperkukuhkan lagi bagi menentang Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.[3]

Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi yang menganggotai Majlis Presiden Muafakat Nasional telah mengumumkan bahawa kerjasama dalam Muafakat Nasional sudah tiada kerana Parti Islam Se-Malaysia telah menjadi parti komponen dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional tidak dapat didaftarkan kerana kedua parti tersebut telah berada dalam gabungan parti politik yang berlainan.[4]

Susulan[sunting | sunting sumber]

Annuar Musa, pemimpin UMNO, telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bernama Muafakat Nasional yang telah diluluskan pendaftaran pada 18 Disember 2022. Dalam pengumuman ahli dewan tertinggi pertubuhan ini turut disenaraikan beberapa pemimpin parti politik negara seperti Noh Omar (UMNO), Zuraida Kamaruddin (PBM), Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU), dan Mohd Zuhdi Marsuki (PAS).[5]

Shahidan Kassim, bekas pemimpin UMNO, mengumumkan penubuhan Pertubuhan Perpaduan Ummah selepas menerima diluluskan pada 29 Disember 2022 dalam memastikan usaha membentuk kerjasama seluruh rakyat selepas pilihan raya umum ke-15[6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Suzalina Halid (Oktober 13, 2022). "PAS pilih Perikatan Nasional". BH. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  2. ^ 'Tiada kerjasama antara UMNO dan Pas di Terengganu' - Ahmad Said
  3. ^ Umno, PAS Selangor komited jayakan Piagam Muafakat Nasional
  4. ^ Muafakat Nasional Sudah Tiada – Ahmad Zahid Hamidi
  5. ^ Faiz Zainudin (Disember 15, 2022). "Zuraida, Noh, Redzuan, Zuhdi among top leaders in Annuar's MN". FMT. Dicapai pada 7 Februari 2023.
  6. ^ "Shahidan umum lancar NGO Pertubuhan Perpaduan Ummah". FMT. 1 Januari 2023. Dicapai pada 7 Februari 2023.