Pengimejan resonans magnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari MRI)
Lompat ke: pandu arah, cari

MRI - Magnetic Resonance Imaging. Gambaran keratan rentas badan yang diambil dengan menggunakan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan tersebut. Berbeza dengan "CT scan", MRI tidak mendedahkan pesakit kepada radiasi disebabkan tiada penggunaan X-ray dalam proses tersebut.

MRI head side.jpg
Imej MRI


Magnetic Resonance Imaging (MRI) merupakan satu kaedah untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan physiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon.

Pertama sekali, pusingan nukleus atomik molekul tisu diselarikan dengan menggunakan medan magnet yang berkuasa tinggi. Kemudian, denyutan frekuensi radio dikenakan pada satah menegak kepada garis medan magnet agar sebahagian nuklei hidrogen bertukar arah. Selepas itu, frekuensi radio akan dimatikan menyebabkan nuklei bertukar pada konfigurasi asal. Ketika ini berlaku, tenaga frekuensi radio dibebaskan yang dapat dikesan oleh gegelung yang mengelilingi pesakit. Signal ini direkod dan data terhasil di proses oleh komputer untuk menghasilkan imej tisu. Dengan ini, ciri-ciri anatonomi yang jelas dapat dihasilkan. Pada kegunaan perubatan, MRI digunakan untuk membezakan tisu pathologi seperti tumur otak berbanding tisu normal.

Teknik ini bergantung kepada ciri tenang nuklei hidrogen yang dirangsang menggunakan magnet dalam air. Bahan contoh didedahkan seketika pada tenaga radiofrekuensi, yang dengan kehadiran medan megnet, membuatkan nuklei dalam keadaan bertenaga tinggi. Ketika molekul kembali menurun kepada normal, tenaga akan dibebaskan kepersekitaran, melalui proses yang dikenali sebagai bertenang "relaxation." Molekul bebas untuk menurun lebih pantas, tenang lebih pantas. Perbezaan antara kadar tenang merupakan asas imej MRI--sebagai contoh, molekul air dalam darah bebas untuk tenang lebih pantas, dengan itu, tenang pada kadar berbeza berbanding molekul air dalam tisu lain.

Walaupun kelakuan nuklear atomik dalam contoh terpenting bagi teknik ini, penggunaan istilah nuklear dihindari untuk mengelakkan kebimbangan tidak berasas disebabkan kebimbangan atau kerisauan yang timbul dengan kaitan antara perkataan "nuklear" dengan teknologi digunakan dalam senjata nuklear dan risiko bahan radioaktif. Berbeza dengan teknologi senjata nuklear, nuklei berkait dengan MRI wujud dan sedia ada samaada teknik ini digunakan atau tidak.

Salah satu kelebihan tinjau MRI adalah, menurut pengetahuan perubatan masa kini, ia tidak merbahaya kepada pesakit. Berbanding dengan CT scans "computed axial tomography" yang menggunakan axial tomographi berkomputer yang melibatkan dos radiasi mengion, MRI hanya menggunakan medan magnet kuat dan radiasi tidak mengionkan "non-ionizing" dalam jalur frekuensi radio. Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pesakit dengan bendasing logam (seperti serpihan peluru) atau implant terbenam (seperti tulang Titanium buatan, atau pacemaker tidak boleh discan di dalam mesin MRI, disebabkan penggunaan medan megnet yang kuat.

Satu lagi kelebihan scan MRI adalah kualiti imej yang diperolehi kebiasaannya revolusi lebih baik berbanding CT scan. Lebih-lebih lagi untuk scan otak dan tulang belakang walaupun dicatatkan bahawa CT scan kadang-kala lebih berguna untuk kecacatan tulang.

Membayangkan kepentingan asas dan applikasi MRI dalam bidang perubatan, Paul Lauterbur dan Sir Peter Mansfield dianugerah Nobel Prize pada 2003 dalam Physiologi atau Perubatan|Hadiah Nobel dalam Perubatan untuk jumpaan mereka mengenai MRI.

MRI scan khusus[sunting | sunting sumber]