MSL Sendirian Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Malaysia Super League (MSL) Sendirian Berhad ialah syarikat Malaysia yang diasaskan pada tahun 2004 bertujuan menyelia aspek pemasaran Liga Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berhasrat menswastakan liga bola sepak tempatan di samping memasarkan segala bentuk pertandingan yang dianjurkan oleh FAM.

MSL Sendirian Berhad kini diterajui oleh Timbalan Presiden FAM dan ADUN Rembau iaitu Khairy Jamaluddin yang merupakan pengasas kelab bola sepak MyTeam yang kemudian dikenali sebagai UPB-MyTeam apabila mereka bergabung dengan kelab United Plantation Berhad (UPB) Perak. Operasi harian syarikat ini bagaimanapun berada di bawah kendalian COOnya, Kuhan Foo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]