MYNIC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MYNIC Berhad ialah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mentadbir ruang nama bagi .my.

MYNIC merupakan pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sebagai nama domain peringkat nasional, MYNIC menyediakan organisasi dan individu Malaysia identiti jenama yang unik di Internet.

Kategori[sunting | sunting sumber]

Tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

MYNIC bertanggungjawab dalam membangunkan dasar domain peringkat tertinggi dan sentiasa berada di hadapan dalam teknologi nama domain dengan melaksanakan projek-projek penyelidikan seperti berikut:-

  • IPV6 (Internet Protocol version 6) (Protokol Internet versi 6)
  • DNSSEC (Domain Name Server Security Extensions) (Sambungan Keselamatan Pelayan Nama Domain)
  • ENUM (Telephone Number Mapping) (Pemetaan Nombor Telefon)
  • Anycast and IDN (Internationalised Domain Names) (Siar jiran dan Nama Domain yang Diantarabangsakan)
  • Mempromosikan dan aktiviti latihan untuk penggunaan teknologi di atas

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Mendaftar nama domain .my
  • Mengubahsuai rekod nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Menghapus nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Memindahkan nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Mencari nama domain yang sudah berdaftar dengan MYNIC
  • Berita dan maklumat terkini berkaitan dasar-dasar MYNIC untuk domain .my
  • Penyediaan landasan bagi penyelesaian masalah di antara pendaftar nama domain dan pihak ketiga

Ketua Pegawai Eksekutif[sunting | sunting sumber]

  1. Shariya Haniz Binti Zulkifli (1 Ogos 2006 - 30 Oktober 2010)
  2. Tengku Intan Narqiah Binti Tengku Othman (1 Februari 2011 - 21 Disember 2011)
  3. Muhammad Ikmaluddin Bin Ismail (3 September 2012 - 4 Februari 2013)
  4. Hasnul Fadhly Bin Hasan (8 Oktober 2013 - Sekarang)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]