M 109 A3GN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

M 109 A3GN merupakan versi Norway bagi bedil gerak sendiri M109, yang direka di Ameriks Syarikat pada awal 1960-an.

Program M109A3GN[sunting | sunting sumber]

M109A3GN pertama digunakan di Norway adalah A3Gs versi Jerman (yang menyerupai M109A3 Amerika Syarikat) dibeli dari Jerman dan dihantar pada 1969. Norway kemudiannya melakukan psedikit pengubahsuaian, menghasilkan A3GN. Sebanyak 126 telah dibeli. Kebanyakan dari ini ditempatkan sebagai simpanan bergerak dan dihantar kepada beberapa kemudahan simpanan. Meriam ini kekal dalam tatarajah ini sehingga 1990-an, yang kemudiannya dipertingkatkan sedikit.

Dengan berakhirnya Perang Dingin, simpanan gerak tidal lagi penting, dan jumlah bedil M109 dikurangkan dengan banyaknya kepada 56.

Masa depan M109A3GN[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan abad ke-21, ia jelas bahawa sesuatu perl;u dilakukan terhadap pasukan meriam. Sungguhpun kebanyakan meriam lama ditunda telah dibersarakan, tunggaknya masih M109A3 yang berusia 40 tahun.

Peluang terbuka pada 2002, apabila Belanda mengakui bahawa mereka membeli terlampau banyak Pzh-2000 baru, dan menawarkan 18 darinya kepada Norway dengan pertukaran unit NASAMS lebihan. Norway bersetuju dengan pertukaran tersebut dan menandatangani perjanjian pada 23 Jun 2003. Tetapi apabila Norma mengira semula, mereka mendapati bahawa budget mereka tidak membenarkan perkhidmatan 18 pasukan Pzh-2000, kerana kos setiap meriam kepada kerajaan adalah 50 juta NOK (830 000 USD). Sebaliknya, kerajaan memutuskan untuk menggunakan 40 juta NOK (660 000 USD) bagi mempertingkatkan 14 dari 56 meriam dalam simpanan kepada piwaian moden. Peningkatan ini dijadualkan tamat pada akhir 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]