Maahad Ar-Ridhwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ma'ahad Ar-Ridhwan)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Ma’ahad Ar-Ridhwan
Lokasi
Bandar
Telok Medan, 34300, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahMadrasah, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berdisiplin Dan Berintegriti
Ditubuhkan1947
SesiPagi
Nombor sekolah6057213321
Kod sekolahAFT3006
PengetuaEncik Abdul Latif Bin Harun
Tenaga pengajar40 Orang
Jumlah penuntut269 Orang
Kelas15
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Nor Kamarudin Bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Mohd Nazri Bin Ghazali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Mahani Binti Ajis
Faks6057214717
Laman sesawang



Ma’ahad Ar-Ridhwan atau nama ringkasnya Ma’ahad Ar-Ridhwan, merupakan sebuah Madrasah yang terletak di Telok Medan.

Pada 2009, Ma’ahad Ar-Ridhwan memiliki 117 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 187 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal sekolah ini ialah sekolah Ridzwaniah atau Madrasah Ar Ridwaniah.Diasaskan pada tahun 1942 di zaman penaklukan Jepun di tanah Melayu.Bangunan asalnya menumpang di masjid Jamek, Telok Medan Bagan Serai yang dikenali nama Masjid Ar Ridzuan. Pendidikan dan pelajaran yang diajar di peringkat awal hanya penekanan Fardu Ain dan Bahasa Arab.Guru Besar yang pertama menerajui Sekolah Ridzwaniah atau Madrasah Ar -Ridhwaniah ialah seorang yang terkenal bernama Allahyarham Ustaz Ahmad bin Azam . Beliau dibantu oleh seorang sahabat yang bernama Allahyarham Ustaz Muhammad bin Awang dan beberapa orang guru lain. Mereka telah bekerja keras untuk memastikan madrasah terus maju. Pada tahun 1945 jawatan Guru Besar telah diambil alih oleh seorang ustaz yang bernama Allahyarham Ustaz Yusuf bin Nawawi . Beliau meneruskan tanggungjawab bersama guru-guru lain .

Madrasah ini tertegak hasil kerja dan usaha tenaga pengajar iaitu guru-guru yang mempunyai keikhlasan yang tinggi dan keinginan yang kuat dalam menyampaikan risalah Islam dan dibantu oleh kerjasama masyarakat setempat yang sentiasa memberi sokongan yang padu dari segi tenaga , kewangan dan pemikiran yang membina . Mereka selalu melakukan aktiviti bergotong royong membersihkan dan membangunkan madrasah, menghulurkan wang ringgit dan memberikan buah fikiran yang membina. Ahli jawatankuasa Madrasah Ar Ridhwaniah dianggotai oleh beberapa orang yang dihormati penduduk setempat . Di antara mereka yang memegang jawatan tersebut ialah En Alias b Haji Arshad ( ketua kampung ) , Tuan Imam Arshad , ustaz Mohammad b Saad , En Khalid b Mohammad, En Abd Latif b Harun , Encik Misbah b Hj Salam .

Pada tahun 1970an sehingga 1980an Madrasah Ar Ridhwaniah mengalami sedikit kemerosotan disebabkan oleh masalah kewangan dan masalah dalaman yang tidak begitu serius . Namun, hal ini dapat diatasi dan ditangani dengan baik . Kemerosotan ini berlanjutan sehinggalah pada tahun 1983 Madrasah Ar Ridwaniah ini menunjukkan peningkatan yang membanggakan dibawah seorang Guru Besar yang mempunyai pengalamam dan ilmu yang tinggi dalam bidang agama iaitu Tuan Guru Allahyarham Ustaz Abdul saad b Mahyuddin ( Imam Masjid Ar Ridhwan meninggal dunia pada tahun 2007 ) dan dibantu oleh seorang yang amat bertanggungjawab terhadap Madrasah dan para pelajar iaitu Allahyarham Ustaz Mohd Yusuf b Ijoh . Seorang lagi tokoh yang terlalu banyak berjasa kepada Madrasah ialh Ustaz Haji Abdul Samad b Ishak yang dilantik sebagi penasihat madrasah. Pada ketika itu pelajar madrasah hanya sekitar 50 orang sahaja dan madrasah mempunyai lima buah kelas iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 .Sejajar dengan perkembangan pendidikan negara pada ketika zaman 70an dan awal 80an madrasah ini juga menyediakan kelas alran kebangsaan dan mengadakan peperiksaan SRP dan SPM pada masa yang sama sekolah menengah ini juga menjadi tumpun para pelajar yang gagal dalam peperiksaan SRP dan SPM untuk mengulang semula atau memperbaiki keputusan mereka .

Pada tahun 1986 jawatan Guru Besar telah diamanahkan kepada seorang lagi tokoh yang masyhur iaitu Allahyarham Tuan Guru Ustaz Haji Abdul kadir b Abdul Qahar meninggal dunia pada 25 Ramadhan 1413H bersamaan tahun 1995 . Beliau dibantu oleh seorang yang banyak berjasa dan berkorban dalam memajukan madrasah iaitu Allahyarham Ustaz Abdul Rahman Nazri b Said dan dibantu oleh guru –guru lain . Maka bermulalah zaman kegemilangan dan kecemerlangan madrasah ini . Allahyarham Tuan Guru Ustaz Haji Abdul kadir b Abd Qahar adalah seorang yang ingin merperkembangkan Pengajian Islam kepada semua golongan masyarakat maka beliau telah menubuhkan Pengajian Pondok . Pelajar-pelajarnya terdiri daripada remaja dewasa lelaki dan perempuan.Disamping itu juga, beliau membuka ruang terutama kepada Warga Emas untuk belajar agama . Beliau menyediakan pondok-pondok kecil untuk didiami oleh pelajar pondok, warga emas dan guru-guru . Kawasan sawah yang sedia ada telah ditambak untuk membuat pondok-pondok pelajar, warga emas dan rumah baru . Maka lahirlah satu perkampungan Islam di sini . Pada masa yang sama juga telah membuka aliran menengah atas tau Pra Universiti (STPM) dan Sekolah Rendah Agama bermula dari Darjah 1 hingga 6. Pada ketika ini nama madrasah Ar Ridhwaniah telah dikenali sebagai sekolah Menengah Ar- Ridwaniah .Pelajar pada waktu ini sekitar 100 orang . Mereka datang dari seluruh semenanjung Malaysia untuk belajar di sini . Pengajian sesi pagi berlangsung setiap hari bermula hari ahad hingga hari khamis , disamping itu kuliah dan pembelajaran berlangsung selepas solat subuh sehingga waktu solat Isyak . Hasilnya ramai pelajarnya berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam negeri atau luar negeri .

Pada Mac 1995, Maahad ini mendapat Guru bear yang baru iaitu Tuan Guru Ustaz Haji Sabran bin Asmawi , bagi menggantikan Tuan Guru Ustaz Abdul Qadir b Abdul Qahar yang telah meninggal dunia . Kegemilangan berterusan sehinggalah tahun 2000 apabila kerajaan Persekutuan menyekat bantuan kepada semua Sekolah Agama Rakyat termasuklah Maahad Ar ARidhwan berkenaan bantuan Per kapita . Maka, sekolah mengalami masalah kewangan yang teruk dan pelajar semakin berkurangan. Banyak pelajar telah berpindah ke sekolah aliran kebangsaan , manakala ada guru-guru yang menerima tawaran penyerapan guru Kementerian Pelajaran . Setelah keadaan sekolah berada dalam keadaan yang amat mundur , pihak lembaga Pengelola Sekolah telah mengambil langkah menyelamatkan sekolah Agama Rakyat ini dengan menerima bantuan pada tahun pada tahun 2006 , maka Maahad ini telah manjadi sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).Dengan bantuan tersebut sekolah membangun semula dan bilangan pelajar juga bertambah.Pada ketika itu Guru Besar kini disebut Pengetua telah diamanahkan kepada Ustaz Mohd Abdul latif b Harun bermula pada 1hb Januari 200. Penukaran nama Sekolah Menengah Ar Ridhwaniah kepada Maahad Ar Ridhwan secara rasminya berlaku selepas perjanjian MOU antara pihahk pentadbir Maahad serta pengerusi jemaah Pengurusan Ustaz Hj Yusof b Bahari dengan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 14hb Februari 2006 . Kini, Maahad Ar Ridhwan melangkah ke era baru yang mencabar sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PENCAPAIAN AKEDEMIK

- SPM 2021 ( 4.73 ) mejadikan purata kelulusan semua subjek 100% lulus


PENCAPAIAN KO-AKEDEMIK

Peringakat Daerah

- Tempat Ke-3 Kejohanan Bola Sepak MSSD Bawah 18 Tahun

- Pingat Emas Acara 100m ( Perempuan Bawah 18 Tahun )

- Pingat Emas Acara 1500m ( Lelaki Bawah 15 Tahun )

- Pingat Perak Acara 800m ( Lelaki Bawah 15 Tahun )

- Pingat Gangsa Acara Lompat Kijang ( Lelaki Bawah 14 Tahun )


Peringkat Negeri

- Tempat Ke-3 Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Agama


PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Peringkat Daerah

- Johan Pertandingan E-Deklamasi Sajak ( Menengah Atas )

- Johan E-Pertandingan Syair Adab & Nilai ( Menengah Atas )

- Tempat Ke-3 Pertandingan Menulis Cerpen ( Menengah Rendah )


Peringkat Negeri

- Naib Johan Pertandingan E-Deklamasi Sajak ( Menengah Atas )

- Tempat Ke-3 E-Pertandingan Syair Adab & Nilai ( Menengah Atas )

- Karya Terbaik ( Perempuan ) Kem Daie Pena Muda Sekolah-sekolah KPM

- Peserta Terbaik ( Perempuan ) Kem Daie Pena Muda Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan

Peringkat Kebangsaan

- Peserta Kem Daie Pena Sekolah-sekolah KPM


PENCAPAIAN HAL EHWAL MURID

Peringkat Kebangsaan

- Anugerah SUMUR TERBAIK ( Dakwah )



Alamat[sunting | sunting sumber]

SABK Ma’ahad Ar-Ridhwan
Telok Medan
34300, Bagan Serai
Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]