Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi Drama bertajuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna, lihat Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna.jpg
Kulit depan novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Pengarang Acik Lana
Negara (Melayu)
Bahasa Bahasa Melayu
Genre Cinta
Penerbit Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh penerbitan
2-APR-2012
Halaman 947
ISBN ISBN 978-967-5067-98-3


Buku Maaf Jika Aku Tak Sempurna dikarang oleh dan diterbitkan pada 2014 dengan harga Malaysia Barat RM34.00/Malaysia Timur RM37.00 (2014). Ia diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN10 978-967-5067-98-3.

Novel ini telah dijadikan sebuah drama, dengan judul yang sama, iaitu Maaf Jika Aku Tak Sempurna.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

Pautan luar[sunting | sunting sumber]