Maaf Tak Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Maaf Tak Indah
Genre
PenciptaEmy Roberto
Ditulis oleh
  • PGRs Team
  • Amka Ahmad
  • Riqmal Eg
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Azlee Khairi
Azar Azmi
Lagu pembukaan"Maaf" oleh Adira[1]
Lagu penutup"Maaf" oleh Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal12 Februari 2020 – 12 Mac 2020
Kronologi
MengikutiCamelia
Diikuti olehRindu Yang Terindah

Maaf Tak Indah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Azlee Khairi dan Azar Azmi. Diadaptasi daripada novel 2018 dengan tajuk sama karya Emy Roberto, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 12 Februari 2020 hingga 12 Mac 2020 menggantikan Camelia dan digantikan oleh Rindu Yang Terindah.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan Syazan dan Raimie yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tidak mahukan anak tetapi Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila.

Setelah lima tahun, mereka dipertemukan kembali atas urusan kerja dan Syazan merayu agar dia dibenarkan untuk berjumpa dengan Adam. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu, Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun Raimie yang sebenarnya masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya itu. Tanpa disedari Raimie tidak mengetahui kewujudan anak mereka Tia.

Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba. Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka. Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Februari 2020). "Tak kisah digelar ratu soundtrack". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  2. ^ "Drama Maaf Tak Indah (TV3)". My Infotaip. 11 Februari 2020. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  3. ^ Norhayati Nordin (19 Januari 2020). "Masih resah repsons peminat". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (2 Februari 2020). "Banyak main emosi". Harian Metro. Dicapai pada 26 Februari 2020.