Maahad Al-Munir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Ma'ahad Al-Munir

Ma'ahad Al-Munir diasaskan oleh Ustaz Haji Mohamed Sukri bin Omar . Ia bermula sebagai sebuah asrama penempatan pelajar Malaysia ditubuhkan pada tahun 2008 di Sana'a, Republik Yaman. Didirikan dengan harapan untuk menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang mencetak generasi Al-Quran serta mampu memacu ummah kearah kegemilangan Islam.

Ma'ahad Al-Munir berada di Sana'a, Republik Yaman dari tahun 2008-2012. Sekitar tahun 2011-2012 berlaku perang saudara hasil kebangkitan rakyat Yaman yang bermula dari kebangkitan negara arab yang dikenali sebagai Kebangkitan Dunia Arab. Pada tahun 2012 Ma'ahad Al-Munir menutup operasinya di Yaman, dan membuka kembali operasinya di Kuala Lumpur pada tahun 2015 sehingga kini.


Fokus Ma'ahad Al-Munir memberikan pendidikan percuma pada Asnaf Fakir Miskin, Anak Ibu Tunggal dan Anak Yatim. Sebagai asas merakyatkan Pendidikan Islam untuk semua lapisan masyarakat tanpa dihalangi masalah kewangan dan lain-lain.

Sewaktu tahun 2008-2012 jumlah pelajar yang berada di Ma'ahad Al-Munir adalah seramai 15 org dan dua orang tenaga pentadbiran ma'ahad. Pelajar-pelajar Al-Munir semuanya berdaftar di Universiti, pusat tahfiz dan sekolah di Yaman.

Berikut maklumat tempat pengajian dan jumlah mereka :

  • Universiti Al-Iman: 7 Orang
  • Universiti Sains dan Teknologi: 4 Orang
  • Darul Quran: 3 Orang
  • Madrasah Nuraniah: 1 Orang

Mereka mengikuti sistem pengajian di Universiti, tahfiz dan sekolah pada waktu pagi, kemudian setelah pulang daripada pusat pengajian, mereka diaturkan dengan program tarbiyyah dan ilmiah bagi membentuk mereka sebagai fardul muslim yang mampu menguasai ilmu, memimpin dan berakhlak mulia.

Bermula tahun 2015 hingga kini Ma'ahad Al-Munir sedang meluaskan operasinya. Ma'ahad Al-Munir memberi fokus pendidikan Islam percuma pada mereka yang memerlukan dari umur 6 Tahun sehingga 17 tahun. Sehingga kini Ma'ahad Al-Munir mempunyai 2 cawangan iaitu di Taman Bukit Permai, Kuala Lumpur dan Bandar Rimbayu, Selangor. Ma'ahad Al-Munir sedang merencana membangunkan tanah wakaf di Kuala Klawang, Negeri Sembilan seluas 7 ekar. ianya akan menempatkan Masjid, Asrama, kantin, perpustakaan, makmal Sains, kelas pengajian kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat menjadi teras utama didalam pembangunan pendidikan di Ma'ahad Al-Munir.


Ma'ahad Al-Munir telah mengasaskan Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Al-Munir Malaysia (AL-MUNIR MALAYSIA) dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No Pendaftaran : PPM-008-10-27092017. Dengan itu secara rasminya seluruh rangkaian Pendidikan Al-Munir berada dibawah NGO AL-MUNIR MALAYSIA.

Moto[sunting | sunting sumber]

"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran Yang Muttaqin"

Sistem Pengajian[sunting | sunting sumber]

  1. Tahfiz (Hafazan Quran dan Pengajian Tajwid Bersanad
  2. Turath (Hafazan Mutun & Pengajian Kitab Turath)
  3. Akademik (Mengambil peperiksaan SPM bagi pelajar tahun akhir)

Subjek dan Silibus Pengajian[sunting | sunting sumber]

Subjek-subjek Pengajian di Ma'ahad Al-Munir Pelajar-pelajar di al-munir siapkan dengan ilmu-ilmu tambahan, bagi memastikan mereka menjadi ulama' yang haraki.

Berikut merupakan subjek dan silibus pengajian mereka di Al-Munir

  • Al-Quran : Sanad Riwayat Hafs 'An 'Asim
  • Tajwid: Matan Tuhfatul Atfal & Matan Jazari
  • Tafsir: Tafsir Ibnu Kathir
  • Aqidah: Aqidatul 'Awwam, Jauharah Tauhid, Faridatul faraid dan lain-lain
  • Tazkiyyah: Bidayatul Hidayah , Penawar bagi hati , minhajul abidin dan lain-lain
  • Seerah Nabawiyyah: Sirah, durus wal ibar, Rahiq Al-Makhtum dan Seerah Ibnu Hisyam
  • Hadith: Hadith 40, Riyadussolihin, Misykat, Kutub Sittah dan lain-lain
  • Fiqh Syafie: Safinah, abi syuja, matan zubad, iqna', tahrir, minhaj dan lain-lain
  • Nahu & Sorf: Ajrumiah, matan bina', qatrunnada dan lain-lain
  • Usul Fiqh: Waraqat, mahalli dan lain-lain
  • Mustalah Hadith: Matan baiquniyah
  • dan lain-lain

Cawangan[sunting | sunting sumber]

  1. Selangor (Ibupejabat) : No.49-2, Jalan Flora 2/1, Bandar Rimbayu 42500 Telok Panglima Garang, Selangor darul Ehsan.
  2. Kuala Lumpur: No.27, Laman Bukit Permai,Taman Bukit Permai 56100 Kuala Lumpur.
  3. Negeri Sembilan : Pradong, Kuala Klawang (sedang dalam proses pembangunan)
  4. Kelantan : Machang ( sedang dalam proses diwujudkan)
  5. Pahang: Kuantan (dalam perancangan diwujudkan)
  6. Pulau Pinang : Lahar Yooi (sedang dalam proses pembangunan dibawah Ustaz Aiman Shamsul Bahrin)
  7. Borneo : (dalam perancangan diwujudkan)

Cawangan yang meliputi : Malaysia Barat, Timur , Utara, Selatan dan Borneo

No. Akaun Ma'ahad[sunting | sunting sumber]

  1. MAYBANK ISLAMIC: 562245511210 (MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI)
  2. CIMB ISLAMIC: 8603223657 (MAAHAD ALMUNIR AL ISLAMI)
  3. BANK ISLAM: 12122010029868 (MA’AHAD AL-MUNIR)

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

  1. No Tel : +60133289114
  2. Email: almunircentre@gmail.com
  3. Web : http://www.almunir.my
  4. Facebook: http://www.facebook.com/almunircentre

Pautan luar[sunting | sunting sumber]