Maahad Al Tarbiah Al Islamiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
Jenis Maahad, Sekolah kerajaan
Kod sekolah AFT6004
Lokasi  Malaysia Batu 8 Jalan Trong 34850, Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon 6058552957
Faks 6058551704


Maahad Al Tarbiah Al Islamiah atau nama ringkasnya Maahad Al Tarbiah Al Islamiah, merupakan sebuah Maahad yang terletak di Batu 8 Jalan Trong.

Pada 2009, Maahad Al Tarbiah Al Islamiah memiliki 361 pelajar lelaki dan 317 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 678 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Maahad Al Tarbiah Al Islamiah (MTI) bermula daripada Kelas Pengajian Islam dan Al-Quran pada 1958. Pada 1959, sebuah jawatankuasa dibentuk dan namaya ditukar kepada Taman Didikan Islam (TDI). Ia dikendalikan oleh Us Hj Abd. Muid bin Tahir, Us Hj Abd.Samad Ibrahim, Us Hj Salleh b Hj Said dan Us Omar b Osman. Penasihat dan penaungnya ialah Imam surau Senduk iaitu Tuan Hj Said b Hj Salleh.(Allahyarham)

Pengiktirafan oleh Jabatan Agama dan Kementerian Pelajaran Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Pada 1961 atas daya usaha Us Hj Abd Samad Hj Ibrahim, TDI telah diiktiraf oleh Jabatan Agama dan Kementerian Pelajaran Persekutuan sebagai sebuah institusi pelajaran peringkat rendah. Ia diiktiraf sempena lawatan Kadi Daerah Taiping, Al Fadil Tuan Hj Hassan b Ashaari ke TDI. Mudir ketika itu ialah Us Yusuf b hj Nawawi, kemudian diganti dengan Tuan Hj Ahmad b hj Yunus (1961). Tuan Hj Ahmad b HJ Yunus juga dikenali sebagai Tuan Guru Hj Ahmad Sungai Petai. Dengan pengiktirafan tersebut, bantuan kewangan diperolehi daripada Jabatan Agama dan juga pada 1963 daripada Kementerian Pelajaran. Kurikulum TDI telah diselaraskan supaya selaras dengan kurikulum Kementerian Pelajaran. Dengan itu, TDI telah memulakan pengambilan pelajar tamat darjah enam ke tingkatan satu. Guru-guru TDI turut mendapat tauliah daripada Jabatan Agama. Susunan pentadbiran disusun semula dengan Us Hj Abd. Muid b Tahir sebagai Mudir manakala Us Hj Abd Samad Hj Ibrahim sebagai Guru Besar serta merangkap Setiausaha.

Sempena lawatan Sultan Idris ketika itu Raja Muda merasmikan jalan di persekitaran TDI. Baginda telah memasukkan pembangunan TDI ke dalam Skim Pembangunan Luar Bandar. Pada 1964, sebuah bangunan baru didirikan di atas tapak wakaf (kepunyaan bonda Us Hj Samad Ibrahim).

Pada 1967, pelajar TDI mula memduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Kemajuan yang berterusan oleh TDI membolehkan ia diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Persekutuan sebagai Sekolah Menengah Agama Rendah dan mulai 1977, SMTDI dijadikan sebagai pusat peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan juga bagi Sijil Pelajaran Malaysia seterusnya pada 1978, Sijil 4 Thanawi SMTDI diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran. Pada 1978, SMTDI mula mengambil pelajar ke tingkatan enam untuk menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran.

Penukaran Nama[sunting | sunting sumber]

Pada 1982, nama SMTDI ditukar kepada MTI setelah dipersetujui oleh Jabatan Agama. Jumlah pelajar pada 1988 ialah 1100 orang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 32 orang. Pada 1987, Universiti Islam Madinah dan Universiti Malik Saud di Riyad telah mengiktiraf syahadah 4 thanawi MTI.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
Batu 8 Jalan Trong
34850, Changkat Jering
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058552957
Faks = 6058551704

Pautan luar[sunting | sunting sumber]