Maaruf Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maaruf Mahmud merupakan seorang penulis yang berasal dari Ulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Beliau telah banyak menghasilkan buku untuk kanak-kanak.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Ulu Yam Baru pada 4 Disember 1920.Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu di Ulu Yam. Beliau kemudian berpeluang melanjutkan pelajarannya dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Setelah itu, beliau bertugas sebagai seorang guru dan kemudian beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Pembantu Penyelidik sehinggalah beliau bersara pada tahun 1977.

Semenjak 1955 lagi beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan sehinggalah sekarang.Buku-buku beliau pernah beberapa kali memenangi hadiah dalam Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia;dan hadiah penghargaan Peraduan Menulis Novel Sejarah (Kanak-kanak)DBP 1981.

Buku-buku tulisan beliau[sunting | sunting sumber]

  • Anak Din Biola
  • Rahsia Sebuah Lori
  • Rahsia Penjual Senjata
  • Pancing Kasut dan Panjang Tangan
  • Hari Jadi Si Intan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]