Mac 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mac 2009 ialah bulan ketiga untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 31 hari pada hari Selasa.

Portal:Hal semasa[sunting | sunting sumber]

Sabtu, 21 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

21: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva memenangi pengundian di Parlimen berhubung usul undi tidak percaya terhadapnya oleh pihak pembangkang. (Utusan Malaysia)

21: Andry Rajoelina mengangkat sumpah sebagai Presiden kerajaan peralihan Madagascar meskipun mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. (Utusan Malaysia)

Jumaat, 20 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

20: Suatu gempa bumi dan letusan gunung berapi di dasar laut Hunga Tonga berlaku di Lautan Pasifik dekat Tongatapu, Tonga. (MSNBC)

20: Banjir di Angola, Namibia dan Zambia membunuh lebih 130 nyawa dan meninggalkan 300 ribu lagi tanpa tempat berteduh.

Khamis, 19 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

19: Pelakon British, Natasha Richardson meninggal dunia akibat kecederaan otak pada umur 45 tahun. (Utusan Malaysia)

19: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan lima menterinya menghadapi cubaan pertamanya bagi usul undi tidak percaya oleh pihak pembangkang. (Utusan Malaysia)

Rabu, 18 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

18: Ketua pembangkang, Andry Rajoelina diisytiharkan sebagai Presiden Madagascar yang baharu menggantikan Marc Ravalomanana. (Utusan Malaysia)

18: Kapal angkasa Discovery mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bagi misi menghantar krew makmal pertama Jepun bersama panel solar untuk melengkapkan pembinaan stesen tersebut. (Utusan Malaysia)

Selasa, 17 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

17: Bekas Presiden Reformis Iran, Mohammad Khatami menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden dalam pilihan raya Jun ini. (AFP)

17: Harta milik pengurus dana Wall Street, Bernard Madoff dan isterinya yang bernilai AS$100 juta (RM350 juta) disita oleh Pendakwa Raya Amerika Syarikat (AS). (AFP)

Isnin, 16 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

16: Hamas dan Fatah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di Tebing Barat dan Gaza pada Januari 2010. (Utusan Malaysia)

Ahad, 15 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

15: Pihak polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas artis Lindsay Lohan kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk pada tahun 2007. (Washington Post)

15: Bolak-balik angkasa lepas Discovery dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, membawa susunan suria ke ISS. (CNN)

15: Presiden Madagascar, Marc Ravalomanana didesak untuk meletakkan jawatan berikutan krisis politik yang mengancam ekonomi Madagascar. (Utusan Malaysia)

Sabtu, 14 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

14: Donald Trump didakwa oleh para pembeli yang kehilangan deposit berjuta-juta dolar atas kegagalan projek hotel-kondo di Tijuana, California. (AP)

14: Singapura mengambil tindakan undang-undang terhadap editor kanan akhbar Wall Street Journal(WSJ) atas tuduhan menghina mahkamah melalui tiga artikel yang disiarkannya pada tahun lalu. (Reuters)

14: Tujuh orang mati serta lebih 40 orang cedera dalam kebakaran besar di pusat membeli-belah Bashundhara City di Dhaka, Bangladesh. (Utusan Malaysia)

Jumaat, 13 Mac 2009[sunting | sunting sumber]

13: Majlis Agama Islam Selangor telah mengharamkan lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" (Allah Cares) kerana mengandungi lirik antara lain menyebut sebab Allah Yesusku mengerti. (The Malaysian Insider)