Mac Ruhayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mac Ruhayu
Nama lahirMac Ruhayu binti Mohd Nor
Kelahiran (1975-01-04) 4 Januari 1975 (umur 49)
Ipoh, Perak, Malaysia
Berasal dariKuching, Sarawak, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif
  • 1993–1998
  • 2013–kini
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Sam Naser

Mac Ruhayu Mohd Nor (lahir 4 Januari 1975) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau meraih kejayaan komersial menerusi single hitsnya, "Ditakdir Kita Bersama" yang dimuatkan dalam album studio tunggalnya bertajuk sama.[1][2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mac Ruhayu memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sejak berusia belasan tahun. Bagi merealisasikan impiannya, beliau sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Lagu "Segalanya Pasti" nyanyian asal Aida Agil membawa tuah kepada Mac apabila kemerduan suaranya mencuri perhatian pegawai syarikat rakaman EMI Music Malaysia, lalu menandatangani sebagai artis rakaman mereka pada Oktober 1994.[4][5] Dirakamkan antara 1995 dan 1996, album sulung beliau, Ditakdir Kita Bersama telah dikeluarkan pada 24 Julai 1996 dengan lagu bertajuk sama dikeluarkan sebagai single pertama. Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Awang BPR, Fauzi Marzuki, Saari Amri dan Adnan Abu Hassan. Bagaimanapun, hanya selepas album pertama dikeluarkan, Mac Ruhayu mengundurkan diri daripada kerjaya nyanyian biarpun kontraknya dengan EMI hanya berbaki tiga tahun. Sepanjang tempoh menyepi, beliau lebih banyak menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaannya. Mac kembali aktif dalam dunia seni suara pada 2013. Pada tahun 2017, beliau merakamkan single bertajuk "Taman Hati" menampilkan duet bersama Sam Naser. Mac berkolaborasi bersama beberapa penyanyi 90-an antaranya Haslinda, Adilla Idris, Norlie Tamam dan Azura Aziz menghasilkan album kompilasi 6 Suara Artis 90an yang dilancarkan pada September 2018.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mac Ruhayu dilahirkan di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan empat anak yang kesemuanya lelaki dari perkahwinan terdahulu.[7] Beliau berkahwin dengan sepupunya sendiri, Sulaiman Mohamad pada 27 Mac 2019.[8][9]

Beliau sebelum ini dikatakan pernah berkrisis dengan rakan penyanyi, Azie semasa zaman kegemilangan mereka pada 1990-an. Mac bagaimanapun mengatakan beliau dan Azie tidak pernah bermasam muka.[6][10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Ditakdir Kita Bersama

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Ditakdir Kita Bersama" 1996
"Emosi Rindu"
"Taman Hati" (duet bersama Sam Naser) 2017

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 September 2013). "Zon selesa Mac Ruhayu". Metro Ahad. Dicapai pada 29 Mac 2019 – melalui KLiK.
  2. ^ Zaidi Mohamad (27 Mei 2019). "'Jangan pinggir kami'". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mac 2020 – melalui KLiK.
  3. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (3 Julai 1996). "Mac Ruhayu ingin buktikan". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2020 – melalui KLiK.
  4. ^ Hartati Hassan Basri (3 Disember 1994). "EMI lamar Mac Ruhayu". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui KLiK.
  5. ^ Zainuri Musfar (6 Disember 1994). "Suara Mac Ruhayu pikat pegawai EMI". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui KLiK.
  6. ^ a b Amerul Haswendy Ashari (10 Ogos 2018). "'Kami tak pernah gaduh'". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  7. ^ Amerul Haswendy Ashari (20 Januari 2013). "Cari rezeki demi anak". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  8. ^ Budiey (26 Mac 2019). "Penyanyi 90-an Mac Ruhayu kahwin dengan sepupu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  9. ^ Amerul Haswendy Ashari (26 Mac 2019). "Mac Ruhayu kahwin kali kedua". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  10. ^ Amerul Haswendy Ashari (13 Ogos 2018). "Enggan ungkit kisah lama". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]