Machang Bubuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Machang Bubok)
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Machang Bubuk atau Machang Bubok terletak di kawasan Parlimen Bukit Mertajam di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Ia terletak di antara laluan Bukit Mertajam - Kulim. Terdapat beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Bukit Teh, Kampung Tokun Atas & Tokun Bawah, Berangan Sembilan & Sungai Lembu. Kampung ini terletak di bahagian Seberang Perai Tengah dan berhampiran dengan Kulim, Kedah.

Bandar Machang Bubuk juga merupakan bandar terakhir di arah timur negeri Pulau Pinang. Apabila sampai dekat Daerah Kulim, maknanya akan masuk negeri Kedah Darul Aman seperti Nibong Tebal dengan Parit Buntar di selatan Pulau Pinang.

Kampung Sungai Lembu juga menjadikan bandar sempadan di sini. Bandar Machang Bubuk juga merupakan bandar bersaing dengan bandar Alma kini.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Wakil rakyat[sunting | sunting sumber]

Kawasan Dewan Undangan Negeri N14 Machang Bubok:

  • Keputusan pilihan raya 2008, dimenangi oleh Tan Hock Leong (PKR) menewaskan Lee Kah Choon (BN-Gerakan) dengan majoriti 4,080 undi.
  • Keputusan pilihan raya 2004 seperti berikut;
  • Keputusan pilihan raya 1999, dimenangi oleh Datuk Dr Toh Kin Woon (Barisan Nasional - Gerakan) dengan majoriti 2,059