Pergi ke kandungan

Macintosh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah komputer kekotak-kotakan, berwarna kuning air, dengan layar hitam putih kecil menunjukkan sebuah tetingkap dan arca-arca meja.
Macintosh asal, komputer peribadi pertama dipasarkan dengan jayanya yang menggunakan antara muka grafik pengguna, bukannya baris perintah.
Sebuah komputer lebar, nipis dan anggun diperbuat daripada aluminum dengan layar yang besar.
Sebuah komputer iMac dari Ogos 2007, sebuah Macintosh semua-dalam-satu moden.

Macintosh (disebut /ˈmækɨntɒʃ/ MAK-in-tosh),[1] atau Mac, ialah satu siri bagi beberapa barisan komputer peribadi yang direka, dibangun, dan dipasarkan oleh Apple Inc. Macintosh sulung telah diperkenalkan pada 24 Januari 1984; ia merupakan komputer peribadi yang berjaya dipasarkan dengan menampilkan sebuah tetikus dan antara muka grafik pengguna, berbanding antara muka baris perintah.[2] Apple Inc. terus berjaya dengan barisan produk ini sehingga penggal kedua 1980-an, namun menghilang pada 1990-an kerana pasaran komputer peribadi beralih arah kepada pelantar "Wintel": mesin serasi IBM PC yang menjalankan MS-DOS dan Microsoft Windows.[3]

  1. ^ "Define Macintosh". Dictionary.com. Dicapai pada 25 Oktober 2011.
  2. ^ Polsson, Ken (29 Julai 2009). "Chronology of Apple Computer Personal Computers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-21. Dicapai pada 25 Oktober 2011. Lihat 3 Mei 1984.
  3. ^ Edwards, Benj (15 Ogos 2008). "Eight ways the iMac changed computing". Macworld. Dicapai pada 25 Oktober 2011.