Madeira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Autonomi Madeira
Região Autónoma da Madeira
Bendera Madeira
Jata Madeira
Bendera Jata
Cogan kata"Das ilhas, as mais belas e livres"  (Bahasa Portugis)
"Yang terindah dan terbebas di kalangan semua pulau"
Lagu kebangsaanA Portuguesa  (national)
Hino da Região Autónoma da Madeira  (local)
Lokasi Madeira
Ibu negara
dan bandar terbesar
Funchal
Bahasa rasmiPortugis
KerajaanKawasan autonomi
• Presiden
Alberto João Jardim
Penubuhan
• Diduduki
1420
• Autonomi
1 Julai 1976
Keluasan
• Jumlah
828 km2 (320 bt2) (n/a)
Populasi
• Perkiraan 2006
245,806 [1]
295/km2 (764.0/sq mi) (n/a)
KDNK (PPP)2003
• Jumlah
€4.6 bilion [2] (n/a)
- (n/a)
HDI (n/a)-
Ralat: Nilai IPM tidak sah · n/a
Mata wangEuro (€)1
(EUR)
Zon waktuWET
• Musim panas (DST)
UTC+1 (EST)
Kod panggilan351
DPT internet.pt
  1. Sebelum tahun 2002: Escudo Portugis

Madeira (IPA: [mɐdeiɾɐ] atau /mɐˈdɐiʀɐ/) ialah segugusan kepulauan Portugal . Pulau ini terletak di bahagian utara Lautan Atlantik pada koordinat 32°22.3′N, 16°16.5′W dan 33°7.8′N, 17°16.65′W. Pulau ini lebih hampir dengan daratan Maghribi berbanding dengan Portugal.

Madeira ialah salah sebuah kawasan autonomi Portugal. Di kalangan kepulauan ini, hanya Pulau Madeira dan Pulau Porto Santo berpenduduk. Meskipun tergolong dalam lingkungan politik dan kebudayaan Eropah, namun secara geografi Madeira boleh dianggap sebahagian daripada Plat Afrika.

Madeira yang asalnya dikenali sebagai Kepulauan Ungu oleh orang Rom Purba ini ditemui semula, mungkin secara tidak sengaja, oleh pelaut-pelaut Portugis dan bernaung di bawah kuasa Portugal seawal tahun 1418 atau selewatnya 1420. Kepulauan ini dianggap sebagai penemuan pertama dalam zaman penerokaan yang dimulakan Henry si Pelayar dari Portugal. Madeira iaah sebuah tempat peranginan yang dikunjungi ramai sepanjang tahun, yang dikenali kerana wain Madeira, bunga-bunga, dan kesenian sulamannya, serta sambutan Tahun Baru yang menampilkan pertunjukan bunga api mengagumkan yang merupakan pertunjukan seumpamanya yang terbesar di dunia menurut Rekod Dunia Guinness.[1]


Peta pulau Madeira dan Porto Santo[sunting | sunting sumber]

Peta topografi menunjukkan pulau Madeira dan Porto Santo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]