Madhan Karky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madhan Karky
Kelahiran
Madhan Karky Vairamuthu

(1980-03-10) 10 Mac 1980 (umur 44)
WarganegaraIndian
KerakyatanIndia
Pusat pendidikan
  • College of Engineering, Guindy
  • University of Queensland
PekerjaanLyricist, software engineer, professor
PasanganNandini Karky
Anak-anakHaiku
Ibu bapaVairamuthu
Ponmani
SaudaraKabilan Vairamuthu (Brother)

Madhan Karky Vairamuthu adalah seorang penulis lirik, penulis skenario, pensyarah penyelidikan, jurutera perisian, dan usahawan. Seorang pemegang ijazah kedoktoran komputer sains dari University of Queensland, Karky memulakan karier profesionalnya sebagai pembantu profesor di College of Engineering, Guindy, dan tidak lama selepas ity beliau mula meneroka industri filem Tamil dimana beliau bekerja sebagai penulis lirik dan dialog. Beliau meletak jawatan dari profesion pensyarahan pada awal tahun 2013 dan mula bekerja sepenuh masa dalam industri perfileman, sambil melancarkan Yayasan Penyelidikan Karky (KaReFo), sebuah organisasi penyelidikan pendidikan yang berfokus pada pengkomputeran bahasa dan literasi bahasa. Beliau juga mengasaskan Pendidikan Mellinam, yang membangunkan permainan pendidikan dan buku cerita yang direka untuk menyebarkan pembelajaran di kalangan kanak-kanak, dan DooPaaDoo, sebuah platform muzik dalam talian yang mempromosikan muzik bebas dan menjadi pengedar untuk album lagu filem.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Karky adalah anak sulung kepada penulis lirik yang memenangi National Awards sebanyak tujuh kali, Vairamuthu dan Ponmani, seorang sarjana Tamil dan profesor veteran di Meenakshi College for Women. Dia mempunyai adik lelaki, Kabilan, seorang novelis dan juga bekerja sebagai penulis lirik dan penulis dialog untuk filem Tamil.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau membesar di Chennai dan dididik di Loyala Matriculation School di Kodambakkam. Karly degan rela hati memaklumkan bahawa beliau bukan pelajar yang baik, tetapi cemerlang dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Semasa beliau di tahap sekolah menengah, beliau berminat dalam bidang sains komputer. Beliau medapat tempataan di College of Engineering, Guindy yang bersekutu dengan Anna University. Beliau memulakan pendidikan sarjana dalam bidang Kejuruteraan komputer pada tahun 1997.

Semasa di CEG, sebagai sebahagian daripada projek akhir tahunnya, Karky menerokai program yang dipanggil Tamil Voice Engine, di bawah pengawasan Profesor T.V. Geetha. Matlamat projek ini adalah pembinaan teks untuk enjin pertuturan bahasa Tamil. Kertas penyelidikan mengenai projek itu dipilih secara rasmi di Persidangan Internet Tamil di Kuala Lumpur, Malaysia.

Projek-projek lain yang diceburi adalah Penjana Nama, yang merupakan sebahagian daripada kursusnya mengenai Kreativiti, Inovasi dan Pembangunan Produk Baru (objektifnya untuk menghasilkan nama rawak yang boleh ditafsirkan berkenaan dengan fonetik India) dan Reka Bentuk Kompilator. Unsur tersebut mengandungi tahap bahasa pengaturcaraan yang tinggi dengan matlamat spesifikasi yang tepat dan tafsiran peraturan leksikal dan peraturan tatabahasa.

Untuk Chennai Kavigal, beliau mencipta ‘Spell Checker’ untuk Tamil Word Processor. Projek ini melibatkan banyak unsur Pengolahan Bahasa Semulajadi, berdasarkan kamus asas yang dibina sebagai sebahagian daripada penganalisis morfologi untuk Bahasa Tamil. Matlamat penciptaan beliau adalah untuk memastikan pengunaan perkataan dengat tepat.

Berikutan penyempurnaan ijazah sarjana muda pada tahun 2001, Karky memulakan Ijazah Sarjana di University of Queensland pada tahun 2003. Pada masa itu, beliau telah membangunkan projek berdasarkan teori pengiraan dan matematik (di bawah pengawasan Dr. George Havas). Ia bertujuan untuk menganalisis suatu algoritma sedia ada untuk mengurangkan sebarang jenis format matriks kepada format standard yang disebut 'Hermite Normal form', yang merupakan unit matriks segi tiga atas.

Beberapa projek lain yang telah dilaksanakan dalam kursus ini termasuk Disciplined Software Process Project (tujuannya adalah untuk memperkenalkan dan mengamalkan proses pembangunan perisian untuk individu yang dipanggil Personal Software Process), On-Line Art Store website (yang melibatkan pembentukan laman web yang melukis lukisan melalui Internet) dan Text Based Voice Chat (yang mana sistem Sembang Suara Proksi direka dan dibangunkan dalam Visual Basic yang menggabungkan aspek pengkomputeran yang utama).

Selain itu, Karky juga berkhidmat sebagai tutor Akademik di universiti tersebut. Beliau mengendalikan sesi tutorial bilik kelas dan sesi makmal mengenai mata pelajaran seperti Pangkalan data hubungan and Bahasa pengaturcaraan.

Sebagai keperluan dalam program PhD beliau yang mengenai teknologi maklumat, platform simulasi berasaskan Java yang dikenali sebagai SENSE (Simulated Environment of Networked Sensor Experiments) telah dibangunkan untuk menguji heuristik yang berbeza. Projek ini dilaksanakan di bawah bimbingan Dr. Maria Orlowska dan Dr. Shazia Sadiq. Tesis beliau berjudul "Design considerations for query dissemination in wireless sensor networks".

Kerjaya mengajar[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke India dan mula berkhidmat dengan CEG Anna University pada bulan Disember 2007. Dia telah mengambil jawatan sebagai Penyelidik Kanan untuk enam bulan, menguruskan projek penyelidikan serta pelbagai projek pelajar di peringkat sarjana muda dan sarjana muda tahap. Di samping itu, beliau mengendalikan kursus dan makmal untuk pelajar di tahap sarjana. Beliau juga berkhidmat sebagai Penyelidik Projek antara Julai 2008 dan Julai 2009, menguruskan projek-projek kumpulan penyelidikan serta pelajar ME & MBA.

Bermula dari Ogos 2009, beliau memulakan peranannya sebagai Penolong Profesor. Beliau memberi kuliah kepada pelajar-pelajar Sains Komputer yang mengikuti pengajian Sarjana dan Ijazah Sarjana serta menyelaraskan Makmal Pengkomputeran Tamil di Universiti. Beliau juga berkhidmat sebagai kaunselor untuk NRI dan pelajar kebangsaan asing, serta bendahari Staf Persatuan Kejuruteraan Sains Komputer. Beberapa subjek yang dia ajar termasuk ‘Advanced Databases, Ethics for Engineers, Principles of Programming Languages, Environmental Science and Tamil Computing’ (untuk pelajar PhD).

Keluarga dan kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Karky telah berkahwin dengan Nandini Eswaramoorthy, rakan sekutu di Anna University pada 22 Jun 2008. Nandini Karky kini bekerja dalam industri filem Tamil sebagai subtitler untuk filem dan dokumentari. Mereka mempunyai seorang anak bernama Haiku Karky, yang dilahirkan pada 2009.

Kerjaya Filem[sunting | sunting sumber]

Debut[sunting | sunting sumber]

Semasa mengajar di Anna University, Karky juga memulakan kerjayanya dalam industri filem Tamil dengan filem fiksyen sains Enthiran (2010) dalam naungan pengarah Shankar. Karky telah menghampiri pengarah Shankar pada tahun 2008 dengan beberapa lagu yang ditulisnya, dan berjaya untuk mendapat peluang untuk membantunya dalam bidang filem dialog, khususnya membantu dalam istilah teknikal. Beliau menyatakan bahawa terdapat tiga set dialog filem yang ditulis untuk setiap adegan filem; satu olehShankar, satu oleh Karky, dan yang lain oleh Sujatha Rangarajan, seorang sahabat pengarah yang telah meninggal dunia semasa peringkat awal filem pra-pengeluaran. Shankar akan melalui semua tiga draf dan memilih adegan yang paling sesuai. Klimaks adalah satu-satunya bahagian yang tidak mempunyai banyak tangan, kerana ia ditulis semata-mata oleh Karky.

Selain dialog, Karky menulis 2 buah lagu untuk filem itu, juga: "Irumbile oru Irudhaiyam" (lagu pertama kerjayanya, yang sebahagiannya dinyanyi oleh A.R. Rahman) dan "Boom Boom Robo Da". Walau bagaimanapun, di dalam filem Kanden Kadhalai (2009), di mana dia telah menulis lagu "Ododi Poren", (disusun oleh Vidyasagar) menjadi keluaran pertamanya. Untuk karya tulisan lagu dalam filem Enthiran, Karky memenangi anugerah ‘Best Find of the Year’ di Vijay Awards 2011.

Karya tulisan lirik[sunting | sunting sumber]

Berikutan karyanya di Enthiran, Karky menjadi salah satu ahli lirik yang paling dicari di dalam industri filem Tamil, yang mempunyai banyak kerjasama dengan ahli muzik yang terkenal seperti A.R. Rahman, Harris Jayaraj, D. Imman, M.M. Keeravani, Yuvan Shankar Raja, S. Thaman, Sanjay Leela Bhansali, Anirudh Ravichander dan Sam CS. Sebagai tambahan kepada bahasa Tamil, beliau terkenal dengan penulisan lagu dalam pelbagai bahasa; sebahagiannya termasuk "Asku Laska" dari Nanban (yang mempunyai 16 bahasa yang berbeza), "The Rise of Damo" dari 7aum Arivu (bahasa Mandarin) dan "Continua" dari Nootrenbadhu (dalam bahasa Portugis). Karya-karyanya juga dicirikan dengan menggunakan kata-kata Tamil biasa yang tidak kerap digunakan dalam pertuturan seharian, contohnya adalah sebahagian daripada lirik (seperti "Kuviyamillaa Kaatchi Paezhai" dari Ko dan "Panikoozhi" dari I). Dia juga menulis lagu palindrome pertama di industri filem Tamil untuk filem Vinodhan. Pada akhir tahun 2018, beliau menulis lebih daripada enam ratus lagu untuk kreditnya.

Antara lagu-lagu Karky yang paling popular termasuk "Irumbile oru Irudhaiyam" (Enthiran), "Enamo Edho" (Ko), "Nee Koorinal" (Nootrenbadhu), "Asku Laska" (Nanban), "Google Google" (Thuppakki), “Elay Keechaan" (Kadal),"Osakka"(Vanakkam Chennai),"Selfie Pulla"(Kaththi),"Pookkalae Sattru Oyivedungal" (I'),"Mei Nigara" (24),"Azhagiye" (Kaatru Veliyidai),”Endhira Logathu Sundariye" (2.0) dan "Kurumba" (Tik Tik Tik).

Karya Tulisan Dialog[sunting | sunting sumber]

Dengan puncak kejayaan dalam filem Enthiran, Karky sekali lagi bekerjasama sebagai penulis dialog dengan pengarah Shankar untuk filem Nanban. Filem tersebut berdasarkan adaptasi rasmi filem blockbuster 3 Idiots, dia menulis dialog dengan tujuan untuk mempamerkan kehidupan kolej dengan cara yang berbeza. Beliau juga bekerjasama sebagai penasihat teknikal dengan Shankar dalam filem 2.0 (sekuel Enthiran), filem paling mahal dalam sejarah filem di India.

Karky juga terkenal dengan kejayaannya untuk bekerjasama dengan pengarah Telugu S.S.Rajamouli, dalam dua bahagian filem magnum opus Baahubali; bahagian kedua menjadi filem India Selatan yang paling menguntungkan sepanjang masa, dan filem RRR dalam proses pengeluaran. Projek-projek terkenal yang lain sebagai penulis dialog termasuk Idharkuthane Aasaipattai Balakumara oleh Gokul, Massu Engira Masilamani oleh Venkat Prabhu, dan Mahanati oleh Nag Ashwin (biografi pelakon filem South Indian legenda Savitri).

Ahli bahasa[sunting | sunting sumber]

Untuk siri Baahubali, Karky mencipta bahasa yang dipanggil "Kiliki", yang dituturkan oleh suku Kalakeya dalam filem itu. Sewaktu beliau belajar di Australia, beliau bekerja sambilan sebagai pengasuh dan mencipta bahasa yang dipanggil "Click" untuk tujuan mencipta bahasa baru untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Apabila ditemui oleh pengarah Rajamouli untuk mempunyai bahasa yang berbeza untuk didengari untuk pengunaan dalam filem “Baahubali”, dia bertekad untuk mencipta bahasa sendiri. Menggunakan "Click" sebagai asas, dia menambah kira-kira 750 perkataan dan 40 peraturan tatabahasa, dan menamakan bahasanya sebagai "Kiliki". Klik lisan seperti 'tch' dan 'tsk' digunakan sebagai penanda tegang dan plural dalam bahasa. Pembalikan fonetik juga banyak digunakan untuk kata-kata yang bertentangan ('min' untuk "saya", 'nim' untuk "anda"). Bahasa ini tidak mempunyai kata-kata yang bersifat penyesalan, kerana watak-watak yang bercakap dalam filem itu tidak menonjolkan kualiti itu.

Filem Terunggul Teratas[sunting | sunting sumber]

Dalam dekad pertama sebagai penulis lirik dan dialog, Karky telah menjadi sebahagian daripada beberapa blockbusters terbesar di pawagam India moden seperti Endhiran (2010), Ko (2011), Naan Ee (2012), Thuppakki (2012), Kaththi (2014), I (2015), Bajirao Mastani (2015), siri Baahubali (2015; 2017), Nadigaiyar Thilagam (2018), Padmaavat (2018) dan 2.0 (2018).

Usaha lain[sunting | sunting sumber]

Yayasan Penyelidikan Karky[sunting | sunting sumber]

Setelah meletakkan jawatannya daripada kerjaya pengajaran di Anna University pada Januari 2013, Karky bersama isterinya, Nandini Karky telah mengasaskan KaReFo, Karky Research Foundation. KaReFo adalah sebuah organisasi penyelidikan Pendidikan bukan keuntungan yang menumpukan pada pengkomputeran bahasa dan literasi bahasa. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Penyelidik untuk organisasi.

Projek-projek yang dibangunkan oleh KaReFo termasuk "Chol" (kamus Tamil-Inggeris-Tamil dalam talian), "Piripori" (penganalisa morfologi dan pembahagi perkataan gabungan untuk Tamil), "Olingoa" (alat transliterasi), "Paeri" penjana yang mengeluarkan kira-kira 9 nama lelaki / wanita crore berdasarkan fonetik Tamil), "Emoni" (alat penemu sajak), "Kural" (sebuah portal ‘Thirukural’), "eN" (nombor kepada penukar teks), "Paadal" (portal lirik Tamil untuk menyelidik dan menyemak imbas lirik lagu) dan "Aadugalam" (sebuah portal untuk permainan perkataan).

Untuk kerja yang dilakukan oleh organisasi pada "Piripori", Karky telah dilantik dengan penghargaan Ketua Menteri untuk Pengkomputeran pada bulan Februari 2019.

Pendidikan Mellinam[sunting | sunting sumber]

Pada November 2008, Karky mengasaskan Mellinam Education dan menjadi Pengarahnya. Organisasi ini mengkhususkan diri dalam penciptaan kandungan untuk alat pendidikan anak-anak seperti buku dan permainan, yang bertujuan memperkenalkan bahasa Tamil dan mendorong minat anak-anak untuk meneroka sains dan inovasi dalam kesusasteraan Tamil.

Produk mereka di bawah jenama "iPaatti" termasuk buku lagu, cerita, permainan kata dan permainan kalimat untuk kanak-kanak. Beberapa projek dalam pembangunan termasuk mainan dan permainan elektronik.

Sumbangan kepada muzik indie[sunting | sunting sumber]

DooPaaDoo[sunting | sunting sumber]

Pada April 2016, Karky melancarkan DooPaaDoo, sebuah platform muzik dalam talian, bersama rakannya Kauntheya, untuk mempromosikan muzik bebas bukan berunsur filem. Hasratnya untuk mewujudkan sebuah bank lagu yang mengandungi muzik yang tidak dicipta secara eksklusif untuk filem-filem, yang boleh dikemukakan kepada pengeluar dan pengarah yang mempunyai pilihan untuk memilih berdasarkan penguasaian dengan projek mereka. Selain berkhidmat untuk muzik bebas, DooPaaDoo telah menjadi pengedar untuk lagu album filem Tamil.

Lagu pertama yang dilancarkan dalam platform itu disusun oleh M.S. Viswanathan. Lebih daripada 60 komposer terkenal dari industri perfileman Tamil dilancarkan untuk menyediakan kandungan untuk platform, yang bertujuan untuk melepaskan satu lagu setiap hari.

Karky juga berkhidmat sebagai penyiar radio untuk rancangan Big DooPaaDoo di stesen radio Big FM 92.7, yang disiarkan pada hari Sabtu antara pukul 6 dan 9 malam.

Selain berkhidmat sebagai pengarah untuk DooPaaDoo, beliau secara peribadi telah menulis beberapa lagu untuk platform, bekerjasama dengan tokoh-tokoh terkemuka dan bebas dalam industri muzik seperti Srinivas, Karthik, Anil Srinivasan, Rizwan, Karthikeya Murthy, Vijay Prakash, Andrea Jeremiah, Aj Alimirzaq, dan pengarah Gautham Vasudev Menon (yang juga mengarahkan tiga video muzik untuk lagu-lagu yang ditulis oleh Karky, yang menampilkan pelakon Tovino Thomas, Dhivyadharshini, Aishwarya Rajesh dan Atharvaa). Beberapa lagu indie terkenal yang ditulis oleh Karky termasuk "Ulaviravu", "Koova", "Bodhai Kodhai", "Yaavum Inidhe", "Edho Oar Araiyil", "Kaadhal Thozhi" dan "Periyar Kuthu".

Sundays with Anil and Karky[sunting | sunting sumber]

Karky juga berkhidmat sebagai pemain utama dengan pemain piano, Anil Srinivasan pada rancangan realiti muzik Sundays with Anil dan Karky, yang disiarkan di Zee Tamil HD untuk 13 episod antara Disember 2017 dan April 2018. Program ini menampilkan tetamu terkenal dari kedua-dua bidang muzik serta segmen industri hiburan yang lain, dan mempamerkan komposisi dan prestasi muzik. Beberapa tetamu terkemuka yang mengambil bahagian di acara itu termasuk komposer Sean Roldan, G.V. Prakash Kumar dan Srinivas; pengarah Venkat Prabhu, Vasanth, Gautham Menon dan Rajiv Menon; pelakon Siddharth, RJ Balaji dan Kushboo; dan penyanyi Karthik, Andrea Jeremiah, Gana Bala dan Saindhavi.

Hobi dan minat lain[sunting | sunting sumber]

Karky mempunyai minat terhadap fotografi sejak zaman kanak-kanak dan mempunyai koleksi gambar yang besar yang telah ditangkapnya sejak usia muda. Dia mempelajari nuansa seni melalui YouTube. Dia mengkhususkan diri dalam mengambil gambar saat-saat terang emosi rawak, dan merujuk kanak-kanak sebagai subjek kegemarannya. Beliau juga kerap melancong sebagai semangat utama, membuat tiga perjalanan rekreasi setiap tahun ke tempat-tempat yang dia tidak pernah berada di luar India, di India dan di Tamil Nadu. Beliau telah mengembara ke 7 benua termasuk perjalanan ke Antartika pada tahun 2018. Kegiatan rekreasi lain termasuk memasak, “Java coding” dan badminton. Dia telah melakukan banyak penyelidikan bukan sahaja pada lirik, tetapi juga pada topik lain dalam tulisan Tamil dan penerbitan.

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Filmfare Awards South: Best Lyricist - Tamil
    • 2012: "Nee Koorinal" dari Nootrenbadhu: Dicalonkan
    • 2013: "Veesum" dari Naan Ee; "Google Google" daripada Thuppakki: Dicalonkan
    • 2014: "Anbin Vasale" dari Kadal: Dicalonkan
    • 2015: "Selfie Pulla" dari Kaththi: Dicalonkan
    • 2016: "Pookkalae Sattru Oyivedungal" dari I : Menang
    • 2017: "Naan Un" dari 24: Dicalonkan
    • 2018: "Azhagiye" dari Kaatru Veliyidai; "Idhayame" dari Velaikkaran: Dicalonkan
  • SIIMA Awards: Best Lyricist - Tamil
    • 2013: "Asku Laska" dari Nanban: Dicalonkan
    • 2014: "Osakka" dari Vanakkam Chennai: Dicalonkan
    • 2017: "Munnal Kadhali" dari Miruthan: Menang
    • 2018: "Azhagiye" dari Kaatru Veliyidai: Dicalonkan
    • 2019: "Kurumba" dari Tik Tik Tik: Dicalonkan
  • Mirchi Music Awards South: Best Upcoming Lyricist
    • 2009: "Ododi Poren" dari Kandein Kadhalai: Dicalonkan
    • 2010: "Irumbile Oru Irudhaiyam" dari Enthiran: Menang
  • Vijay Awards
    • 2011: Best Find of the Year - Enthiran
    • 2012: Best Lyricist - "Enamo Edho" dari Ko - Dicalonkan
    • 2014: Best Lyricist - "'Mannadacha Pandu" dari Gouravam - Dicalonkan
    • 2014: Best Dialogue Writer - Idharkuthane Aasaipattai Balakumara – Dicalonkan

Penerbitan penyelidikan[sunting | sunting sumber]

  • Anitha Narasimhan, Aarthy Anandan, Madhan Karky, Pudhaiyal: A Maze- Based Treasure Hunt Game for Tamil Words, ICLL 2018 : 20th International Conference on Language Learning, Mumbai, Feb-2018.
  • Anitha Narasimhan, Aarthy Anandan, Madhan Karky, Subalalitha CN, Porul: Option Generation and Selection and Scoring Algorithms for a Tamil Flash Card Game, ICLL 2018 : 20th International Conference on Language Learning, Mumbai, Feb-2018.
  • Rajapandian C, Anitha Narasimhan, Aarthy Anandan, Madhan Karky, Alphabet Elimination Al-gorithm and Scoring Model for Guess-the-Word Game: Sorkoa, ICLL 2018 : 20th International Conference on Language Learning, Mumbai, Feb-2018.
  • Suriyah M, Karthikeyan S, Madhan Karky, Ganapathy V, Lyric Basket: Market Basket Analysis Of Tamil Words In Lyrics, International Journal of Pure and Applied Mathematics, Volume:115 No.8, 2017.

Elanchezhiyan K, Tamil Selvi E, Revathi N, Shanthi G P, Shireen S, Madhan Karky, Simile Gener- ation, 13th International Tamil Internet Conference, Puducherry, Sep-2014.
  • Elanchezhiyan.K, TamilSelvi.E, Suriya.M, Karthikeyan.S, MadhanKarky.V, A Min-Max Syllable Compaction Method For Tamil Text-To-Speech ICON-2013, 10th International Conference on Nat- ural Language Processing, C-DAC Noida, Dec-2013.
  • Karthikeyan.S, NandiniKarky, Elanchezhiyan.K, Rajapandian.C, MadhanKarky.V A Three-Level Genre Classification For Tamil Words 12th International Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug- 2013.
  • Karthikeyan.S, Elanchezhiyan.K, Rajapandian.C, MadhanKarky.V Lyric Object and Spot Indices for Paadal, A Tamil Lyric Search Engine, 12th International Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug-2013.
  • Elanchezhiyan.K, TamilSelvi.E, Karthikeyan.S, Rajapandian.C, MadhanKarky.V, Scoring Models For Tamil Lyrics, 12th International Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug-2013.
  • Elanchezhiyan.K, Karthikeyan.S, Rajapandian.C, MadhanKarky.V Olingoa - A Transliteration Standard for Tamil, 12th International Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug-2013.
  • Rajapandian.C, NandiniKarky, Elanchezhiyan.K, Karthikeyan.S, MadhanKarky.V, Lyric Visualization, 12th Inter- national Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug-2013.
  • Rajapandian.C, Elanchezhiyan.K, Karthikeyan.S, MadhanKarky.V, Paeri : Evolving Tamil Name Generation Algorithm, 12th International Tamil Internet Conference, Malaysia, Aug-2013.
  • Balaji j, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi, Madhan Karky, On Tamil Word Sense Disambiguation using UNL Representation, 9th International Conference on Natural Language Processing, Dec - 2011, Chennai,India.
  • Uma Maheswari E, Karthika Ranganathan, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi, Madhan Karky, Enhancement of Morphological Analyzer with compound, numeral and colloquial word handler, 9th International Conference on Natural Language Processing, Dec - 2011, Chennai, India.
  • Balaji J, Geetha T V, R. Parthasarathi, Madhan Karky, Anaphora Resolution in Tamil using Univer- sal Networking Language, 5th Indian International Conference on Artificial Intelligence, IICAI-2011 Chennai, India.
  • J.H. Raju J., I. Reka P., Nandavi K.K., Madhan Karky, On Interestingness Modeling and Humanness Evaluation for Generating Tamil Summary of a Cricket Match, 5th Indian International Conference on Artificial Intelligence, IICAI-2011, Bangalore, India.
  • G. Beulah S E, Madhan Karky, K. Ranganathan, Suriyah M, Pleasantness Scoring Models for Tamil Lyrics, 5th Indian International Conference on Artificial Intelligence, IICAI-2011, Bangalore, India. Jai Hari R, Indhu Rekha, Nandavi, Madhan Karky, Tamil Summary Generation for a Cricket Match, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Giruba B, Geetha T.V, Ranjani P, Madhan Karky, On Detecting Emotions from Tamil Text Using Neural Network, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA. Suriyah M, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky, Special indices for LaaLaLaa lyric Analysis and Generation Framework, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Subalalitha C.N, E.Umamaheswari, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky, Tem- plate based Multilingual Summary Generation, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Karthika Ranganathan, T.V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky, Lyric Mining : Word, Rhyme and Concept Co-occurrence Analysis, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Elanchezhiyan.K, Karthikeyan.S, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky, Popu- larity Based Scoring Model for Tamil Word Games, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Elanchezhiyan.K, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky, Kuralagam, A Con- cept Relation Based Search Framework for Thirukural, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • N.M..Revathi, G.P.Shanthi, Elanchezhiyan.K, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and MadhanKarky , An Efficient Tamil Text Compaction System, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Elanchezhiyan.K, Karthikeyan.S, T V Geetha, Ranjani Parthasarathi and Madhan Karky , Agaraadhi: A Novel Online Dictionary Framework, Tamil Internet Conference 2011, June 2011, Philadelphia, USA.
  • Tammaneni, S. and Madhan Karky. FaceWaves : 2D - Facial Expressions based on Tamil Emotion Descriptors. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Tamilarasan and Madhan Karky. FaceWaves : Text to Speech with Lip Synchronisation for a 2D Computer Generated Face. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Raju, J.H., I.R. P, and Madhan Karky. Statistical Analysis and Visualisation of Tamil Usage in Live Text Streams. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Madhan Karky, T.V. Geetha, and R. Varman. FaceWaves : A Tamil Text to Video Framework. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Geetha, T.V., R. Parthasarathi, and Madhan Karky. CoRe - A Framework for Concept Relation Based Advanced Search Engine. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Elanchezian, Geetha, T.V., R. Parthasarathi, and Madhan Karky, Core Search Framework : Concept Based Query Expansion. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Dharmalingam, S. and Madhan Karky. LaaLaLaa - A Tamil Lyric Analysis and Generation Frame- work. in Tamil Internet Conference in conjunction with World Classical Tamil Conference. 2010. Coimbatore, India.
  • Subalalitha,T.V.Geetha,Ranjani Parthasarathy and Madhan Karky, ”CoReX-A Concept Based Se- mantic Indexing Technique”, Web Intelligent Systems ICWIS09Y, pp 76-84 8th -10th January 2009, Chennai, India.
  • Madhan Karky Vairamuthu, Sudarsanan Nesamony, Maria E. Orlowska and Shazia W. Sadiq, In- vestigative Queries in Sensor Networks, Workshop on Database Management and Application over Networks in Conjunction with Ninth Asia-Pacific Web Conference and the eighth International Con- ference on Web-Age Information Management, DBMAN 2007 in conjunction with APWeb/WIAM 2007
  • Sudarsanan Nesamony, Madhan Karky Vairamuthu and Maria E. Orlowska, On the Traversals of Multiple Mobile Sinks in Sensor Networks, Fourteenth IEEE International Conference On Telecom- munications and eighth IEEE Malaysia International Conference on Communications, ICT - MICC 2007
  • Sudarsanan Nesamony, Madhan Karky Vairamuthu, Maria E. Orlowska and Shazia W. Sadiq, On Sensor Network Segmentation for urban water distribution monitoring, Proceedings of the eighth Asia Pacific Web Conference, Special Sessions on E-Water, pp 974 - 985, APWeb 2006, Jan 16-18, Harbin, China.
  • Sudarsanan Nesamony, Madhan Karky Vairamuthu and Maria E. Orlowska, On Optimal Route of a Calibrating Mobile Sink in a Wireless Sensor Network, Fourth International Conference on Networked Sensing Systems, INSS 2007
  • Madhan Karky Vairamuthu, Sudarsanan Nesamony, Maria E. Orlowska and Shazia W. Sadiq, On the Design Issues of Wireless Sensor Networks for Telemetry, Proceedings of the eighth International Workshop on Network-Based Information Systems, pp 138 - 144, NBiS 2005, In Conjunction with sixteenth International Conference on Database and Expert System Applications, DEXA 2005, Aug 22-26, Copenhagen, Denmark.
  • Madhan Karky Vairamuthu, Sudarsanan Nesamony, Maria E. Orlowska and Shazia W. Sadiq, Chan- nel Allocation Strategy for Wireless Sensor Networks Deployed for Telemetry, Proceedings of the Second International Workshop on Networked Sensing Systems, pp 18 - 23, INSS 2005, Jun 27-28, San Diego, California, USA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]