Madinah al-Munawwarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madinah al-Munawwarah
ٱلْمَدِيْنَة ٱلْمُنَوَّرَة
Al-Madīnah al-Munawwarah
مَدِيْنَة ٱلنَّبِي
Madīnat an-Nabī
يَثْرِب
Yathrib
Bandar
Atas: Masjid Nabawi
Tengah: Pemandangan Madinah
Bawah: Uhud dan Masjid Quba
Lokasi Madinah al-Munawwarah
Koordinat: 24°28′N 39°36′E / 24.467°N 39.600°E / 24.467; 39.600Koordinat: 24°28′N 39°36′E / 24.467°N 39.600°E / 24.467; 39.600
Negara Arab Saudi
KawasanAl Madinah
Kerajaan
 • Datuk BandarKhalid Taher
 • Gabenor KawasanFaisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
Keluasan
 • Bandar589 km2 (227 batu persegi)
 • Urban
293 km2 (113 batu persegi)
Aras
620 m (2,030 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Bandar1,183,205
 • Kepadatan2,000/km2 (5,200/batu persegi)
 • Urban
785,204
Zon waktuUTC+3 (Waktu Piawai Arab)
Laman sesawanghttps://www.saudi.gov.sa

Madinah (Arab: المدينة, [almaˈdiːna]) atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 1.4 juta orang (2023). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam selepas Makkah dan sebelum Baitulmaqdis. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad S.A.W. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad S.A.W. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Seperti Makkah, golongan bukan Islam dilarang memasuki kawasan pusat Madinah (Tanah Haram) berdasarkan peraturan kerajaan Arab Saudi.[1]

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama rasmi Madinah ialah Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة). Nama Madinah secara dasarnya bermaksud "bandar" dalam bahasa Arab.

Sebelum kedatangan Islam, Madinah dikenali sebagai Yathrib (disebut [ˈjaθrib]; يَثْرِب). Nama Yathrib dikaitkan dengan salah seorang penduduk asal bandar ini, Yathrib bin Qaniyah yang berketurunan Yahudi.[2] Nama ini tertera dalam ayat ke-13 bagi Surah Al-Ahzab:[3]

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).

Perkataan Yathrib ditafsirkan sebagai Madinah oleh Ibn Kathir berdasarkan sebuah rekod sahih, dan Al-Tabari.[2] Nama Yathrib ditukar kepada Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas penghijrahan baginda.[4]

Selain itu, bandar ini juga dipanggil sebagai Taibah ([ˈtˤajba]; طَيْبَة, "baik") serta Tabah (Arab: طَابَة). Ahli geografi Abbasiyah, Yaqut al-Hamawi menyenaraikan sekurang-kurangnya 29 nama bagi kota Madinah di dalam bukunya, Mu'jam al-Buldan.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Muhammad ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.

Penghijrahan dari Makkah ke Madinah[sunting | sunting sumber]

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Muhammad dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadis, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Bani Qainuka'a, Bani Nadhir dan Bani Quraizah). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah dan pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraisy Makkah. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Muhammad dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Muhammad merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Perang Makkah-Madinah[sunting | sunting sumber]

Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. Menurut Sahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.

Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.

Madinah selepas kewafatan Muhammad[sunting | sunting sumber]

Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmaqdis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.

Bandar ini menjadi taklukan pemerintah-pemerintah lain seperti Mamluk pada abad ke-13 dan kemudiannya Empayar Uthmaniyah pada 1517.[5]

Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kota Madinah terletak di kawasan barat laut Arab Saudi, yakni di kawasan Hijaz, kira-kira 250 km di timur Laut Merah 620 meter di atas paras laut. Keluasan Madinah ialah kira-kira 50 kilometer persegi.

Madinah terletak di kawasan persimpangan tiga buah lembah iaitu Lembah Aql, Lembah Aqi' dan Lembah Himd.[6]

Uhud ialah gunung utama Madinah yang terletak di utara pusat bandar yang lazimnya terdiri daripada batuan granit merah.[7] Gunung ini mempunyai kepentingan dalam Islam; gunung ini serta Jabal Ramah ("Bukit Pemanah") yang berdekatan ialah tempat berlakunya peritstiwa Perang Uhud, dan gunung ini dijadikan subjek dalam beberapa hadis.[8]

Selain itu, gunung-gunung lain di Madinah termasuklah Gunung Haji di barat bandar, Gunung Sala' di barat laut dan Gunung 'Ir di kawasan selatan.[6]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kawasan Madinah terletak di suatu kaviti berbentuk segi empat yang terbentang ke arah selatan dan dilitupi oleh batuan basalt di kawasan barat, timur dan selatan Madinah. Selain itu, terdapat formasi geologi yang ditarikhkan hingga zaman pra-Kambria.[9] Tanah di Madinah lazimnya terdiri daripada pasir, lanau, aluvium dan tanah liat. Secara umumnya, tanah di selatan Madinah lebih subur berbandingkan kawasan utara.[10]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Madinah memiliki iklim gurun panas. Madinah memiliki suhu persekitaran yang amat panas ketika musim panas dengan suhu purata 43 °C (109 °F) ketika siang dan 29 °C (84 °F) ketika malam. Musim sejuk di Madinah adalah lebih sederhana dengan julat suhu antara 12 °C (54 °F) ketika malam ke 25 °C (77 °F) ketika siang. Madinah hampir tidak memiliki hujan langsung; hujan di Madinah lazim berlaku antara bulan November dengan Mei.

Data iklim untuk Madinah (1985–2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 33.2
(91.8)
36.6
(97.9)
40.0
(104.0)
43.0
(109.4)
46.0
(114.8)
47.0
(116.6)
49.0
(120.2)
48.4
(119.1)
46.4
(115.5)
42.8
(109.0)
36.8
(98.2)
32.2
(90.0)
49.0
(120.2)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 24.2
(75.6)
26.6
(79.9)
30.6
(87.1)
34.3
(93.7)
39.6
(103.3)
42.9
(109.2)
42.9
(109.2)
43.5
(110.3)
42.3
(108.1)
36.3
(97.3)
30.6
(87.1)
26.0
(78.8)
35.2
(95.4)
Purata suhu harian, °C (°F) 17.9
(64.2)
20.2
(68.4)
23.9
(75.0)
28.5
(83.3)
33.0
(91.4)
36.3
(97.3)
36.5
(97.7)
37.1
(98.8)
35.6
(96.1)
30.4
(86.7)
24.2
(75.6)
19.8
(67.6)
28.6
(83.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 11.6
(52.9)
13.4
(56.1)
16.8
(62.2)
21.2
(70.2)
25.5
(77.9)
28.4
(83.1)
29.1
(84.4)
29.9
(85.8)
27.9
(82.2)
21.9
(71.4)
17.7
(63.9)
13.5
(56.3)
21.5
(70.7)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 1.0
(33.8)
3.0
(37.4)
7.0
(44.6)
11.5
(52.7)
14.0
(57.2)
21.7
(71.1)
22.0
(71.6)
23.0
(73.4)
18.2
(64.8)
11.6
(52.9)
9.0
(48.2)
3.0
(37.4)
1.0
(33.8)
Purata kerpasan, mm (inci) 6.3
(0.25)
3.1
(0.12)
9.8
(0.39)
9.6
(0.38)
5.1
(0.20)
0.1
(0.00)
1.1
(0.04)
4.0
(0.16)
0.4
(0.02)
2.5
(0.10)
10.4
(0.41)
7.8
(0.31)
60.2
(2.37)
Purata bilangan hari hujan 2.6 1.4 3.2 4.1 2.9 0.1 0.4 1.5 0.6 2.0 3.3 2.5 24.6
Purata kelembapan relatif (%) 38 31 25 22 17 12 14 16 14 19 32 38 23
Sumber: Jeddah Regional Climate Center[11]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk Madinah setakat 2018 dicatat sebanyak 2,188,138 orang dengan peningkatan tahunan 50,800 orang penduduk yang membawa kepada pertumbuhan jumlah penduduk tahunan sebanyak 2.32%.[12][13]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz (IATA: MED, ICAO: OEMA) ialah lapangan terbang utama Madinah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang ini serta Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah menguruskan kedatangan jemaah ketika musim haji. Lapangan terbang ini menguruskan kira-kira 8.145 juta penumpang pada 2018, menjadikan lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang keempat tersibuk di Arab Saudi.[14]

Rel[sunting | sunting sumber]

Madinah ialah salah satu terminal bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain, sebuah laluan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar ini dengan Makkah dan Jeddah. Laluan ini dibuka pada 2018 dan dijangka mengangkut sekurang-kurangnya 50 juta orang penumpang.[15]

Bas[sunting | sunting sumber]

Sistem pengangkutan bas Madinah diasaskan pada 2012 oleh pihak pentadbiran bandar. Sistem ini merangkumi sepuluh buah laluan yang menghubungkan kawasan-kawasan Madinah dengan Masjid Nabawi dan pusat bandar, dan mengangkut kira-kira 200 ribu orang penumpang setiap hari.[16][17] Pada 2017, pihak pentadbiran Madinah telah melancarkan sistem bas persiaran yang merangkumi dua buah laluan yang membawa penumpang ke 11 buah destinasi termasuk Masjid Nabawi.[18]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Tempat tarikan[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid Nabawi ialah salah satu masjid-masjid suci Islam yang mendapat kunjungan penziarah dari seluruh dunia. Masjid Nabawi menempatkan Makam Rasulullah s.a.w. serta dua khalifah dalam kalangan Khulafa al-Rasyidin, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Selain itu, Perkuburan Baqi' di sebelah masjid yang menjadi tapak perkuburan Fatimah Abu Bakar, Hassan bin Ali dan sahabat-sahabat nabi lain turut menjadi tumpuan.

Masjid Quba dibina oleh Rasulullah s.a.w. ketika perjalanan hijrahnya dan disifatkan sebagai masjid terawal dalam sejarah Islam. Masjid al-Qiblatain ialah masjid berlakunya peristiwa perubahan kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah. Masjid Tujuh ialah sekumpulan enam buah masjida yang terletak di kawasan selatan Gunung Sala' yang menjadi tempat berlakunya Perang Ahzab.

Muzium[sunting | sunting sumber]

Muzium Al-Madinah memiliki koleksi sejarah dan warisan Madinah seperti koleksi arkeologi, galeri visual dan gambar-gambar. Muzium ini juga terdiri daripada Muzium Laluan Kereta Api Hejaz.

Tempat tarikan lain[sunting | sunting sumber]

Kawasan Uhud yang menjadi kawasan peristiwa Perang Uhud kini dijadikan sebuah dataran yang termasuk Jabal Ramah, Makam Syuhada dan Masjid Syuhada Uhud yang dibina pada 2017.[19]

Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd yang ditubuhkan pada 1985 ialah kilang percetakan Al-Quran terbesar di dunia dan memiliki kira-kira 1,100 orang pekerja.[20] Laporan menyatakan bahawa kira-kira 400 ribu orang pengunjung melawat pusat ini setiap tahun.[21]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kota Madinah memiliki sekurang-kurangnya 309 buah sekolah, termasuk 112 buah sekolah rendah, 95 buah sekolah perantaraan dan 102 buah sekolah menengah.[22] Salah satu sekolah terkemuka di Madinah ialah Sekolah Tinggi Taibah yang merupakan sekolah bagi beberapa orang menteri Arab Saudi.[23]

Pendidikan tinggi[sunting | sunting sumber]

Universiti Islam Madinah ialah universiti tertua Madinah yang ditubuhkan pada 1961. Universiti ini hanya dikhaskan kepada golongan Muslim lelaki.[24]

Universiti Taibah ialah sebuah universiti awam yang ditubuhkan pada 2003 melalui penggabungan Universiti Raja Abdulaziz dan Universiti Imam Muhammad bin Saud. Universiti ini mendapat kedudukan ketiga dalam senarai universiti terbaik oleh Kementerian Pendidikan Arab Saudi pada 2019.[25]

Nota[sunting | sunting sumber]

1.↑a  Kumpulan masjid ini dipanggil sebagai Masjid Tujuh kerana Masjid al-Qiblatain pernah digolongkan dalam kumpulan ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Esposito, John L. (2011). What everyone needs to know about Islam. Oxford University Press. m/s. 25. Mecca, like Medina, is closed to non-Muslims
  2. ^ a b Mohd. Yusoff, Zulkifli (2015). Kamus al-Quran. PTS. m/s. 31. ISBN 9789675137310.
  3. ^ "Surah Al-Ahzaab - سورة الأحزاب". Surah.My. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  4. ^ a b bin Abdullah Al-Maghluts, Sami (2014). Atlas Rasulullah s.a.w.: Menelusuri Sejarah Hidup Manusia Paling Agung. PTS. m/s. 53. ISBN 9789673662340.
  5. ^ Somel, Selcuk Aksin (13 February 2003). Historical Dictionary of the Ottoman Empire. Scarecrow Press. ISBN 9780810866065 – melalui Google Books.
  6. ^ a b Misrawi, Zuhairi (2009). Madinah: kota suci, piagam Madinah, dan teladan Muhammad SAW. Penerbit Buku Kompas. m/s. 2. ISBN 9797094502.
  7. ^ "أحد.. جبل يحبنا ونحبه". Al-Riyadh (dalam bahasa Arab). 17 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2018.
  8. ^ "Irsyad al-Hadith Siri ke-235: Uhud Bukit yang Dicintai". Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 10 Januari 2018. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  9. ^ جيولوجيا المدينة المنورة، مركز بحوث ودراسات المدينة Diarkibkan 2016-03-06 di Wayback Machine
  10. ^ جيولوجيا المدينة المنورة (التربة)، مركز بحوث ودراسات المدينة Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine
  11. ^ "Climate Data for Saudi Arabia". Jeddah Regional Climate Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016.
  12. ^ "Population in Madinah Region According to Gender and Age groups". Saudi Census. Dicapai pada 6 February 2020.
  13. ^ "Saudi Census Releases". Saudi Census. Dicapai pada 6 February 2020.
  14. ^ "TAV Traffic Results 2018" (PDF).
  15. ^ "Testing set to begin on Saudi High Speed Line. IRJ".
  16. ^ "Madina Buses Official (Arabic)". Madina Buses Official Website.
  17. ^ "Medina Buses Serves 20k Passengers Daily (Arabic)". Makkah Newspaper. Dicapai pada 19 May 2019.
  18. ^ "City Sightseeing Medina". City Sightseeing Medina Official Website.
  19. ^ "Masjid Sayyed Al-Shuhada'a (Arabic)". Saudi Press Agency. Dicapai pada 26 April 2017.
  20. ^ "About King Fahd Complex". King Fahd Complex for the Printing of the Holy Quran. Dicapai pada 10 February 2020.
  21. ^ "Publications of King Fahd Complex (Arabic)". King Fahd Complex for the Printing of the Holy Quran. Dicapai pada 10 February 2020.
  22. ^ "إحصائيات المدارس والأبنية التعليمية، الإدارة العامة للتربية والتعليم بالمدينة المنورة، تاريخ الوصول". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-21. Dicapai pada 2009-06-21.
  23. ^ "History of Taibah High School (Arabic)". Al-Madina Newspaper. Dicapai pada 5 February 2020.
  24. ^ "Regeringen ska stoppa CSN-bidrag till saudiska studier - DN.SE". DN.SE (dalam bahasa Sweden). 2017-12-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2018. Dicapai pada 2018-03-23.
  25. ^ "عام / جامعة طيبة تشارك في الأولمبياد الوطني للإبداع العلمي" (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2019.

Pautan pilihan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]