Maduvu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Maduvu (Bahasa Tamil: மட்டுவு), juga dikenali sebagai Maru , Madu atau Maan Kombu yang bermaksud tanduk rusa , adalah salah satu daripada senjata yang digunakan didalam seni mempertahankan diri Silambam dan Kalari Payat. Kewujudan bermula dikalangan orang Dravidian di India Selatan di era ke-7 sebelum masihi, adalah satu-satunya senjata yang diperbuat hanya dengan Tanduk Rusa (Maan Kombu) digunakan dahulu-kala untuk berperang atau mempertahankan diri daripada binatang buas. Senjata ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya hujung tanduk tersebut ditikam pada organ penting manusia. Pelatih atau pakar seni silambam mengunakan senjata Maduvu ini dengan beberapa cara untuk menangkis serangan atau membuat serangan balas.[1]

Perlawanan Maduvu selalunya dimulakan dengan memberi penghormatan pada Guru Silambam, pasukan lawan dan penyokong yang hadir. Ini dikenali sebagai Maduvu Sala-Varisai (juga dikenali sebagai Salam Varisai), yang dibuat secara ringkas.

Cara Serangan[sunting | sunting sumber]

Apabila bertempur dengan kayu panjang Silambam atau kayu pendek Silambam (Sedi Kuchi) yang selalunya dipegang dua, pertempuran Maduvu akan lebih mempraktikkan kepada pertahanan jarak dekat sebelum membuat serangan balas. Ini adalah kerana pukulan kayu panjang Silambam mempunyai momentum yang kuat dibahagian hujung kayu apabila di ayun kearah musuh.[1]

Pergerakan kaki[sunting | sunting sumber]

Pergerakan kaki juga dikenali sebagai Kaladi Varisai didalam bahasa tamil. Apabila bertempur mengunakan Maduvu, cara berdiri dan pergerakan Kaladi Varisai adalah berasaskan binatang-binatang seperti pergerakan melompat katak, ular, tikus, harimau, gajah dan helang. Semua pergerakan kaki tersebut adalah sama seperti yang digunakan didalam seni silambam dan kalari payat. Kaladi Varisai berbentuk cara membuat rumah (house building) seperti didalam seni silambam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Master Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Silambam Weapons - Deer Horn ( Maduvu )". Silambam. Dicapai 26 May 2013.