Mafarikha Akhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mafarikha Akhir
Kelahiran
Mafarikha Binti Md Akhir

1992 (umur 31–32)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainMafa
PendidikanIjazah Creative Multimedia (HONS) Media Art
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, jurusolek artis
Tahun aktif2011–kini
PasanganMuhamad Yusup Osman (2016–2019; bercerai)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Asmidar, Ronnie Hussein

Mafarikha Binti Md Akhir ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali menerusi rancangan TV realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa musim pertama, merangkul gelaran naib juara pada 2011. Pada tahun 2017, beliau mewakili negara dengan menyertai Asia's Got Talent musim kedua.[3][4] Selain itu, beliau juga ialah seorang jurusolek artis.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Mafarikha mengambil bahagian dalam rancangan TV realiti, Vokal: Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3. Biarpun pada mulanya tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan sebelum apa yang akan menjadi Vokal: Bukan Sekadar Rupa,[6] beliau menerima pujian daripada juri kerana keunikan vokalnya, akhirnya dinobatkan sebagai naib juara, di belakang Asmidar yang merangkul gelaran juara.[3]

Selepas tamat Vokal, Mafarikha melancarkan single sulungnya, "Tiba" yang dipilih sebagai lagu tema drama Fira Ayuni, kemudian melancarkan single keduanya, "Derhaka". Beliau juga memyumbangkan runut bunyi drama Seindah Sakura yang bertajuk "Buatku Di Sana" yang mana beliau berduet bersama vokalis Hyper Act, Ronnie Hussein.[6] Beliau menandatangani kontrak bersama Alibi Music dan melancarkan single ketiga, "Tolong" iaitu single sulungnya bersama Alibi.[3][7]

Mafarikha juga aktif mengarang lagu untuk filem, drama dan penyanyi lain, ini terbukti apabila beliau mengarang lagu bertajuk "Mengharap Cinta", dipersembahkan oleh Sharifah Zarina.[6] Lagu itu digunakan sebagai penghormatan kepada insiden Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia yang hilang pada 8 Mac 2014.[6] Beliau kemudian menyanyikan lagu tema filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang bertajuk "Pintu Hati".[8]

Pada November 2015, Mafarikha melancarkan single kelimanya, "Jujur Saja Sayang".[8] Beliau menyepi seketika dari kerjaya muzik kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai jurusolek artis.[5] Pada Oktober 2017, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 27 peserta Asia dalam pertandingan Asia's Got Talent musim kedua. Persembahannya mendapat perhatian juri pertandingan, iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park,[9][10] namun beliau diumumkan tersingkir semasa konsert separuh akhir minggu kedua.

Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu (penyanyi) Ked.
Minggu 1 "Rollin' in the Deep" (Adele)
Minggu 3 "Kotak Hati" (Hujan)
Minggu 4 "Empire State of Mind" (Alicia Keys ft Jay Z)
Minggu 5 "Il Wol Ji Ga" (Sun Ye)
Minggu 6 "Janji Manismu" (Aishah)
Minggu 7 "Diam Diam" (Tilu) / "Ku Bukan Aku" (Tilu)
Minggu 8 "Dangerously in Love" / "Ketahuan" (Matta)
Minggu 9
Minggu 10

Konsert[sunting | sunting sumber]

1 | "Rolling in The Deep" (Adele) ! - |- ! Konsert 3 | "Kotak Hati" nyanyian Hujan ! 1 |- ! Konsert 4 | "Empire State of Mind" nyanyian Alicia Keys & Jay Z ! 5 |- ! Konsert 5 | "Il Wol Ji Ga" nyanyian Sun Ye ! 1 |- ! Konsert 6 | "Janji Manismu" nyanyian Aishah ! 2 |- ! Konsert 7 | "Diam Diam" / "Ku Bukan Aku" nyanyian Tilu ! 1 |- ! Suku Akhir | "Dangerously in Love" nyanyian Beyoncé / "Ketahuan" nyanyian Matta ! 2 |- ! rowspan="2"|Separuh Akhir | "Earth Song" nyanyian Michael Jackson ! rowspan="2"|2 |- | "Asmara" nyanyian Anneke Gronloh (duet Atilia) |- ! rowspan="3"|Akhir | "Jangan Tinggal Daku" nyanyian P. Ramlee ! rowspan="3"|Naib Juara |- | "Tiba" nyanyian Mafa

|- | "Laksamana Raja Di Laut" nyanyian Iyeth Bustami |- |}

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mafarikha dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau ialah lulusan dalam bidang Seni Media di Universiti Multimedia (MMU).[11]

Beliau berkahwin dengan Muhamad Yusup Osman pada 2016 dan bercerai pada 2019.[12] Selepas bercerai, Mafarikha pernah mengasingkan diri kerana tidak mahu berdepan dengan soalan daripada wartawan.[13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2012
"Tiba"
2013
"Derhaka"
"Buatku Di Sana"
Duet bersama Ronnie Hussein
2014
"Pintu Hati"
2015
"Jujur Saja Sayang"
2022
"Angin"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hanisah Selamat (6 Januari 2020). "Mafarikha belum menyerlah". Berita Harian. Dicapai pada 19 Januari 2020 – melalui PressReader.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 September 2016). "Mafarikha masih rindu". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2016 – melalui PressReader.
  3. ^ a b c "Her moment in time" [Sedetik waktunya] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 1 November 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  4. ^ Farhana Fuad (30 Oktober 2017). "Mafarikha buat comeback di Asia's Got Talent, curi hati kesemua juri". EH!. Dicapai pada 19 Disember 2017.
  5. ^ a b "Mafarikha menangis kerana tidak laku". Murai.my. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 19 Disember 2017.
  6. ^ a b c d Murni Nasri (5 September 2015). "Mafarikha Akhir, the unintended singer-songwriter" [Mafarikha Akhir, penyanyi-penulis lagu yang tiada tandingan] (dalam bahasa Inggeris). Youth Bernama. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (8 Mac 2014). "Mafarikha nekad kurus demi kerjaya nyanyian". mStar Online. Dicapai pada 19 Disember 2014.
  8. ^ a b Syanty Octavia Amry (14 Januari 2016). "Fokus Mafa". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2016.
  9. ^ Zaidi Mohamad (28 Oktober 2017). "Mafarikha pikat hati juri Asia's Got Talent". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-11. Dicapai pada 19 Disember 2017.
  10. ^ Farhan Ikram (15 November 2017). Bakat Mafarikha tersia-sia enam tahun. mStar Online. Dicapai pada 19 Disember 2017.
  11. ^ "Mafa: Cipta lagu beri kepuasan". Perak Today. 20 Jun 2014. Dicapai pada 19 Disember 2014.
  12. ^ "Mafarikha akui dah bercerai, kini mahu fokus karier seni". Kopiplanet. 2 Januari 2020. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  13. ^ "Mafarikha kurung diri selepas bercerai". Berita Harian. 31 Disember 2019. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]