Lembu Friesian Sahiwal Australia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mafriwal)
Friesian Sahiwal Australia
Australian Friesian Sahiwal cow
Negara asalQueensland, Australia
JenisSahiwal & Holstein-Friesian
KegunaanPengeluaran susu
Ciri-ciri
WarnaBlack/White/Red&Black

Friesian Sahiwal Australia (AFS) merupakan sejenis lembu tenusu Australia yang perkembangannya dimulakan pada tahun 1960-an oleh Kerajaan Queensland. Ia merupakan gabungan dari Sahiwal, baka tenusu Bos indicus dari Pakistan dan baka Holstein (Bos taurus) yang dirancang sesuai untuk kawasan tropika di Australia. Lembu ini menghasilkan kira-kira 3,000 liter susu per laktasi[1] dalam keadaan padang rumput tropika dengan daya tahan tinggi terhadap panas, kelembapan, kutu dan parasit lain.

Baka ini kini telah berjaya dieksport ke banyak negara tropika di Asia Tenggara, Amerika Tengah dan Selatan dan benua India, malah di Malaysia telah dikembangkan satu varian daripada baka ini yang dipanggil Friesian Sahiwal Malaysia (Mafriwal).

Lembu Friesian Sahiwal Australia merupakan baka kacukan yang dimajukan di Queensland sebagai baka yang sesuai untuk berkembang maju di iklim tropika.[2] Untuk mencapai pembiakan silang yang berjaya ini, terbentuknya pelbagai program yang melibatkan pelbagai genotip dan lembu kacukan. Hasilnya, baka Holstein-Friesian dan Sahiwal ini berjaya mengatasi pelbagai kesulitan yang dialami oleh lembu-lembu lain di pelbagai persekitaran. Dengan kejayaan pembiakan silang ini, satu kajian di Bangladesh menyimpulkan bahawa lembu AFS ialah baka yang unggul dari segi pengeluaran susu yang diperlukan untuk pelbagai negara tropika dan segera dieksport ke negara-negara yang ekonominya bergantung pada ternakannya seperti Bangladesh.  Oleh itu, kerana kemampuannya untuk menghasilkan hasil susu yang diinginkan dan tahan panas dan kutu, AFS adalah baka kacukan yang berjaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Australian Friesian Sahiwal Diarkibkan Jun 6, 2007, di Wayback Machine
  2. ^ Alexander, G.I; Tierney, M.L (1990). "Selection Methods Used In The Development Of The AFS Breed Of Tropical Dairy Cattle'" (PDF).