Magical Girl Lyrical Nanoha A's

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magical Girl Lyrical Nanoha A's
GenreBishōjo, Magical girl
Manga
PengarangMaki Tsuzuki (story)
Kōji Hasegawa (art)
IlustrasiKōji Hasegawa
PenerbitJepun Gakken
Anime
PengarahKeizō Kusakawa
StudioSeven Arcs
Penyiaran AsalChiba TV Malaysia Ntv7 (5 Mac 2021)
Penyiaran LainIndonesia NET. (TBA 2021)
Dikeluarkan pada1 October 200525 December 2005
Portal Anime dan Manga
Logo Musim Kedua

Magical Girl Lyrical Nanoha A's ataupun dalam Bahasa Jepun (魔法少女リリカルなのは エース|Mahō Shōjo Ririkaru Nanoha Ēsu) merupakan siri anime 13 episod yang berasal dari negara Jepun. Siri ini telah disiarkan di Jepun pada tahun 2005. Berbeza dengan negara Malaysia, siri ini mula ditayang pada tahun 2007 di Ntv7. Siri ini merupakan satu spin-off daripada siri permainan dan OVA iaitu Triangle Heart. Siri Magical Girl Lyrical Nanoha A's ini merupakan sambungan daripada musim pertama, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha yang telah disiarkan di Jepun pada akhir 2004. Siri Magical Girl Lyrical Nanoha A's ini telah disusuli oleh tiga musim yang lain, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS yang telah disiarkan pada tahun 2007, dan manga nya yang lain iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid yang dihasilkan pada tahun 2009 dan Magical War Chronicle Lyrical Nanoha Force yang juga dihasilkan pada tahun 2009.

Anime ini diarahkan oleh Ayuki Shinbo manakala lakon layarnya ditulis oleh Misaki Tsuzuki dan dihasilkan oleh Seven Arcs. Di Jepun siri ini ditayangkan sebanyak 13 episod di antara Oktober sehingga Disember 2005. Kemudian terdapat sebuah novel terbitan Megami Bunko diadaptasikan daripada siri anime ini, yang dihasilkan pada 2005. King Records juga menggunakan beberapa soundtrack asal daripada anime masuk ke dalam drama CD. Pada tahun 2005 Magical Girl Lyrical Nanoha A's menyusul dalam siri anime yang juga terbitan Seven Arcs pada Oktober 2005 yang ditayangkan di Chiba TV. Pada 23 Januari 2010, sebuah filem ataupun movie yang diadaptasi daripada siri pertama ini telah ditayangkan dipawagam iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha First Movie serentak dengan penerbitan sebuah majalah iaitu Megami Megazine. Anime ini turut diterbitkan oleh Namco-Bandai sebagai satu permainan dalam bentuk PSP yang bertajuk Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Battle of Aces, Magical Girl Lyrical Nanoha A's Portable: The Gears of Destiny dan juga Nendoroid Generation.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun siri ini mengandungi klise yang terdapat dalam anime jenis Magical Girl, namun terdapat juga kelainan yang ketara:

  • Nanoha mendasarkan magisnya pada teknologi berbanding unsur magis tradisi dalam anime jenis sedemikian yang lain.
  • Siri ini mempunyai koreografi yang dihasilkan dengan lebih teliti berbanding rancangan "Magical Girl" yang lain, mencerminkan demografik berlainan (penonton lelaki remaja dan dewasa muda, berbanding penonton perempuan muda yang lazim bagi subgenre anime ini)
  • Paling penting sekali, kisah siri ini lebih menekankan unsur emosi daripada anime Magical Girl lain, dengan tema-tema seperti pengorbanan dan penderitaan.


Plot[sunting | sunting sumber]

Setelah berakhirnya musim pertama, musim kedua iaitu A's bermula dengan kehidupan Takamachi Nanoha yang telah berjaya menguasai ilmu magis dan mempunyai kekuatan Mana yang tersendiri. Sahabatnya, Fate testarossa dan Arf Testarossa sedang berada di Kapal Asura untuk menjalani ujian seterusnya sebagai Mage bagi memberi khidmat kepada Jabatan Angkasa Bureau setelah mereka dibebaskan atas kesalahan Precia Testarossa. Yuno Scrya turut membantu Fate dan Arf. Sementara itu, Nanoha menjalani kehidupannya seperti biasa di dimensi Bumi bersama sahabat baiknya, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura.

Pada suatu malam, Raging Heart milik Nanoha dapat merasai magis yang kuat menghampiri mereka. Tiba tiba Nanoha dikejutkan dengan pemasangan Barrier @ penghadang di sekeliling Bandar Uminari. Raging Heart mula memberi arahan, Caution! Emergency!!! Nanoha bersama sama Raging Heart menunggu di atas bangunan yang tinggi. Tiba tiba Nanoha diserang oleh watak baru, iaitu Vita. Vita bersama sama dengan intelligent devicenya, Graf Eisen menghentam Nanoha. Mujurlah Nanoha sempat membuka form Protection. Nanoha yang begitu terkejut mula mempertahankan dirinya terhadap serangan Vita yang bertubi tubi, dan Nanoha membuka form Barrier Jacketnya dalam keadaan tergesa gesa. Berlaku pertarungan hebat antara mereka berdua, dan akhirnya Nanoha ditewaskan dan Raging Heart mengalami kemusnahan tahap kritikal kerana digerudi oleh Graf Eisen yang mengambil bentuk hammer @ mertun. Nanoha dalam nyawa nyawa ikan dan penglihatannya menjadi rabun, mula menyeru nama Yuno, Arf dan akhir sekali dengan kekuatannya yang terakhir Nanoha menyeru nama Fate!!!

Sebelum Vita sempat menghentam, Fate muncul dan membuka form Scythe Form dan berlawan dengannya. Yuno pula mula mengubati Nanoha. Arf dan Fate bekerjasama dalam menangkap Vita dan akhirnya mereka berjaya. Tetapi, sebelum sempat Fate meyentuh Vita, senjata Fate, Bardiche dihentam dengan senjata milik Signum iaitu Laevatein. Fate dan Signum merupakan lawan yang setaraf dari segi fizikal, tetapi bukan dari segi senjata kerana Bardiche lebih lemah daripada Levantine dan kerap dipecahkan. Mujurlah Bardiche mempunyai form Recovery Form. Sementara itu, Arf turut berlawan dengan Familiar yang lain iaitu Zafira. Zafira juga seperti Arf tetapi jantinanya ialah lelaki dan digelar sebagai Guardian Beast. Yuno pula cuba memecahkan penghadang tetapi ditentang oleh Shamal. Oleh kerana Fate, Arf, dan Yuno dihentam hebat dan hampir tewas, Nanoha mengambil keputusan untuk berlawan biarpun Raging Heart berada di paras kritikal. Raging Heart memberi sokongan dengan berkata, Trust Me, My Master!!!

Linker Core Nanoha direntap oleh Shamal

Nanoha tanpa berfikir panjang, mula membuka form tertinggi bagi Raging Heart iaitu form Starlight Breaker dan Raging Heart mula mengira detik pelancarannya. Semasa ingin melancarkan serangan Starlight Breaker untuk memecahkan penghadang, Nanoha diserang dari belakang oleh Shamal dan Linker Core milik Nanoha direntap. Nanoha terkejut tetapi tidak memperdulikan kesakitannya, dan menggunakan seluruh tenaganya untuk melancarkan serangan. Starlight Breaker berjaya dilancarkan sekaligus memusnahkan penghadang membuatkan Jabatan Angkasa Bureau boleh melihat keadaan sebenar melalui skrin komputer utama. Guardian Knight mula beredar dan melarikan diri. Nanoha dirawat di Hospital Kapal Asura.

Jabatan Angkasa Bureau dapat melihat dengan jelas peristiwa itu dan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman terdapat pada tangan Shamal. Emosi Chrono Harlaown sedikit terganggu dengan kes baru ini kerana kematian ayahnya, Clyde Harlaown berkaitan dengan kebangkitan Buku Kezaliman kali pertama. Nanoha pula semakin pulih dan Fate berasa amat bersalah kerana gagal melindungi Nanoha. Namun, Nanoha tidak menyalahkan Fate, bahkan Nanoha memeluk Fate dan mengucapkan terima kasih. Sementara itu, Raging Heart dan Bardiche berada di bilik pemulihan dan meminta mereka menambah satu sistem yang baru iaitu Sistem Cartridge yang sama dengan senjata Guardian Knight. Oleh itu, penginstallan Sistem Cartridge dilakukan sekaligus mengupgrade senjata mereka. Nama Raging Heart dan Bardiche turut ditukar iaitu, Raging Heart Excellion dan Bardiche Assault. Pertarungan antara Nanoha dan Fate dengan Vita dan Signum diteruskan.

Linker Core Fate direntap oleh orang yang tak dikenali

Fate bertarung dengan Signum di episod 7 dan Fate hampir menang. Namun begitu, secara tiba tiba Linker Core milik Fate direntap dari belakang oleh watak baru yang tidak dikenali. Signum begitu terkejut dan amat mengasihani Fate, tetapi Signum perlu melengkapkan Buku Kezaliman secepat yang mungkin. Sebenarnya, Guardian Knight ialah sebahagian daripada Buku Kezaliman dan tugas mereka ialah mengumpul Linker Core Mage untuk melengkapkan Buku Kezaliman yang mengandungi 666 muka surat yang perlu diisi. Apabila Linker Core direntap dan diletakkan ke dalam Buku Kezaliman, buku tersebut akan menciplak jenis kuasa milik Mage tersebut. Master Buku Kezaliman yang baru ialah Yagami Hayate. Jikalau mereka tidak melengkapkan buku tersebut dengan secepat yang mungkin, nyawa Hayate akan terancam kerana Buku tersebut akan memakan roh tuannya sekiranya tidak diisi.

Akhirnya, dua kembar yang tidak dikenali itu, menyamar sebagai Nanoha dan Fate menyeru Hayate. Hayate yang tiba di atas bangunan melalui Dimensional Transfer melihat Signum, Shamal dan Zafira sudah tiada. Hanya Vita yang ada di situ tetapi sudah tidak bernyawa. Dua kembar yang menyamar itu membangkitkan kemarahan Hayate dengan mengatakan Guardian Knight tidak berguna dan merupakan Projek yang gagal. Hayate yang tidak dapat membendung perasaan marahnya mula membangkitkan kembali Buku Kezaliman dengan mengatakan, I'm the mistress the Book Of Darkness, bring power to these hands of mine. Buku Kezaliman membalas, Good morning my mistress. Dan Hayate segera memberi arahan, Seal, Release. Dengan itu bangkitlah Buku Kezaliman dan Yagami Reinforce mula mengambil alih tubuh Hayate.

Mereka semua bekerjasama untuk menangani kebangkitan terakhir Buku Kezaliman

Serangan dilakukan oleh Reinforce terhadap Nanoha dan Fate secara bertubi tubi, padahal Nanoha dan Fate tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Nanoha segera menentang begitu juga dengan Fate. Reinforce kelihatan begitu sedih dan dia ingin memusnahkan sesiapa saja yang menghalang jalannya. Sehinggalah ke peringkat yang lain, Fate diserap ke dalam Buku Kezaliman dan mengalami mimpi kehidupan lama-nya di mana keluarganya, Precia Testarossa, Alecia Testarossa Linith Testarossa dan Arf Testarossa masih hidup. Fate bagaimana pun memecahkan mimpi tersebut dengan menggunakan form Sprite Zanber dan segera kembali kepada Nanoha. Nanoha pula berlawan hampir separuh mati sehinggakan terpaksa membuka, Raging Heart Extension.

Pada ketika itu, Hayate mula tersedar dari tidur dan tahu jasadnya sedang dikawal oleh Reinforce. Hayate mengatakan semua ini adalah salah dan perlu diperbetulkan. Hayate memberi arahan kepada Nanoha supaya menyerangnya sekuat hati, dalam erti kata lain menyerang Reinforce. Reinforce berjaya ditewaskan oleh Nanoha dan Hayate mula mengawal jasadnya kembali. Hayate mula mengambil alih kuasanya sebagai administrator Book Of Darkness dan membina semula sistem Guardian Knight. Signum, Shamal, Vita dan Zafira kembali hidup. Mereka semua bergabung dengan sepenuh tenaga untuk mengalahkan Program yang dicipta oleh Buku Kezaliman iaitu kebangkitan terakhir. Mereka bekerjasama dan membuka kuasa tertinggi masing masing, contohnya Nanoha dengan Starlight Breaker, Fate dengan Lightning Flash Plasma Zanber, Hayate dengan Ragnarok, Vita dengan Giant Hammer, Signum dengan Storm Falcon dan Chrono dengan Eternal Coffin. Hasil kerjasama Arf, Yuno dan Shamal, musuh mereka berjaya ditempatkan di ruang angkasa dan dimusnahkan oleh Arc en Ciel.

Watak Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

* Takamachi Nanoha - Merupakan watak utama yang baik hati dan komited terhadap tugasnya.
* Fate testarossa - Sahabat Nanoha yang berperwatakan tegas dan mementingkan persahabatan.
* Yagami Hayate - Tuan kepada Buku Kezaliman yang menderita akibat rohnya diserap oleh buku kezaliman.

Watak Sampingan[sunting | sunting sumber]

Pegawai Tadbir Jabatan Angkasa Bureau[sunting | sunting sumber]

* Gill Graham - Pegawai tertinggi bagi Jabatan Angkasa Bureau.
* Lindy Harlaown - Penolong Gill Graham dan ibu kepada Chrono.
* Chrono Harlaown - Seorang anak yang taat dan pegawai yang dedikasi.
* Amy Lamietta - Seorang yang lucu serta suka menganggu ketenteraman Chrono.

Keluarga Nanoha[sunting | sunting sumber]

* Takamachi Shiro - Ayah kepada Nanoha yang kelihatan kacak biarpun sudah tua.
* Takamachi Momoko - Ibu Nanoha yang comel, dan dia menguruskan kedai kek.
* Takamachi Kyouka - Abang Nanoha yang menaruh perasaan kepada kakak Suzuka.
* Takamachi Miyuki - Sering kali dilihat bersama Yuno kerana dia gilakan binatang yang comel.

Sahabat Nanoha[sunting | sunting sumber]

* Alisa Bannings - Sahabat Nanoha yang paling gila gila.
* Suzuka Tsukimura - Sahabat yang pendiam dan lemah lembut.
* Yuno Scrya - Sahabat dan familiar bagi Nanoha.
* Arf Testarossa - Arf merupakan familiar bagi Fate tetapi Arf juga mengambil berat mengenai Nanoha.

Guardian Knight[sunting | sunting sumber]

Guardian Knight yang juga dikenali sebagai Wolkenritter (ヴォルケンリッター Vorukenrittā, Bahasa German. "Cloud Knights") ialah sebahagian daripada Buku Kezaliman. Mereka juga seperti Fate testarossa iaitu sebuah program ciptaan teknologi baru. Seluruh kehidupan Guardian Knight ialah menunaikan hasrat Master @ Tuan mereka iaitu Tuan kepada Buku Kezaliman. Mereka juga bertanggungjawab untuk melengkapkan Buku Kezaliman sebanyak 666 muka surat diisi dengan Linker Core untuk membangunkan kuasa sebenar Tuan mereka. Guardian Knight terdiri daripada Signum, Shamal, Vita, Zafira dan Yagami Reinforce. Manakala Tuan mereka ialah Yagami Hayate. Guardian Knight menggunakan Sistem Ancient Belka.
Suara Latar : Kaori Shimizu
Signum ialah ketua kepada Guardian Knight. Gelarannya ialah Kesatria Pedang (Jepun: 剣の騎士, Hepburn: Ken no Kishi). Perwatakan Signum tampak tegas dan dia amat mementingkan tugasnya. Signum lebih pendiam tetapi Signum sanggup lakukan apa saja demi Masternya. Perwatakannya kelihatan sama seperti Fate yang tidak menghiraukan perbuatannya sama ada salah ataupun betul demi orang yang tersayang. Signum pertama kali dilihat dalam episod 2 di mana dia datang menyerang Fate untuk menyelamatkan Vita. Berlakulah pertempuran yang dasyat antara mereka berdua dan Fate akhirnya kalah kerana Bardiche terlalu lemah jikalau dibandingkan dengan Laevatein. Setelah Fate mengupgrade Bardiche barulah mereka bertarung dengan adil. Signum menghormati Fate dan begitu juga dengan Fate yang menghormati Signum.
Signum memperkenalkan dirinya kepada Fate

Signum meluangkan masanya bersama sama dengan keluarga Yagami dan kadangkala mereka berjalan jalan dengan Hayate. Signum lebih berhati hati dalam membuat tindakan berbeza sekali dengan Vita. Hayate mengetahui bahawa dirinya ialah Master mereka, Hayate melarang Signum daripada mengumpul Linker Core kerana ianya membahayakan nyawa Mage yang lain. Namun begitu, Signum tetap mengumpul Linker Core kerana ingin memulihkan kembali Masternya. Apabila Signum bertemu dengan Nanoha, Fate, Alisa dan Suzuka yang datang melawat Hayate di hospital, keadaan menjadi tegang. Menjelang malam, mereka berlawan di atas bangunan. Nanoha dan Fate yang mengetahui hubungan Guardian Knight dengan Hayate, segara memberi nasihat supaya menghentikan perbuatan mereka. Namun Guardian Knight tetap dengan pendirian mereka. Ketika bertarung, muncul sepasang kembar yang tidak dikenali. Mereka menyedut Linker Core Guardian Knight menyebabkan Hayate naik marah.

Signum dan Guardian Knight yang lain kembali hidup apabila sistem mereka dibina kembali oleh Hayate yang dapat menguasai jasadnya sendiri daripada Reinforce. Apabila kembali sedar, Signum meminta maaf kepada Hayate kerana dia mengumpul Linker Core tanpa pengetahuan Hayate sekaligus memungkiri janjinya terhadap Hayate. Hayate bagaimanapun tidak menyalahkan mereka dan dia mengucapkan welcome back everyone. Apabila Buku Kezaliman berjaya ditewaskan, Guardian Knight berkhidmat dengan Jabatan Angkasa Bureau. Signum pula lebih mengambil berat terhadap Fate testarossa.

Suara Latar : Ryōka Yuzuki
Shamal merupakan ahli Guardian Knight yang tertua. Gelarannya ialah Kesatria Tasik (Jepun: 湖の騎士, Hepburn: Mizūmi no Kishi). Perwatakan Shamal tampak lemah lembut dan dia amat mementingkan tugasnya. Shamal lebih kepada seorang yang matang. Shamal gemar melakukan kebanyakan kerja rumah seperti memasak dan membasuh kain. Dia kelihatan seperti ibu yang mempunyai 4 anak. Jikalau Guardian Knight yang lain mempunyai kelebihan dalam menyerang, Shamal pula mempunyai kelebihan dalam menyembuhkan luka luka dalaman. Intelligent devicenya ialah Klarer Wind yang berbentuk cincin berbeza sekali dengan Mage yang lain iaitu berbentuk tongkat. Shamal mungkin mendapat gelaran Kesatria Tasik merujuk kepada sejarah Athuria yang mempunyai Lady Of The Lake, berkebolehan untuk menyembuhkan penyakit, dan Klarer Wind juga mungkin merujuk kepada "Hand of the Healing Wind" (風の癒し手 Kaze no Iyashite).
Shamal memperkenalkan dirinya kepada Fate dan Nanoha

Shamal pertama kali dilihat apabila tiba di lokasi lawan dan dia merentap Linker Core milik Nanoha dari belakang. Kemudian, Shamal juga mahir dalam memasang Barier @ Penghadang untuk mengelakkan pihak Jabatan Angkasa Bureau menjejaki mereka. Apabila perlawanan reda, Shamal lebih suka meluangkan masa untuk mencipta peluru, iaitu Sistem Cartridge dan keluar bersama sama dengan keluarga Yagami serta kadangkala membawa Hayate ke perpustakaan awam kerana Hayate amat suka membaca buku, menyebabkan Hayate bertemu dengan Suzuka Tsukimura. Pertemuan mereka membuahkan persahabatan sehinggakan Suzuka mengajak Alisa Bannings, Takamachi Nanoha dan Fate testarossa untuk turut sama mengikut ke hospital untuk melawat Hayate. Pertemuan yang tidak disangka menyebabkan berlakunya perlawanan di malam hari sekaligus Nanoha dan Fate mengetahui bahawa Hayate lah Master mereka.

Nanoha dan Fate, segara memberi nasihat supaya menghentikan perbuatan mereka. Namun Guardian Knight tetap dengan pendirian mereka. Ketika bertarung, muncul sepasang kembar yang tidak dikenali. Mereka menyedut Linker Core Guardian Knight menyebabkan Hayate naik marah.Shamal dan Guardian Knight yang lain kembali hidup apabila sistem mereka dibina kembali oleh Hayate yang dapat menguasai jasadnya sendiri daripada Reinforce. Apabila kembali sedar, Shamal meminta maaf kepada Hayate. Hayate bagaimanapun tidak menyalahkan mereka dan dia mengucapkan welcome back everyone. Apabila Buku Kezaliman berjaya ditewaskan, Guardian Knight berkhidmat dengan Jabatan Angkasa Bureau. Shamal menjadi doktor kerana dia berbakat dalam mengubati luka dalaman.

Suara Latar : Asami Sanada
Vita yang ingin melancarkan serangan
Vita merupakan ahli Guardian Knight yang paling muda. Gelarannya ialah Kesatria Besi Mertun (Jepun: 鉄槌の騎士, Hepburn: Tettsui no Kishi). Vita lebih berperwatakan kebudak budakan. Ketika baru tiba di rumah Hayate melalui Gerbang Sistem Ancient Belka. Vita lah orang pertama yang menegur Hayate yang merupakan Masternya. Vita pada mulanya kelihatan sedikit sombong dan pendiam. Lama kelamaan Vita amat menyayangi Hayate selepas Hayate membeli anak patung Jack Skellington dan menjahit di topi nya. Kemudian, Vita mula bercakap dan lebih gembira berada di sisi Hayate. Pakaiannya semasa berlawan berwarna merah terang dan bajunya lebih menjurus kepada gaya Lolita. Senjatanya ialah Graf Eisen yang digelar sebagai "Crimson Iron Rider" (紅の鉄騎 Kurenai no Tekki).

Vita pertama kali dilihat pada episod 1 di mana dia datang menyerang Nanoha secara mengejut bertemankan Zafira. Vita tidak peduli mengenai kesakita Nanoha, asalkan dia dapat Linker Core. Berlaku pertarungan hebat antara mereka, tetapi Nanoha tewas kerana Raging Heart lebih lemah berbanding Graf Eisen yang memakai Sistem Cartridge. Apabila Fate tiba untuk menyelamatkan Nanoha, Vita pula berlawan dengan Fate dan Vita berjaya di tangkap. Namun begitu, Signum datang menyelamatkan Vita sekaligus menewaskan Fate.

Vita meluangkan masanya bersama sama dengan keluarga Yagami. Kadang kala Vita turut mandi bersama sama dengan Hayate. Apabila Raging Heart diupgrade, Nanoha dan Vita berlawan secara adil dan Nanoha seringkali bertanya kepada Vita apakah tujuan mereka yang sebenar. Tetapi sikap panas baran Vita seringkali menghalang persahabatan mereka. Sehinggalah Linker Core Guardian Knight diserap dan dihidupkan kembali, dan semua masalah di selesaikan, Vita kembali senyum dan lebih mengambil berat mengenai Nanoha

Suara Latar : Kazuya Ichijou
Zafira memperkenalkan dirinya
Zafira ialah Familiar bagi Guardian Knight. Ianya dikenali sebagai Guardian Beast, bukannya familiar. Gelaran Zafira ialah "Shielding Guardian Beast" (盾の守護獣 Tate no Shugojū). Zafira berperwatakan pendiam dan hanya bersuara apabila terdapat sesuatu yang penting yang perlu diutarakan. Zafira kebanyakkannya dilihat bersama dengan Vita untuk mengumpul Linker Core. Form nya ialah Serigala Jantan Biru semasa dalam musim kedua. Manakala di musim ketiga, form Zafira ialah Anjing Jantan Biru.

Zafira pertama kali dilihat pada episod pertama. Dia dan Vita datang menyerang Nanoha, namun kemudian mereka melarikan diri apabila barier mereka dipecahkan oleh Starlight Breaker iaitu serangan tertinggi milik Takamachi Nanoha. Apabila berlawan, Zafira seringkali menentang Arf Testarossa iaitu familiar milik Fate testarossa. Arf lebih bising berbanding Zafira. Melalui perlawanan, persahabatan antara Arf dan Zafira terjalin. Apabila sepasang kembar menyerang Guardian Knight dan menyerap Linker Core mereka, Zafira ialah Guardian Knight yang terakhir bangun menentang. Zafira menyerang sehingga ke titisan terakhir namun tetap tewas. Apabila Yagami Hayate membina kembali sistem Guardian Knight dan semua masalah selesai Zafira tinggal bersama sama dengan keluarga Yagami. Arf juga sering mengajarnya menukar bentuk daripada Serigala kepada Anjing.

Kembar Liese[sunting | sunting sumber]

Liese (リーゼ Rīze) Twins

Kembar Liese ialah Familiar ciptaan Gill Graham. Mereka berbentuk kucing seperti Linith Testarossa. Kakaknya bernama Liz Aria dan adiknya bernama Liz Lotte. Mereka berdua ialah guru kepada Chrono Harlaown dalam menguasai ilmu magis. Dan, mereka jugalah kembar yang memakai topeng Biru.

Suara Latar : Asuka Tanii
Si kembar berjaya ditangkap oleh Chrono Harlaown
Aria ialah kakak kepada Lotte. Aria kelihatan lebih tegas, pendiam dan komited terhadap tugasnya. Aria dan adiknya, Lotte masuk campur dalam pertarungan antara pihak Jabatan Angkasa Bureau dan Guardian Knight. Mereka telah diberi arahan supaya menolong Guardian Knight melengkapkan Buku Kezaliman dengan secepat mungkin oleh Gill Graham. Biarpun tugas mereka dianggap bertentangan dengan tugas yang sebenar, namun mereka tetap teruskan kerana Gill ingin menamatkan kes kebangkitan Buku Kezaliman dengan secepat yang mungkin. Aria menolong Vita melarikan diri daripada Nanoha dan dia jugalah mengikat Nanoha dari jarak yang jauh. Semasa mengambil Linker Core Guardian Knight, Aria menyamar sebagai Takamachi Nanoha untuk membangkitkan kemarahan Hayate, sekaligus menyeru kepada kebangkitan kedua Buku Kezaliman.
Identiti mereka berdua didedahkan
  • Liese Lotte (Jepun: リーゼロッテ, Hepburn: Rīzerotte)
Suara Latar : Miyu Matsuki
Lotte ialah adik kepada Aria. Lotte kelihatan lebih ceria, peramah dan komited terhadap tugasnya. Lotte dan kakaknya, Aria masuk campur dalam pertarungan antara pihak Jabatan Angkasa Bureau dan Guardian Knight. Mereka telah diberi arahan supaya menolong Guardian Knight melengkapkan Buku Kezaliman dengan secepat mungkin oleh Gill Graham. Biarpun tugas mereka dianggap bertentangan dengan tugas yang sebenar, namun mereka tetap teruskan kerana Gill ingin menamatkan kes kebangkitan Buku Kezaliman dengan secepat yang mungkin. Lotte menolong Signum menyerang Fate, dan dia jugalah yang merentap Linker Core milik Fate. Semasa mengambil Linker Core Guardian Knight, Lotte menyamar sebagai Fate testarossa untuk membangkitkan kemarahan Hayate, sekaligus menyeru kepada kebangkitan kali kedua Buku Kezaliman.

Devices/Senjata[sunting | sunting sumber]

Sistem Magis dalam dunia Takamachi Nanoha

Intelligent Device/Senjata Pintar[sunting | sunting sumber]

Intelligent Device yang dikenali sebagai Senjata Pintar (インテリジェント デバイス Interijiento Debaisu) merupakan senjata yang menggabungkan kecerdasan buatan yang canggih dalam pengaturcaraan mereka, membolehkan mereka mempunyai beberapa tahap autonomi. Intelligent device menggunakan Sistem Mid Childa dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka mempunyai personaliti dan perasaan yang tersendiri. Mereka juga mematuhi arahan Master mereka. Mereka lebih gemar berkomunikasi dan memahami perasaan Master mereka. Contohnya dalam musim ketiga, Magical Girl Lyrical StrikerS, Subaru gemar berkomunikasi dengan Mach Caliber sebagai rakan dan bukannya alat semata-mata. Mach Caliber pula, menyeru panggilan Subaru dengan gelaran"Buddy".

Intelligent Device mempunyai kehendak mereka sendiri. Jika mereka tidak bersetuju atau tidak berpuas hati, mereka akan mengatakan tidak berpuas hati dengan kod ralatnya, ERROR!!! Contohnya semasa ingin upgrade @ menaik taraf kembali Raging Heart dan Bardiche yang rosak teruk akibat dihentam oleh Guardian Knight. Raging Heart dan Bardiche ingin meningkatkan kebolehan kod E203 dan menginstall kod baru iaitu Sistem CVK-729 atau lebih tepat lagi sistem itu ialah Sistem Ancient Belka yang menekankan Sistem Cartridge.

Raging Heart milik Takamachi Nanoha
  • Raging Heart (Jepun: レイジングハート, Hepburn: Reijingu Hāto)
Suara Latar : Donna Burke
Raging Heart yang juga dikenali sebagai Raging Heart Excellion ialah intelligent device @ senjata yang terdapat dalam siri animasi fiksyen Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 3 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, dan Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS. Raging Heart dicipta dan dikaji oleh Yuno Scrya dan Master @ Tuan kepada Raging Heart ialah Takamachi Nanoha. Raging Heart berada dalam bentuk permata bula berwarna merah darah jika tidak diaktifkan. Jika diaktifkan, Raging Heart akan membentuk tongkat sihir yang berkuasa tinggi. Raging Heart menjurus kepada jantina perempuan, dan ianya mempunyai perasaan setia kepada Nanoha. Raging Heart memberi sokongan kepada Nanoha ketika mereka berdua berlatih ilmu sihir. Nanoha lebih gemar menyeru Raging Heart dengan memanggil "Raging Heart! Onegai!". Raging Heart pula memanggil Nanoha sebagai "Master".
Bardiche milik Fate testarossa
  • Bardiche (Jepun: バルディッシュ, Hepburn: Barudisshu)
Suara Latar : Kevin J. England
Bardiche Assault yang juga dikenali sebagai Bardiche Zanber ialah intelligent device @ senjata yang terdapat dalam siri animasi fiksyen Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 3 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, dan Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS. Bardiche dicipta dan dikaji oleh Linith Testarossa dan Master @ Tuan kepada Bardiche ialah Fate testarossa. Bardiche berada dalam bentuk segi tiga berwarna kuning jika tidak di aktifkan. Jika diaktifkan, Bardiche akan membentuk tongkat sihir yang berkuasa tinggi. Bardiche menjurus kepada jantina lelaki, dan ianya mempunyai perasaan setia kepada Fate. Bardiche akan berada di sisi Fate sama ada, Fate berada dalam kesedihan dan juga kegembiraan. Fate lebih gemar menyeru Bardiche Assault dengan hanya memanggil "Bardiche". Bardiche pula memanggil Fate sebagai "Sir" walaupun Fate ialah seorang gadis yang comel.

Armed Device/Senjata Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Armed Device, Senjata Pertempuran (アームドデバイス Āmudo Debaisu) ialah senjata yang digunakan khusus untuk pertarungan besar dan mereka lebih kepada senjata daripada alat. Armed Device mempunyai separuh kelebihan Intelligent Device dan separuh kelebihan Unison Device. Semua senjata di bawah seliaan Armed Device menggunakan Sistem Ancient Belka dan Sistem Modern Belka yang menekankan penggunaan Sistem Cartridge.
Buku Kegelapan milik Yagami Reinforce Eins
  • "Book Of Darkness" (Jepun: (闇の書), Hepburn: Yami no Sho)
Rencana Utama : Buku Kegelapan
Suara Latar : Alexandra Haefelin
Buku Kegelapan yang dikenali sebagai Book Of Darkness, (闇の書 Yami no Sho, Ger. "Buch der Dunkelheit") ialah tinggalan Kerajaan Kuno Ancient Belka. Ianya merupakan Lost Logia. Ianya menjadi tanggungjawab pihak Jabatan Angkasa Bureau untuk mengunci kebangkitannya demi keselamatan seluruh dimensi angkasa. Buku Kegelapan terdapat dalam siri animasi fiksyen Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 3 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, dan Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS. Master @ Tuan kepada Buku ini ialah Yagami Reinforce Eins dan Yagami Hayate. Buku Kegelapan telah lama di kunci, dan ianya mengambil masa yang lama untuk diaktifkan kembali sehinggalah Buku ini bertemu dengan Master @ Tuannya yang baru. Buku ini berkomunikasi dalam bahasa Jerman. Begitu juga dengan senjata Guardian Knight yang lain. Buku Kegelapan memanggil Hayate sebagai "Mistress".
Laevatein milik Signum
Suara Latar : Tetsuya Kakihara
Laevatein (レヴァンティン Revantin), juga dikenali sebagai "Demon Blade of Flame" (炎の魔剣 Hono'o no Maken) ialah Senjata Perlawanan milik Signum. Laevatein menggunakan Sistem Ancient Belka. Laevatein menggunakan Bahasa Jerman dan berwarna unggu. Formnya ialah sebilah pedang panjang sesuai untuk bertarung dengan Bardiche kerana Bardiche juga boleh bertukar kepada Pedang Zanber apabila menggunakan kuasa tertinggi, Lightning Flash Plasma Zanber. Apabila menggunakan kuasa tertinggi, Laevatein bertukar menjadi Busur dan Pemanah, iaitu form Bow Form Storm Falcon.
Klarer Wind milik Shamal
  • Klarer Wind (Jepun: クラールヴィント, Hepburn: Kurāruvinto)
Suara Latar : Alexandra Haefelin
Klarwind (クラールヴィント Kurāruvinto), juga dikenali sebagai "Ring of Breezes" (風のリング Kaze no Ringu), ialah Senjata Perlawanan milik Shamal. Klarer Wind menggunakan Sistem Ancient Belka. Klarer Wind menggunakan Bahasa Jerman dan berwarna hijau. Formnya ialah 4 bentuk cincin kecil yang comel. Klarer Wind ialah senjata yang lain daripada Guardian Knight di mana Klarer Wind tidak menggunakan Sistem Cartridge, malah Klarer Wind ialah senjata khas untuk pemulihan dan penyembuhan. Klarer Wind juga digunakan sebagai kunci pintu dimensi dan kebolehannya lebih kurang seperti kebolehan Yuno Scrya.
Graf Eisen milik Vita
  • Graf Eisen (Jepun: グラーフアイゼン, Hepburn: Gurāfu Aizen)
Suara Latar : Tetsuya Kakihara
Graf Eisen (グラーフアイゼン Gurāfu Aizen), juga dikenali sebagai "Black Iron Count" (鉄の伯爵 Kurogane no Hakushaku), ialah Senjata Perlawanan milik Vita. Graf Eisen menggunakan Sistem Ancient Belka. Graf Eisen menggunakan Bahasa Jerman dan berwarna merah. Formnya ialah sebentuk mertun besar sesuai untuk memecahkan senjata lawan, seperti mana yang berlaku kepada Raging Heart milik Takamachi Nanoha. Kuasa tertinggi bagi Graf Eisen ialah Hammer Giant Form.

Storage Device/Senjata Simpanan[sunting | sunting sumber]

Storage Devices ataupun Peranti Simpanan (ストレージデバイス Sutorēji Debaisu) ialah Peranti atau Senjata yang menyimpan data data maklumat. Namun begitu, Senjata Simpanan juga berkebolehan menyerang. Kebanyakan ahli ahli Jabatan Angkasa Bureau menggunakan Senjata Simpanan. Senjata ini berbentuk kad, berbeza sekali dengan Intelligent Device yang berbentuk permata cantik apabila tidak diaktifkan.
S2U milik Chrono Harlaown
  • S2U bermaksud Song To You
Suara Latar : Aya Hisakawa
S2U ataupun namanya yang sebenar, Song To You ialah Storage Device milik Chrono Harlaown di musim pertama iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha. S2U jikalau tidak diaktifkan berbentuk sekeping kad hitam. Dan jikalau ianya diaktifkan, ianya akan berbentuk tongkat sihir bewarna hitam yang berkuasa tinggi. S2U memproses data maklumat lawan lebih cepat daripada Intelligent Device seperti Raging Heart dan Bardiche. Namun begitu, S2U tidak dapat memberi arahan kepada Masternya dalam perlawanan. Oleh itu, Master kepada Storage Device haruslah mempunyai kebolehan menguasai bacaan mantra yang betul.


  • Staff of Freeze - Durandal (Jepun: 氷結の杖デュランダル, Hepburn: Durandal)
Suara Latar : Thomas King
Durandal milik Chrono Harlaown
Durandal ataupun nama penuhnya, "Staff of Freeze - Durandal" (氷結の杖デュランダル) ialah Storage Device milik Chrono Harlaown dalam musim kedua, Magical Girl Lyrical Nanoha A's. Durandal dicipta oleh Gill Graham khusus untuk mengunci kebangkitan Buku Kezaliman dengan menguncinya menggunakan kuasa ais beku. Chrono diberikan senjata ini oleh si kembar Liese yang merupakan Familiar Gill. Biarpun ianya bukan Intelligent Devices, namun Durandal mampu menjawab pertanyaan atau arahan Masternya. Durandal menggelar Chrono sebagai Boss. Jikalau tidak diaktifkan, Durandal berbentuk sekeping kad hitam dengan permata biru di tengah tengahnya. Kuasa tertinggi bagi Durandal ialah Frozen Ices, Eternal Coffin.

Unison Device/Senjata Serentak[sunting | sunting sumber]

Senjata Serentak (ユニゾン デバイス Yunizon Debaisu), juga dikenali sebagai "Jenis Senjata Perpaduan" (融合 型 デバイス Yūgōgata Debaisu) atau "Perpaduan Kesatria" (融合 骑 Yugo Ki), ialah satu bentuk Senjata yang dibangunkan dan hanya Sistem Ancient Belka sahaja yang boleh menggunakannya. Ideologi Sistem Unison berasakan daripada Sistem Mid Childa ketahap yang lebih tinggi. Untuk menggunakan sistem ini, perasaan Lord dan Unison haruslah diselaraskan menjadi satu matlamat. Unison akan berada di dalam dunia Lord melalui telepati dan akan mengawal Mana yang dikeluarkan oleh Lord-nya. Manakalah Lord-nya pula berperanan untuk melancarkan serangan fizikal terhadap musuh. Apabila penggabungan antara Lord dan Unison berjaya, Senjata milik Lord-nya akan berubah warna menjadi lebih cerah menghampiri transparent.
Penggabungan antara Lord dan Unison Devices
Lord Unison Device Senjata Penghubung
Yagami Hayate Yagami Reinforce Eins Buku Kezaliman
Yagami Hayate Yagami Reinforce Zwei Buku Langit Malam
Yagami Vita Yagami Reinforce Zwei Graf Eisen
Yagami Signum Agito Laevatien
Zest Grangeitz Agito Zest Spear
Reinforce iaitu sebahagian daripada Buku Kezaliman bergabung dengan Lord-nya, Yagami Hayate
  • Reinforce Eins (Jepun: リインフォース, Hepburn: Riinfōsu)
Suara Latar : Sanae Kobayashi
Reinforce ialah watak kunci utama dalam siri anime Nanoha musim kedua ini. Reinforrce tidak muncul di musim pertama dan ketiga. Dia juga tidak muncul dalam siri Triangle Heart. Reinforce ialah sebahagian daripada Buku Kezaliman dan Yagami Hayate ialah pasangannya, dalam erti kata yang lain ialah Lord-nya. Pemilik kepada Buku Kezaliman yang sah ialah Hayate, tetapi masih terdapat lagi seorang yang boleh mengawal Buku Kezaliman dengan sepenuhnya iaitu Reinforce. Ketika Hayate naik berang, dan membuka kunci Buku Kezaliman, Hayate telah hilang kesedarannya kerana menerima tamparan hebat kesan daripada kehilangan Guardian Knight. Apabila Hayate pengsan, dan Reinforce mengambil alih tubuhnya, maka terbentuklah Unison Device iaitu penggabungan antara Lord dan Unison.
Reinforce Zwei iaitu kelahiran semula Reinforce Eins
  • Reinforce Zwei (Jepun: リインフォース ツヴァイ, Hepburn: Riinfōsu Tsuvai)
Suara Latar : Yukana
Reinforce Zwei yang juga merupakan Reinforce kedua kelahiran semula Reinforce Pertama juga merupakan Unison Device. Zwei dicipta kembali oleh Hayate untuk menguruskan Buku Kezaliman yang baru iaitu Buku Langit Malam. Zwei mewarisi memori asal milik Reinforce pertama. Zwei tinggal bersama keluarga Yagami dan Guardian Knight yang lain. Dia juga bekerja sebagai ahli jawatankuasa Jabatan Angkasa Bureau di bawah arahan Masternya, Hayate. Zwei lebih kecil daripada Reinforce Pertama. Zwei juga selalu bertarung dengan Unison Device yang lain, iaitu Agito. Zwei kadangkala bergabung dengan Lord Hayate, Signum dan Vita. Apabila bergabung, seperti biasa, pakaian Lord-nya akan berubah menjadi lebih cerah menghampiri transparent.
Agito juga merupakan Unison Device

*;Agito (Jepun: アギト, Hepburn: Agito)

Suara Latar : Mami Kameoka
Agito (アギト) ialah Unison Device yang berada di tahap tinggi, iaitu sejenis Unison Device yang berpengalaman dalam elemen api melalui sistem magisnya. Gelaran Agito ialah "Sword Fairy of the Raging Fire" (烈火の剣精 Rekka no Kensei), bermakna Agito amat handal dalam mengendalikan elemen api. Agito diselamatkan oleh Lutecia Alpine dan Zest Grangeitz dari makmal kajian haram. Agito dijadikan bahan ujikaji oleh manusia, tetapi setelah diselamatkan, dia mengembara bersama Lutecia dan Zest. Agito melihat Reinforce Zwei sebagai musuh ketatnya. Agito tidak mempunyai Lord, oleh itu dia bebas untuk bergabung dengan sesiapa sahaja. Musim ketiga, Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS memperlihatkan Agito kehilangan Zest kerana Zest ditewaskan oleh Signum. Ketika akhir hayat Zest, Zest inginkan Agito mengikut Signum. Oleh itu, setelah kematian Zest, Agito bergabung bersama sama dengan Signum memasuki fasa Unison Mode. Pakaian Signum menjadi lebih cerah dan Signum ialah Lord kepada Agito yang baru. Mereka amat sepadan kerana Signum juga mempunyai senjata berasaskan elemen api, iaitu Laevatien, "Demon Blade of Flame" (炎の魔剣 Hono'o no Maken).

Sistem Cartridge/CVK792[sunting | sunting sumber]

Takamachi Nanoha mengisi Raging Heart dengan Cartridge-nya
Sistem Cartridge atau dalam Bahasa Melayu, Sistem Peluru (カートリッジシステム kātorijji shisutemu) ialah sebuah sistem yang digunakan oleh Guardian Knight di bawah seliaan Sistem Ancient Belka. Namun begitu, sistem ini juga diminta oleh Intelligent Device iaitu Raging Heart dan Bardiche. Raging Heart milik Takamachi Nanoha meminta untuk di upgrade-kan kepada automatic rifle-style cartridge system iaitu CVK792-A dan Bardiche milik Fate testarossa pula meminta sistem automatic revolver-style cartridge system iaitu CVK792-R.
Cartridge milik Bardiche

Sistem Cartridge digunakan untuk menambah kuasa buat sementara waktu untuk device yang digunakan. Cartridge ataupun kelongsong peluru diisi ke dalam device dan ianya membekalkan kuasa. Cartridge milik Nanoha berbentuk segi empat tepat, manakala Fate pula berbentuk peluru panjang ataupun cylinder. Sistem Cartridge tidak selalu digunakan, kecualilah untuk serangan yang dasyat. Contohnya, untuk membuka form Starlight Breaker, Raging Heart memerlukan 4 peluru. Dan jikalau Fate ingin menggunakan form Haken Saber, Bardiche memerlukan 2 peluru. Ianya bergantung kepada jumlah tenaga yang ingin digunakan. Master perlu memberi arahan kepada Device mereka dengan berkata Cartridge Load, manakala device pula menyempurnakannya dengan berkata, Load Cartridge.

Latar Tempat[sunting | sunting sumber]

Bandar Uminari[sunting | sunting sumber]

Bandar Uminari ialah sebuah bandar yang terletak di dimensi Bumi. Bandar ini didiami oleh manusia biasa. Rumah Takamachi Nanoha, Yagami Hayate dan Gill Graham terletak di bandar ini.

Hospital Uminari[sunting | sunting sumber]

Hospital Uminari
Hospital Uminari terletak dalam bandar Uminari. Hospital ini menjadi tempat Yagami Hayate mendapatkan rawatan berhubung dengan penyakit lumpuhnya. Di hospital ini juga, Takamachi Nanoha dan Fate testarossa bertemu dengan Guardian Knight dan mendapat tahu bahawa Hayate ialah Master kebapada Buku Kezaliman.

Perpustakaan Uminari[sunting | sunting sumber]

Yagami Hayate, Master kepada Buku Kezaliman gemar membaca buku. Oleh itu Hayate selalu berkunjung ke perpustakaan awam yang terletak di Bandar Uminari. Pada suatu hari, Hayate ingin mengambil sebuah buku di rak, tetapi dia tidak berdaya kerana kakinya lumpuh. Kebetulan pula, Suzuka Tsukimura berada di situ dan dia menolong Hayate untuk mengambil buku tersebut. Bermulalah persahabatan antara Hayate dan sahabat Nanoha, iaitu Suzuka.

Rumah Keluarga Yagami[sunting | sunting sumber]

Apabila disebut mengenai keluarga Yagami, semestinya ianya berkaitan dengan Guardian Knight. Rumah Yagami ialah kediaman milik Hayate. Dia tinggal bersama sama dengan Signum, Vita, Shamal, dan juga Zafira.

Kedai Kek Midoriya[sunting | sunting sumber]

Merupakan kedai kek keluarga Takamachi. Kedai kek ini sering dikunji oleh sahabat Nanoha seperti, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Pada musim kedua, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Fate testarossa turut berkunjung ke kedai ini untuk menikmati kek.

Jabatan Angkasa Bureau[sunting | sunting sumber]

Jabatan Angkasa Bureau menempatkan pegawai Kapal Asura seperti Gill Graham,Lindy Harlaown, Chrono Harlaown dan Amy Lamietta. Mereka bertanggungjawab mengawal keselamatan dimensi.

Istilah Bahasa Asing[sunting | sunting sumber]

Master[sunting | sunting sumber]

Master ialah Tuan. Contohnya Yagami Hayate ialah Master @ Tuan kepada Buku Kezaliman

Lord[sunting | sunting sumber]

Perkataan Lord digunakan untuk menggantikan perkataan Master bagi Unison Device.

Linker Core[sunting | sunting sumber]

Linker Core milik Hayate
Linker Core (リンカーコア Rinkā Koa) ialah salah satu organ kuasa yang digunakan untuk menghasilkan Mana dalam sesebuah tubuh bagi seorang Mage. Ianya berbentuk cahaya bulat yang keluar dari dada seseorang Mage. Dan warnanya pula bergantung kepada warna kuasa seorang Mage. Contohnya Linker Core milik Hayate berwarna hijau kebiru biruan, Nanoha pula berwarna merah jambu dan Fate pula berwarna kuning. Mereka yang mempunyai Linker Core ialah manusia yang menjadi Mage, iaitu Takamachi Nanoha, Yagami Hayate, dan Gill Graham. Begitu juga dengan Artificial Mage iaitu Fate testarossa dan Zest Grangeitz. Selain itu, Linker Core juga terdapat pada Guardian Knight, Unison Device dan Combat Cyborgs.

Belka[sunting | sunting sumber]

Apabila disebut mengenai Belka, ianya terbahagi kepada dua maksud iaitu nama tempat dan juga sistem kuasa.
  • Lokasi Kerajaan Ancient Belka (Jepun: 古代ベルカ, Hepburn: Kodai Beruka)
Jikalau melihat daripada nama tempat, Ancient Belka ialah tempat yang terletak di tengah tengah dimensi. Ancient Belka ialah sebuah Kerajaan Kuno yang telah lama hilang dan lenyap, kemudian digantikan dengan kerajaan yang baru iaitu Kerajaan Mid Childa. Kerajaan Kuno Ancient Belka juga dikaitkan dengan tempat Al Hazard iaitu sebuah tempat yang mengamalkan ilmu magis terlarang yang ingin dicapai oleh Precia Testarossa untuk menghidupkan kembali anaknya, Alecia Testarossa.
Sistem Ancient Belka
  • Sistem Kuasa Ancient Belka (Jepun: 古代ベルカ式, Hepburn: Kodai Beruka Shiki)
Sistem Ancient Belka ialah salah sebuah sistem magis yang terdapat dalam dunia Takamachi Nanoha. Sistem ini merupakan sistem magis kuno yang menekankan kekuatan dan serangan. Sistem Ancient Belka lebih kasar dan ganas daripada Sistem Mid Childa. Kebanyakan senjata yang berada di bawah seliaan Sistem Ancient Belka terbahagi kepada tiga sistem yang lain, iaitu Armed Device, Unison Device dan Sistem Cartridge. Mereka yang menggunakan sistem Ancient Belka ialah Guardian Knight dan juga Yagami Hayate.
  • Sistem Kuasa Modern Belka (Jepun: 近代ベルカ式, Hepburn: Kindai Beruka Shiki)
Sistem Kuasa Modern Belka mula dikenali selepas Takamachi Nanoha dan sahabatnya, Fate testarossa menaik taraf senjata mereka iaitu Raging Heart dan Bardiche menggunakan sedikit Sistem Ancient Belka iaitu Sistem Cartridge yang berada di bawah seliaan Sistem Ancient Belka. Penggabungan Sistem Ancient Belka iaitu Sistem Cartridge ke dalam Intelligent Device menghasilkan satu sistem yang baru iaitu Sistem Modern Belka. Namun begitu, Nanoha dan Fate masih menggunakan Sistem Mid Childa tetapi hanya menambah baik pulih senjata mereka dengan sedikit Sistem Ancient Belka.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Lagu Lagu Tema Magical Girl Lyrical Nanoha A's
Tajuk Gubahan Lirik Artis Tarikh Keluaran Single Jenis
Eternal Blaze
(episod 1-13)
Noriyasu Agematsu Nana Mizuki Nana Mizuki 19 Oktober 2005 Lagu pembukaan
Brave Phoenix
(episod 11)
Noriyasu Agematsu Nana Mizuki Nana Mizuki 18 Januari 2006 Lagu semasa perlawanan
Spiritual Garden
(episod 1-13)
Oota Masamoto Yukiko Mitsui Tamura Yukari 26 Oktober 2005 Lagu penutupan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana Magical Girl Lyrical Nanoha A's ini dirujuk daripada laman Wikia Magical Girl Lyrical Nanoha dan juga tontonan langsung daripada ntv7 di Malaysia dan juga di laman sesawang animeseason.com Diarkibkan 2012-01-19 di Wayback Machine. Terdapat juga manga siri ini di laman sesawang MangaFox.com.