Mahadi J. Murat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahadi Jermadi Murat merupakan seorang pengarah filem Malaysia, terkenal dengan filem bergenre drama. Beliau juga merupakan pelopor Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang ditubuhkan pada 1990.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mahadi menduduki kerusi pengarah pada 1985 menerusi filem Roda-Roda lakonan Allahyarham Zami Ismail. Beliau kemudian bekerja dengan AR Badul sebagai ahli sinematografi untuk filem Jejaka Perasan yang ditayangkan pada 1987.

Pada tahun 1990, beliau menubuhkan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang bertujuan bagi menguruskan kebajikan pengarah filem dan drama di Malaysia. Menerusi filem Sayang Salmah (1995) arahannya, Mahadi memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 yang diadakan pada 5 November 1995.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dulu dan Sekarang - Mahadi J. Murat Thoughts On Films (23 September 2017). Diperoleh pada 22 Julai 2018.
  2. ^ "Wanita Bertudung Hitam". FilemKita.com. 1 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-20. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
  3. ^ "Sayang Salmah". FilemKita.com. 1 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-12. Dicapai pada 26 Oktober 2013.
  4. ^ Abd. Aziz Itar (6 Mac 2016). "Luqman psikik Melayu berjiwa besar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-16. Dicapai pada 6 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]