Mahakarya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mahakarya atau magnum opus (kata bahasa Latin bermaksud "karya besar") merujuk kepada ciptaan atau pengkaryaan yang telah diberikan sambutan kritis positif tinggi lagi-lagi membawa kepada nama si pengkarya melalui menjadi masyhur dan gemilang kehebatan pengkaryaan yang dihasilkan dari segi kepandaian atau daya kreatif, ketinggian mutu kerja atau ketekunan.[1]

Pada asalnya, mahakarya merujuk kepada kerja yang dihasilkan oleh seorang pelatih atau pengembara yang bercita-cita untuk menjadi tukang mahir dalam sistem gencana Eropah lama. Kelayakan seseorang ini didasarkan kepada karya yang dihasilkannya sama ada dalam pertukangan besi atau emas, masakan, dan sebagainya. Karya yang mencapai tahap mutu yang diterima gencana ini akan menjadi bahan bukti kelayakannya serta disimpan sebagai contoh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'mahakarya' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 17 September 2019.