Mahamad Naser Disa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Datuk

Mahamad Naser Disa

Kelahiran
Mahamad Naser Disa

1964
Ayer Hitam, Kedah
Warganegara Malaysia
Pendidikan
  • Sarjana Perbandingan Undang-undang, UIAM
  • Sarjana Undang-Undang (Pentadbiran Undang-undang Islam), UIAM
  • Sarjana Muda Undang-undang, UIAM

Profesor Datuk Haji Mahamad Naser bin Disa ialah seorang peguam dan ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan professor undang-undang perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)[1]. Beliau pernah terlibat membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia[2]. Beliau pernah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pada 2014 hingga 2018[3].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai penolong pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum berkhidmat dalam bidang kehakiman dan perundangan sebagai Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1989[4]. Pada tahun 1990, beliau memegang jawatan sebagai Majistret Kuala Lumpur sebelum dilantik sebagai Pegawai Siasatan di Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1992 sehingga 1998. Beliau seterusnya berkhidmat sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara pada Jun 1998. Pada Oktober 2004, beliau telah ditempatkan di Seksyen Syariah sebagai Ketua Unit sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) di Jabatan Peguam Negara[5] pada tahun 2009 sehingga Jun 2012.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perundangan telah mengendalikan banyak kes berkaitan tindakan sivil terhadap Kerajaan termasuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sejak dari tahun 1998 hingga 2004. Beliau juga banyak terlibat dalam mengendalikan kes berkaitan isu-isu Islam dan bidang kuasa Mahkamah Syariah sejak 2005.

Pada masa yang sama, beliau juga aktif dalam mengendali dan menyertai bengkel penggubalan undang-undang, peraturan-peraturan berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam dan Syariah. Di samping itu, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai badan pengawal peguam syarii. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam[4].

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  • Malaysia Yang di-Pertuan Agong
    • Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 2011[6]
  •  Kedah
    • Darjah Setia Diraja Kedah (S.D.K.) - 2012
    • Darjah Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) - 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UMMAH tuntut SUHAKAM tidak ikut telunjuk Barat". 1Media. 29 Jun 2021. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  2. ^ Mohd. Shah Che Ahmad (14 Oktober 2011). "Perluas skop, fungsi MAIN". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2011. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  3. ^ "Majlis Prasmian NAIM 2017" (PDF). Kementerian Pertahanan Malaysia. Oktober 2017. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  4. ^ a b Buletin SSM (PDF). Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 2012. m/s. 12.
  5. ^ "Senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan tahun 2011 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong" (PDF). ISTIADAT. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  6. ^ "YANG DI-PERTUAN AGONG'S BIRTHDAY HONOURS LIST 2011". The Star. 8 Jun 2011. Dicapai pada 22 Julai 2011.