Maharaja Derbar Raja I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maharaja Derbar Raja I adalah Maharaja Kalaha (kini dikenali Kedah) yang pertama. Baginda merupakan Raja Gumrun (Bandar Abbas) di Rom Timur - Parsi dan berketurunan Raja Iskandar Zulqarnain Suatu ketika, Maharaja Parsi telah menyerang dan menakluk negeri setelah berjaya menewaskan baginda. Baginda bersama-sama anak, isterinya dan beberapa orang pengikut telah melarikan diri dengan sebuah babur (kapal layar yang besar). Maka baginda belayar ke Pulau Serindit (Sri Lanka) dan dibawa bersama alat kebesaran yang dipanggil nobat Dari Pulau Serindit, baginda belayar pula ke Teluk Burma. Baginda meneruskan perjalanan dari Teluk Burma ke arah selatan dan memasuki Kuala Qilah. Sebaik sahaja mendarat di kiri Sungai Qilah (Merbok), penduduk tempatan amat teruja dengan kecantikan pembuatan babur itu. Berita ketibaan baginda itu akhirnya sampai ke telinga pemerintah negeri Kalaha iaitu Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa. Tan Derma Dewa dan Tun Perkasa telah mengadap dan berkenan mengangkat baginda sebagai Maharaja Kalaha (Kedah) yang pertama.

baginda telah mendirikan Kota Langkasuka di Mukim Sok, daerah Sik Kedah dan menubuhkan jawatan menteri.

Baginda telah mangkat akibat kegeringan[1].

Didahului oleh
Posisi dicipta
Maharaja Kedah Tua
{{{years}}}
Diikuti oleh:
Maharaja Diraja Putra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haji Buyong Adil (1980). Sejarah Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka.