Maharaja K'Umar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maharaja K'Umar atau disebut juga Raja K'Umar dipercayai memerintah sekitar tahun 1411 Masihi, tetapi pusat pemerintahan baginda tidak diketahui dengan jelas. Sesetengah ahli sejarah tempatan meletakkan pusat pemerintahan baginda di Pulau Sabar, iaitu sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah Sungai Kelantan berhampiran dengan Kampung laut, pulau tersebut pada masa ini telah tenggelam.

Selepas pemerintahan K'Umar muncul pula pemerintahan Sultan Iskandar, Kelantan, pemerintahan baginda Sultan Iskandar telah berakhir pada tahun 1465 Masihi kerana dibinasakan oleh Angkatan Perang Siam (Thai), dikatakan baginda dan lebih 100,000 rakyat Kelantan telah dapat ditawan dan dibawa ke negeri Siam, tidaklah diketahui tentang nasib raja tersebut samada baginda mangkat di Siam atau pun dihantar pulang ke Kelantan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]