Maharaja Sakuramachi
| Maharaja Sakuramachi 桜町天皇 | |||||
|---|---|---|---|---|---|
Potret oleh Kazahaya Shōshō, pertengahan abad ke-18 | |||||
| Maharaja Jepun | |||||
| Pemerintahan | 13 April 1735 – 9 Jun 1747 | ||||
| Didahului oleh | Nakamikado | ||||
| Diikuti oleh | Momozono | ||||
| Shōgun | Senarai
| ||||
| Keputeraan | Teruhito (昭仁) 8 Februari 1720 Kyoto, Keshogunan Tokugawa | ||||
| Kemangkatan | 28 Mei 1750 (umur 30) Kyoto, Keshogunan Tokugawa | ||||
| Pemakaman | Tsuki no wa no misasagi, Kyoto | ||||
| Pasangan | Nijō Ieko | ||||
| Anakanda |
| ||||
| |||||
| Kerabat | Keluarga Diraja Jepun | ||||
| Ayahanda | Maharaja Nakamikado | ||||
| Bonda | Konoe Hisako | ||||
Teruhito (Jepun: 昭仁, 8 Februari 1720 – 28 Mei 1750), nama pusaka Maharaja Sakuramachi (桜町天皇, Sakuramachi-tennō) ialah Maharaja Jepun ke-115 mengikut susur galur pewarisan tradisional.[1][2] Baginda menaiki takhta sebagai maharaja pada tahun 1735, dan pemerintahannya berlangsung sehingga 1747 apabila baginda turun takhta.[3] Seperti mana maharaja-maharaja sebelumnya pada zaman Edo, kawalan sebenar ke atas Jepun berada di tangan Keshogunan Tokugawa.
Peranan maharaja pada masa itu adalah sebagai tokoh keagamaan dengan tanggungjawab yang terhad. Bagaimanapun keadaan ini berubah apabila Sakuramachi diberi kebenaran oleh shōgun untuk memulihkan beberapa upacara diraja. Upacara seperti Pesta Menuai, yang telah terhenti selama lebih 250 tahun, kini dibenarkan diadakan semula. Sakuramachi mempunyai seorang permaisuri dan seorang gundik, yang melahirkan empat orang anak. Putera sulungnya kemudiannya menjadi Maharaja Momozono, manakala puteri keduanya menjadi Maharani Go-Sakuramachi. Sakuramachi mangkat pada 28 Mei 1750, hampir tiga tahun selepas persaraannya.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Sebelum menaiki Takhta Kekwa, nama peribadi (imina) Sakuramachi ialah Teruhito (昭仁).[4] Teruhito diputerakan pada 8 Februari 1720 sebagai putera sulung Maharaja Nakamikado, dan dikatakan sebagai reinkarnasi Putera Shōtoku. Keluarga diraja Teruhito tinggal bersamanya di Dairi dalam Istana Heian.
Peristiwa penting semasa kehidupan awal Teruhito termasuklah Edo menjadi bandar terbesar di dunia pada tahun 1721 dengan populasi 1.1 juta orang.[5] Pada 17 Julai 1728, Teruhito dinamakan sebagai Putera Mahkota dan memegang gelaran sebelum menaiki takhta sebagai Waka-no-miya (若宮).[6] Peristiwa besar lain yang berlaku selepas itu ialah bencana kebuluran Kyōhō pada tahun 1732–33, yang disebabkan oleh serangan belalang yang memusnahkan tanaman di kawasan pertanian sekitar Laut Pedalaman.[7]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Putera Teruhito menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun pada 13 April 1735 selepas ayahandanya turun takhta memihak kepadanya. Nama era kemudiannya ditukar daripada Kyōhō kepada Genbun untuk menandakan peristiwa tersebut.[8] Walaupun baginda memegang gelaran politik sebagai maharaja, kuasa sebenar tetap berada di tangan shōgun daripada keluarga Tokugawa. Dengan sokongan Tokugawa Yoshimune, Sakuramachi berusaha memulihkan beberapa upacara diraja. Dua daripada upacara pertama yang dipulihkan ialah persembahan beras: Daijōsai (大嘗祭), iaitu persembahan beras oleh maharaja yang baru ditabalkan, dan Shinjōsai (新嘗祭), iaitu persembahan beras oleh maharaja. Pada tahun 1738, maharaja menunaikan upacara Shinto Esoterik yang dikenali sebagai Daijō-e (大嘗會).[9]
Satu peristiwa penting berlaku pada 11 Januari 1741 apabila diadakan upacara Niiname-no-Matsuri (Pesta Menuai), yang sebelum ini tidak diadakan selama 280 tahun. Upacara Toyonoakari-no-sechiye juga dilaksanakan pada hari berikutnya.[10]
Nama era ditukar kepada Kanpō pada Februari 1741 berdasarkan kepercayaan astrologi Cina bahawa tahun ke-58 dalam kitaran 60 tahun membawa perubahan.[11] Wilayah Musashi, Kōzuke, Shimotsuke dan Shinano mengalami kemusnahan teruk akibat banjir besar pada tahun 1742. Di Heian-kyō, Jambatan Sanjo turut hanyut dalam kitaran ribut tersebut.[10] Menjelang penghujung era Kanpō, sebuah komet dilihat dan direkodkan dalam Nihon Ōdai Ichiran, yang menurut penyelidikan kemudian kemungkinan besar ialah komet C/1743 X1 (De Cheseaux).[12]
Era keempat dan terakhir semasa pemerintahan Sakuramachi bermula pada tahun 1744 dan dinamakan Enkyō (bermaksud "Menjadi Panjang"), bagi menandakan permulaan kitaran baru 60 tahun dalam zodiak Cina. Dua peristiwa utama terakhir semasa pemerintahan Sakuramachi berlaku pada tahun 1745, iaitu pelantikan Tokugawa Ieshige sebagai shōgun baharu dan penubuhan pasar pertama di ibu kota di Kuil Hirano, Ōmi, manakala di Edo, satu kebakaran besar memusnahkan sebahagian bandar.[9]
Daijō Tennō
[sunting | sunting sumber]Maharaja Sakuramachi turun takhta pada 9 Jun 1747 memihak kepada puteranya, Putera Tōhito, yang kemudiannya menjadi Maharaja Momozono. Sakuramachi mengambil gelaran Daijō Tennō (Maharaja Bersara), dan nama era ditukar kepada Kan’en (bermaksud "Melanjutkan Belas Kasih") bagi menandakan peristiwa tersebut.
Semasa tempoh Sakuramachi sebagai Jōkō, satu ribut kuat melanda Kyoto pada 7 Oktober 1749. Kerosakan yang berlaku termasuk menara utama Istana Nijō yang terbakar selepas disambar petir.[13] Sakuramachi mangkat pada 28 Mei 1750, hampir tiga tahun selepas persaraannya.[8]
Kami Sakuramachi disemadikan di kubur diraja (misasagi), Tsuki no wa no misasagi, di Sennyū-ji, Higashiyama-ku, Kyoto. Para pendahulu terdekat baginda sejak Maharaja Go-Mizunoo, antaranya ialah Meishō, Go-Kōmyō serta Go-Sai, dan turut disemadikan di situ, bersama dengan pengganti terdekat baginda termasuk Maharaja Momozono dan Go-Sakuramachi.[14]
Peristiwa lain
[sunting | sunting sumber]Walaupun maharaja tidak mempunyai sebarang kuasa dalam hal ini, satu peristiwa penting dalam sejarah kewangan Jepun berlaku apabila keshogunan mengeluarkan satu titah pada tahun 1736 mengenai penggunaan wang syiling. Titah tersebut menetapkan bahawa mulai saat itu, wang syiling yang sah di empayar hanyalah syiling tembaga yang di bahagian hadapannya tertera aksara 文 (Genbun, juga disebut bun dalam bahasa Jepun).[9] Amalan meletakkan nama era pada wang syiling ini diteruskan sehingga ke zaman kini, termasuk pada era Maharaja Naruhito (徳仁).
Nama era
[sunting | sunting sumber]Tahun-tahun pemerintahan Sakuramachi lebih khusus dikenalpasti melalui beberapa nama era atau nengō.[15] Kugyō (公卿) ialah istilah kolektif bagi sebilangan kecil lelaki paling berkuasa yang menganggotai istana Maharaja Jepun pada era pra-Meiji. Walaupun kuasa sebenar istana di luar temboknya adalah terhad, organisasi hierarki ini tetap wujud. Secara umum, kumpulan elit ini hanya terdiri daripada tiga hingga empat orang pada satu-satu masa, terdiri daripada bangsawan warisan yang pengalaman dan latar belakang mereka membawa mereka ke puncak kerjaya seumur hidup.
Nama-nama era semasa pemerintahan Sakuramachi ialah:
Semasa pemerintahan Sakuramachi, kepimpinan tertinggi Daijō-kan terdiri daripada:
Kerabat
[sunting | sunting sumber]Baginda merupakan putera sulung Maharaja Nakamikado.
- Isteri: Permaisuri Nijō Ieko (二条舎子)
- Puteri pertama: Puteri Sakariko (盛子内親王)
- Puteri kedua: Puteri Toshiko (智子内親王) (Maharani Go-Sakuramachi)
- Gundik Anekōji Sadako (姉小路定子)
- Putera pertama: Putera Toohito (遐仁親王) (Maharaja Momozono)
- Cucu: Putera Hidehito (英仁親王) (Maharaja Go-Momozono)
- Cicit: Puteri Yoshiko (欣子内親王) (Permaisuri Yoshikō)
- Cucu: Putera Hidehito (英仁親王) (Maharaja Go-Momozono)
- Putera pertama: Putera Toohito (遐仁親王) (Maharaja Momozono)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Imperial Household Agency (Kunaichō): 桜町天皇 (115)
- ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, p. 119.
- ^ Titsingh, Isaac. (1834). Annales des empereurs du japon, pp. 417–418.
- ^ Klaproth, Julius von (1834). Nipon o daï itsi ran; ou, Annales des empereurs du Japon (dalam bahasa Perancis). Oriental Translation Fund.
- ^ Foreign Press Center. (1997). Japan: Eyes on the Country, Views of the 47 Prefectures, p. 127.
- ^ Meyer, Eva-Maria. (1999). Japans Kaiserhof in der Edo-Zeit, pp. 47–48.
- ^ Hall, John. (1988). The Cambridge History of Japan, p. 456.
- ^ a b Meyer, p. 47.
- ^ a b c Titsingh, p. 418.
- ^ a b Ponsonby-Fane, Richard. (1956). Kyoto: the Old Capital of Japan, 794–1869, p. 321.
- ^ Nussbaum, Louis-Frédéric. (2005). "Kampō" [ Japan Encyclopedia, p. 465], m/s. 465, di Buku Google; n.b., Louis-Frédéric is pseudonym of Louis-Frédéric Nussbaum, see Deutsche Nationalbibliothek Authority File Diarkibkan 2012-05-24 di archive.today.
- ^ Titsingh, Isaac. (1834). Nihon Odai Ichiran; or, Annales des empereurs du Japon. Paris: Royal Asiatic Society, Oriental Translation Fund of Great Britain and Ireland, p. 418. OCLC 5850691.
- ^ Ponsonby-Fane, R. (1959). Kyoto: the Old Capital of Japan, 794–1869, p. 321; Titsingh, p. 418.
- ^ Ponsonby-Fane, Imperial House, p. 423.
- ^ Titsingh, p. 417.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Meyer, Eva-Maria. (1999). Japans Kaiserhof in der Edo-Zeit: unter besonderer Berücksichtigung der Jahre 1846 bis 1867. Münster: LIT Verlag. ISBN 978-3-8258-3939-0; OCLC 42041594
- Ponsonby-Fane, Richard Arthur Brabazon. (1956). Kyoto: The Old Capital of Japan, 794–1869. Kyoto: Ponsonby Memorial Society. OCLC 182637732
- __________. (1959). The Imperial House of Japan. Kyoto: Ponsonby Memorial Society. OCLC 194887
- Screech, Timon. (2006). Secret Memoirs of the Shoguns: Isaac Titsingh and Japan, 1779–1822. London: RoutledgeCurzon. ISBN 978-0-203-09985-8; OCLC 65177072
- Titsingh, Isaac. (1834). Nihon Ōdai Ichiran; ou, Annales des empereurs du Japon. Paris: Royal Asiatic Society, Oriental Translation Fund of Great Britain and Ireland. OCLC 5850691
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Maharaja Nakamikado |
Maharaja Jepun: Sakuramachi 1735–1747 |
Diikuti oleh: Maharaja Momozono |
