Maharaja Srivijaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Senarai Maharaja Sriwijaya[sunting | sunting sumber]

Zaman awal[sunting | sunting sumber]

  1. Sri Jayanaga 667-692
  2. Sri Dhiraja 692-702
  3. Sri Indravarman 702–728
  4. Rudra Vikraman 728–775
  5. Sri Dharmasetu 775–(?)

Wangsa Sailendra[sunting | sunting sumber]

  • Jawa
  1. Samaratungga 792–840
  • Suwarnadwipa
  1. Balaputradewa 860–(?)
  • Kadaram
  1. Sri Udayadityavarman 960–988
  2. Sri Chulamanivarman 988–1008
  3. Sri Mara Vijayatunggavarman 1008–1017
  4. Sri Sangrama Vijayatunggavarman 1017–1025
  5. Sri Deva 1028–(?)

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Maharaja Sriwijaya adalah gelaran untuk ketua pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Maharaja merupakan kedudukan tertinggi dalam tingkat sosial masyarakat Sriwijaya. Selain dibantu para pembesar dalam pemerintahan, baginda juga diwakili oleh para dātu yang mentadbir wilayah-wilayah yang lebih kecil.[1] Dalam sistem pewarisan takhta Sriwijaya, seorang Maharaja yang mangkat akan digantikan mengikut heriaki berikut; yuvarāja (putera mahkota), pratiyuvarāja (putera mahkota kedua) dan rājakumāra (pewaris berikutnya).[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika permulaaan Kerajaan Sriwijaya pada abad ke-7, gelaran untuk pemerintahnya ialah Dapunta Hyang, bermaksud "Yang Dipertuan Yang Suci" [3], seperti yang tercatat dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo. Ini menunjukkan yang Maharaja Sriwijaya juga merupakan seorang ketua agama.

Pada abad ke-10, dipercayai pemerintah Sriwijaya mula menggunakan gelaran "Maharaja". Ini berdasarkan penemuan satu inskripsi dari kurun ke-10 dalam Bahasa Tamil yang menceritakan tentang "Sri Wijaya Maharaja" dari Sumatera yang memberikan sumbangan kepada sebuah Kuil Siva di Kolapakkam, India Selatan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Journal of Southeast Asian studies, Volume 29. McGraw-Hill Far Eastern Publishers. 1998. pp. p.296. 
  2. ^ Casparis, J.C., (1956), Prasasti Indonesia II: Selected Inscriptions from the 7th to the 9th century A.D., Vol. II. Bandung: Masa Baru.
  3. ^ M. Nijhoff (1985). Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde, Volume 141. Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde (Netherlands). pp. p.334. 
  4. ^ Dr. Mahendra Gaur (2006). Indian Affairs Annual 2006. Kalpaz Publications. pp. p.357. ISBN 978-8178355290.