Maharaja Suci Rom
Jump to navigation
Jump to search
| Emperor the Holy Roman Empire | |
|---|---|
| Bekas keberajaan | |
| Imperial | |
| Reichsadler (Helang Maharaja) digunakan oleh maharaja dari zaman pertengahan tinggi | |
| Reichsadler berkepala dua digunakan oleh maharaja Habsburg dari zaman moden awal | |
| Raja pertama | Charlemagne |
| Raja terakhir | Francis II |
| Gaya | Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja |
| Pelantik | lihat Kemahkotaan Maharaja Suci Rom |
| Keberajaan bermula | 25 Disember 800 |
| Keberajaan tamat | 6 Ogos 1806 |
| Penuntut terkini | Jawatan dimansuhkan |
Jata Maximilian II, Maharaja Suci Rom dari 1564 sehingga 1576. Para maharaja menggunakan helang berkepala dua sebagai simbol kekuasaan mereka.
Empayar Suci Rom sekitar tahun 1000
Maharaja Suci Rom (Bahasa Jerman: Römisch-deutscher Kaiser, atau Kaiser "Rom-Jerman") ialah satu istilah yang digunakan bagi menghuraikan pelantikan raja bagi memerintah Empayar Suci Rom, sebuah wilayah kesatuan Eropah Tengah yang wujud pada Zaman Pertengahan dan tempoh Zaman Moden awal. Asal kewujudan Empayar Suci Rom boleh dijejak bermula pada pemerintahan Charlemagne dari Empayar Carolingia. Sehingga kurun ke-16, Maharaja Rom Suci ditabalkan oleh Paus, dan maharaja terakhir, Francis II, diturunkan dari takhta pada tahun 1806 semasa Perang Napoleon yang menyebabkan kejatuhan sepenuhnya empayar ini.