Mahaya Mohd Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mahaya Mohd Yassin
Ketua Satu
Persatuan Penulis Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2006–2020
Didahului olehAgus Salim
Digantikan olehNisah Haji Haron
Butiran peribadi
LahirMahaya binti Mohd Yassin
(1948-07-30) 30 Julai 1948 (umur 75)
Kampung Tanjung Petai, Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
PasanganSalim Haji Taib (Agus Salim) (m. 2006)
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanPesara pendidik, penulis puisi, penulis cerpen, penulis buku kanak-kanak, penggiat bahasa

Mahaya Mohd. Yassin ialah seorang penulis wanita dari Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau merupakan bekas Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan sejak tahun 2006 hingga 2020. Beliau juga merupakan seorang Munsyi Dewan. Karya penulisan beliau merangkumi puisi, cerpen, buku kanak-kanak dan naskhah akademik[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mahaya dilahirkan pada 30 Julai 1948 di Kampung Tanjung Petai, Terachi, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban[2]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai anugerah dan pengiktirafan yang diterima[3]:

Kepada individu[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Anugerah Sastera Negeri Sembilan (2015)
    • Tokoh Puisi, Hadiah Sastera Negeri Sembilan (2007)
    • Tokoh Penulis Negeri Sembilan (2004)
    • Tokoh Seni Negeri Sembilan (2002)

Kepada karya[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Anugerah Ilmuan dan Sastera Negeri Sembilan, 2005
      • menerusi: Puisi Eceran “Tiada Tertanding” (Kategori B) Antologi Puisi Tiada Tertanding
    • Hadiah Sastera Negeri Sembilan 2007
      • menerusi Puisi Eceran “Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa”, Kumpulan Puisi Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa
  •  Malaysia
    • Kementerian Pelajaran Malaysia
      • Hadiah Buku Terbaik (Fiksyen) Peringkat Sekolah Rendah sempena Tahun Antarabangsa Kanak-kanak Sedunia 12-18 Julai 1979 (bersama-sama dengan Agus Salim)
        • menerusi buku Kucing dengan Tupai
    • ESSO dan GAPENA
      • Hadiah Sagu Hati Anugerah Penulisan Puisi Remaja ESSO-GAPENA 1986
        • menerusi Puisi “Album”
    • Dewan Bahasa dan Pustaka
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/1999 (1999)
        • menerusi Puisi Eceran: “Tiada Tertanding” (Kategori B) Antologi Puisi Tiada Tertanding
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 (2000)
        • menerusi Puisi Eceran: “Jati Diri” (Kategori B) Tersiar dalam Dewan Sastera Oktober 2000
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2009/2010 (2010)
        • menerusi Puisi Eceran: “Wanita dan Laut” (Kategori B) Kumpulan Puisi Mengutip Manik Waktu yang Masih Tersisa
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 (2013)
        • menerusi Memoir Kuasa Kata: dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (2014)
        • menerusi Kumpulan Puisi Kanak-kanak Pesanan Pendeta
      • Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 (2014)
        • menerusi Kumpulan Puisi Kanak-kanak Sakura
    • Kerajaan Malaysia
      • Anugerah Buku Negara 2018 (2017)
        • menerusi Kumpulan Puisi Kanak-kanak Buku
      • Anugerah Buku Negara 2019
        • menerusi Antologi Puisi Umum Harkat Maya

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  1. Mengutip manik waktu yang masih tersisa : kumpulan puisi : DBP, 2007.
  2. Penghayatan novel 'Aku anak timur' : DBP, 2001.
  3. Gajah bermata kecil : Utusan Publications & Distributors, 2000.
  4. Kerana Usaha / Mahaya Mohd. Yassin ; illustrator : S. Mizi. : Akademi Penulis, 1995.
  5. Masihkah Kau di Kota / Mahaya Mohd. Yassin ; ilustrutor S. Mizi. : Akademi Penulis, 1995.
  6. Pengembara Kecil / Mahaya Mohd. Yassin ; illustrator : S. Mizi : Akademi Penulis, 1995.
  7. Selamatkan Kami / Mahaya Mohd. Yassin ; illustrator : S. Mizi : Akademi Penulis, 1995.
  8. Sisa berguna / Mahaya Mohd. Yassin ; Illustrator, S. Mizi. : Akademi Penulis, 1995.
  9. Sepandai-pandai tupai melompat. : Fajar Bakti, 1994.
  10. Hingga gerak terakhir / Shazmee Rizal Agus Salim & Mahaya Mohd. Yassin. : DBP, 1993.
  11. Antara dua pilihan :Fajar bakti , 1993.
  12. Balik ke kampung.: DBP, 1982.
  13. Keduduk pohon larangan / cerita, Agus Salim & Mahaya Mohd. Yassin. : DBP, 1978.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tiga penyair tersohor terima Anugerah Penyair Gapena". Sarawak Voice. Oktober 30, 2021. Dicapai pada 21 Jun 2022.
  2. ^ Agus Salim, Mahaya Mohd Yassin (2003). "Memori Pendeta Za'ba: Gema Serunai Hati 6" (PDF). Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Dicapai pada 21 Jun 2022 – melalui Malay Civilization.
  3. ^ Mahaya Mohd. Yassin (19 Ogos 2019). "Biodata terkini". Suara Hati. Dicapai pada 21 Jun 2022.