Mahfodz Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tuan Guru Datuk Dr. Haji
Mahfodz Mohamed

Penyandang
Tempoh jawatan 
2015
Didahului oleh Harun Taib

Pesuruhjaya PAS Johor
Tempoh jawatan
2015 – 2017
Didahului oleh Aminolhuda Hassan

Parti politik PAS logo.svg PAS
Kediaman Johor Muar, Johor
Pekerjaan Ahli politik, Ulama
Agama Islam

Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor. Beliau pernah bertanding atas tiket PAS di DUN N09 Gambir , Johor

Kerjaya dan pengalaman[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor ; Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001; Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004 ;-Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000 ; Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), 1987-1999 ; Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 ;Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999 ;Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999 ;Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993 ;Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999 dan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.

Putuskan kerjasama PAS dengan DAP[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2015, Mahfodz menyatakan hasrat berjumpa dengan kepimpinan DAP Johor dan menyuarakan keinginan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR). Padahal beliau sendiri membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dan usul berkenaan diluluskan tanpa bahas. Sebelum ini DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS. Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP enggan bekerjasama dengAN Presiden PAS Datuk Haji Abdul Hadi Awang. Malahan Abdul Hadi banyak kali tidak hadir semasa mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Abdul Hadi juga menyokong kerjasama dengan UMNO kerana berkongsi impian mahu melaksanakan hudud, yang tidak disokong oleh DAP.

Pada 15 Jun 2015, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong tidak nampak parti itu tidak akan bekerjasama dengan Datuk Mahfodz Mohamed yang baru dilantik Pesuruhjaya PAS Johor, memandangkan beliau merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP semasa muktamar pada 4-6 Jun 2015. Sebelum ini DAP ada memberi gambaran jika Abdul Hadi kekal menerajui Pas, PR akan terbubar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]