Mahkamah Syariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Mahkamah Syariah merujuk kepada badan undang-undang Syariah dalam undang-undang agama Islam dan memperkatakan undang-undang Islam secara eksklusif, yang mempunyai bidang kuasa ke atas setiap Muslim di Malaysia. Sistem Mahkamah Syariah adalah satu daripada dua sistem mahkamah yang berasingan yang wujud dalam sistem perundangan Malaysia. Terdapat sistem selari Mahkamah Syariah negeri, yang mempunyai bidang kuasa terhad ke atas perkara undang-undang Islam negeri (Syariah). Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dalam hal undang-undang keluarga dan pemeliharaan agama, dan secara amnya hanya boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda sehingga RM5,000, dan/atau sehingga enam sebatan.[1]

Perkara 145 perlembagaan mengatakan Peguam Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan mahkamah Syariah.

Terdapat tiga peringkat mahkamah: Rayuan, Tinggi dan Bawahan.[2]

Tidak seperti mahkamah sivil di Malaysia, yang merupakan sistem mahkamah persekutuan, Mahkamah Syariah pada asasnya ditubuhkan di luar undang-undang negeri. Begitu juga undang-undang syariah atau Islam adalah soal undang-undang negeri, kecuali Wilayah Persekutuan Malaysia, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan. Oleh itu undang-undang syariah di satu negeri mungkin berbeza dengan negeri yang lain. Terdapat 13 jabatan undang-undang syariah negeri dan satu jabatan undang-undang syariah bagi Wilayah Persekutuan.

Ketua Hakim Mahkamah Syariah[sunting | sunting sumber]

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah[sunting | sunting sumber]

===Hakim semasa===[3]

  1. Mohd Radzi bin Abd Latif
  2. Jasri @ bin Mat Jakir
  3. Mohd Shukor Sabudin
  4. Mohd Shakir bin Hj Abdul Hamid
  5. Tuan Othman bin Ibrahim
  6. Mohd Amran Mat Zain

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jeong Chun Hai @Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2007). Principles of Public Administration: An Introduction. Kuala Lumpur: Karisma Publications. ISBN 978-983-195-253-5
  2. ^ The World Factbook
  3. ^ "Carta Organisasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia". Portal E-Syariah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]