Mahkamah Tinggi Alor Star

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahkamah Tinggi Alor Star ini terletak di persimpangan Jalan Putera bersebelahan dengan Balai Nobat. Pada mulanya, Bangunan Mahkamah ini ditempatkan di Balai Seni yang ada sekarang yang dahulunya dipanggil "Mahkamah Besar".

Bangunan ini telah dibina pada bulan Rabiulawal 1341 Hijrah bersamaan November 1922 seperti yang tertera pada sekeping batu marmar di suatu sudut di dalam bangunan mahkamah itu. Nama-nama mereka yang bertanggungjawab dalam pembinaan Mahkamah tersebut ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Regent), W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti, O.B.E.M.C. (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ. A.I.R.B. (Arkitek), dan H.W.Fofden ESQ. (Kontraktor).

Melihat kepada reka bentuk seni binanya, jelas menunjukkan bahawa bangunan ini lebih bercirikan senibina Roman. Keadaan ini dapat dikenal melalui reka bentuk tiang yang letaknya berdekatan antara satu dengan lainnya tanpa memikirkan aspek keluasan ruang-ruang yang akan digunakan. Pelbagai jenis ukiran juga terdapat pada bahagian dindingnya. Pada bahagian atas berdekatan bumbungnya diletakkan logo lambang Negeri Kedah.

Dengan siapnya kompleks Mahkamah Alor Setar yang baharu di Jalan Suka Menanti pada bulan Mei 2005, mahkamah tinggi ini telah berpindah ke sana.[1] Manakala bangunan mahkamah ini telah diubah suai pada tahun 2007 menjadi Galeri Sultan Abdul Halim.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Mahkamah Negeri Kedah". Portal Rasmi Mahkamah Negeri Kedah. 07/22/2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-03. Dicapai pada 1 Februari 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Norlida Akmar Idros (2012). "Mengenali keperibadian Tuanku Abdul Halim". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-12. Dicapai pada 1 Februari 2014.