Mahmud al-Kashgari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Maḥmūd al-Kāšġarī
محمود الكاشغري
2015-09-11-080312 - Upal, Mausoleum des Uigurischen Philologen Muhamad Al Kashgari.JPG
Tugu al-Kashgari di makam beliau di Upal
Kelahiran1005
Meninggal dunia1102
Kerjaya saintifik
BidangLinguistik, Leksikografi, Turkologi

Mahmud bin Husain bin Muhammad al-Kashgari (Bahasa Arab: محمود بن الحسين بن محمد الكاشغري, Uyghur: مەھمۇد قەشقىرى‎, Mehmud Qeshqiri) adalah seorang penulis, pakar leksikografi bahasa Turkik dan ilmuwan Qarakhani dari Kashgar.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Ayahnya, Husain, adalah datuk bandar Barsgan, sebuah kota di tenggara tasik Issyk Kul dan berhubungan dengan dinasti yang memerintahkan Kekhanan Qarakhani. Ibunya, Bibi Rābiy'a al-Basrī, berasal dari tanah Arab.[1][2][3]

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Al-Kashgari mempelajari bahasa-bahasa Turkik di Baghdad.

Pada tahun 1072 hingga 1074, beliau menyusun kamus komprehensif pertama bahasa Turkik, Dīwān Lughāt al-Turk ("Himpunan Bahasa-Bahasa Turkik").[4][5][6][7][8] Penyusunan kamus tersebut dimaksudkan untuk digunakan oleh Khalifah Abbasiyah di Bagdad, sekutu baru Arab dari orang Turki. Kamus komprehensif Al-Kashgari berisi tentang puisi Turki kuno dalam bentuk khas puisi empat baris (dwibahasa Parsi-Arab disebut رباعیات rubai dan dalam Bahasa Turki: dörtlük), puisinya mewakili semua genre utama di antaranya epik, pastoral, didaktik, lira, dan elegi. Karya bukunya juga memuat peta pertama yang diketahui dari daerah yang dihuni oleh bangsa Turkik.

Beliau amat mendokong monolingualisme dan purisme bahasa-bahasa Turkik serta memegang keyakinan pada kekuatan masyarakat nomad atas penduduk perkotaan. Sebahagian besar orang penutur Turkik berbicara dalam dua bahasa dalam bahasa Tajik (bahasa Persia di Tajikistan), yang kemudian merupakan bahasa urban dan sastera Asia Tengah.[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Maklumat mengenai kehidupan dan kematian al-Kashgari sangatlah sedikit, namun ada beberapa pengkaji berpendapat bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 1102 pada usia 97 tahun. Penemuan makamnya baru ditemukan pada tahun 1981 di desa Upal, Xinjiang 45 kilometer dari barat Kashgar.[3]

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Bangsa-bangsa Turkik seperti Uighur, Uzbek dan Kirgiz mengaku bahawa Al-Kashgari merupakan dari kelompok etnik mereka masing-masing.[10]

Universiti Mahmud Kashgari-Barskani, sebuah universiti mengkhusus kepada kajian Timur terletak di ibu kota Bishkek, Kyrgyzstan diberi nama sempena beliau.[11] Pada tahun 2008, UNESCO mengiktiraf beliau dengan mengisytiharkan tahun tersebut khusus kepadanya.[12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ratna, Dyah; Novia, Meta; Sasongko, Agung (17 Mei 2017). "Mahmud Al-Kashgari Kuasai Bahasa dan Geografi". Republika. Dicapai pada 18 November 2017.
  2. ^ "Mahmud al-Kashgari". Dicapai pada 18 November 2018. Unknown parameter |= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Paksoy, H.B (16 Septemebr 2016). Central Asia Reader: The Rediscovery of History: The Rediscovery of History (dalam bahasa bahasa Inggris) (ed. beranotasi). Routledge. m/s. 240. ISBN 1315485036. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ C. Edmund Bosworth (26 December 2007). Historic Cities of the Islamic World. BRILL. m/s. 279–. ISBN 978-90-474-2383-6.
  5. ^ Kemal H. Karpat, Studies on Turkish Politics and Society:Selected Articles and Essays, (Brill, 2004), 441.
  6. ^ Heming Yong; Jing Peng (14 August 2008). Chinese Lexicography : A History from 1046 BC to AD 1911: A History from 1046 BC to AD 1911. OUP Oxford. m/s. 379–80. ISBN 978-0-19-156167-2.
  7. ^ Clauson, Gerard (1961). "The Initial Labial Sounds in the Turkish Languages". Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London 24 (2). Cambridge University Press: 299. JSTOR 610169.
  8. ^ G.E. Tetley (27 October 2008). The Ghaznavid and Seljuk Turks: Poetry as a Source for Iranian History. Routledge. m/s. 17–. ISBN 978-1-134-08439-5.
  9. ^ Sengupta, Anita (2003). The Formation of the Uzbek Nation-State: A Study in Transition. Lexington Books. m/s. 136–137. The most elegant of the dialects belongs to those who know only one language, who do not mix with Persians and who do not customarily settle in other lands. Those who have two languages and who mix with the populace of the cities have a certain slurring in their utterances.... The most elegant is that of the Khagani kings and those who associate with them.
  10. ^ But some Uyghur authors consider him a member of their own ethnic group. Makhmud Kashghari himself considered the Uyghurs of his own time as the eastern neighbours of his country (the Qarakhanid khanate). See, for example, Dwyer, Arienne (2005). The Xinjiang Conflict: Uyghur Identity, Language Policy, and Political Discourse (PDF). Political Studies 15. Washington: East-West Center. m/s. 73. ISBN 1-932728-29-5.: "the Uzbeks, Uyghurs, and Kyrgyz all claim Mahmud al-Kashgari, the well-known 11th century scholar, as their own."
  11. ^ HISTORY OF CREATION, Eastern University, diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-17, dicapai pada 17 November 2018 Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ UNESCO to name 2008 and 2009 after famous Turks[https://web.archive.org/web/20141213004246/http://www.todayszaman.com/newsDetail_openPrintPage.action?newsId=128630 Diarkibkan 2014-12-13 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]