Main Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Main Peteri adalah sebuah upacara perubatan tradisional di pantai timur Malaysia (Kelantan, Terengganu) dan selatan Thailand. Ia diketuai oleh dua watak utama iaitu Tok Peteri dan Tok Minduk yang bermain rebab Kelantan. Ketika Tok Peteri lupakan diri, semangat halus akan meresap kedalam tubuh Tok Peteri dan tok minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit yang dihidapi oleh si pesakit.

Main Peteri akan dimainkan selama satu sehingga tiga malam untuk tujuan mengubati penyakit yang disebabkan oleh hilang semangat, ketidakseimbangan tenaga dalaman dan/atau gangguan angin (kehendak yang tidak dipenuhi). Peralatan muzik dalam upacara Main Peteri bergantung kepada penyakit yang dihidapi pesakit. Kadang-kadang, pesakit akan diubati dengan ensembel Mak Yong, Dikir Barat, Silat Kelantan ataupun Wayang Kulit Kelantan.