Maine Mendoza

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Maine Mendoza
Mendoza pada Mei 2017
Kelahiran
Nicomaine Dei Capili Mendoza

(1995-03-03) 3 Mac 1995 (umur 29)
WarganegaraFilipina
Pusat pendidikanDe La Salle–College of Saint Benilde
Pekerjaan
Tahun aktif2015–kini
EjenTriple A Management[1]
Terkenal keranaYaya Dub dalam siri "Kalyeserye" dalam Eat Bulaga![2]
Laman web rasmimainemendoza.com

Nicomaine Dei Capili Mendoza (lahir 3 Mac 1995) ialah seorang pelakon dan personaliti televisyen Filipina.[3][4] Beliau terkenal dengan video tular Dubsmash dan peranannya sebagai Yaya Dub dalam anekawara tengahari Eat Bulaga! menerusi segmen "Kalyeserye", yang sebelum ini disiarkan di GMA Network dan di seluruh dunia melalui GMA Pinoy TV. Kemunculannya dalam Eat Bulaga! menarik perhatian kerana keserasiannya bersama pelakon peserta Alden Richards pada 16 Julai 2015[5][6][7] lalu menjadi fenomena tular Internet serata Filipina malah juga di serata dunia.[8] Beliau memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Metro Manila ke-41 untuk lakonannya dalam My Bebe Love: #KiligPaMore. Pada Oktober 2017, beliau mengeluarkan buku autobiografi pertamanya bertajuk Yup, I Am That Girl, yang merupakan versi blog peribadinya, Pessimistic Optimist Bella yang tidak ditapis.

Kehidupan awal

Mendoza dilahirkan dan dibesarkan di Santa Maria, Bulacan, Filipina, kepada pasangan Mary Ann (nee Capili) dan Teodoro Mendoza.[9][10] Beliau memmpunyai dua beradik lelaki dan dua beradik perempuan. Kesemua nama adik-beradiknya dimulai dengan "Nico".[11]

Beliau belajar di Sekolah St. Paul di Santa Maria dan Kolej St. Paul Bocaue di Bulacan sebelum melanjutkan pengajiannya di Kolej De La Salle St. Benilde dalam bidang Pengurusan Hotel, Restoran dan Institusi serta ijazah sarjana dalam bidang Seni Kulinari.[12] Beliau mendapat latihan kerja di The Sagamore, Bolton Landing, New York.[13]

Rujukan

  1. ^ Chen, Heather (October 28, 2015). "'AlDub': A social media phenomenon about love and lip-synching". BBC. United Kingdom. Dicapai pada December 15, 2015.
  2. ^ Candice Lim-Venturanza; Bam V. Abellon; Anna Pingol; Jocelyn Valle (November 2015). "Maine Mendoza The Accidental Star". Yes! Magazine. Philippines: Summit Media. m/s. 94. ISSN 0119-7991.
  3. ^ Wang, Nicky. "Make way for Alden and Yaya Dub". Manila Standard Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 4 Ogos 2015.
  4. ^ "Minions fail to destroy cutie with scandal". Philippine Daily Inquirer. 29 Julai 2015. Dicapai pada 4 Ogos 2015.
  5. ^ Asilo, Rito P. (April 8, 2017). "Maine attraction". entertainment.inquirer.net. Dicapai pada May 28, 2017.
  6. ^ Santiago, Erwin (December 10, 2015). "Maine Mendoza unaffected by her superstardom". PEP.ph. Dicapai pada October 22, 2017.
  7. ^ "Maine Mendoza: I never thought I'd come this far". philstar.com. February 7, 2016. Dicapai pada October 22, 2017.
  8. ^ Gonzales, Francis (August 1, 2015). "#ALDUB of Eat Bulaga is social media hit, raises barometer of "kilig" to fandom definition". Radio Veritas 846. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-21. Dicapai pada August 17, 2015.
  9. ^ Lo, Ricky (July 24, 2015). "Maine Mendoza a.k.a. Bukbukova, a.k.a. Yaya Dub". The Philippine Star. Dicapai pada January 23, 2018.
  10. ^ "Minions fail to destroy cutie with scandal". Philippine Daily Inquirer. July 29, 2015. Dicapai pada August 4, 2015.
  11. ^ From Maine Mendoza's Blog: How do people make it through life without siblings?
  12. ^ "Yaya Dub 101: 10 things we know about Maine Mendoza". gmanetwork.com (dalam bahasa Filipina). GMA Network. 29 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 3 November 2015. Kumuha ng kursong Culinary Arts mula sa De La Salle-College of St. Benilde si Yaya dahil gusto raw niyang matutong magluto.
  13. ^ "Yaya Dub's a smash". Philippine Daily Inquirer. 30 Julai 2015. Dicapai pada 3 November 2015.

Pautan luar