Mainichi Shimbun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mainichi Shimbun
Terbitan pertama Mainichi Shimbun pada 21 Februari 1872.
JenisAkhbar harian
FormatTerbitan lembaran lebar
(54.6 cm × 40.65 cm)
Diasaskan21 Februari 1872
Pemihakan politikTengah[1] hingga tengah-kiri[2]
Liberalisme
BahasaJepun
Ibu pejabatChiyoda, Tokyo
Osaka
Nagoya
Kitakyushu
EdaranEdisi pagi: 3,945,646 (2005)
3,091,699 (2016)[3]
Edisi Petang: 1,610,293 (2005)[4]
PemilikThe Mainichi Newspapers Co., Ltd.
PenerbitMasato Kitamura
Laman sesawangwww.mainichi.co.jp

Mainichi Shimbun (Bahasa Jepun: 毎日新聞, harfiah: "Berita Harian") adalah salah satu akhbar utama di Jepun, yang diterbitkan oleh The Mainichi Newspapers Co.[5][6]

Selain Mainichi Shimbun, yang dicetak dua kali sehari dalam beberapa edisi tempatan, Mainichi juga mengendalikan laman sesawang berita berbahasa Inggeris yang disebut sebagai The Mainichi[7] (sebelumnya Mainichi Daily News), dan menerbitkan majalah berita dwibahasa, Mainichi Weekly. Ia juga menerbitkan paperback, buku dan majalah lain, termasuk majalah berita mingguan, Sunday Mainichi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Mainichi Shinbun bermula dengan penubuhan dua akhbar pada zaman Meiji. Tokyo Nichi Nichi Shimbun ditubuhkan dahulu pada 1872. Dengan catatan sejarah selama 136 tahun. Osaka Mainichi Shimbun ditubuhkan empat tahun kemudian pada 1876. Kedua-dua akhbar itu digabungkan pada 1911, akan tetapi kedua-dua syarikat itu terus mencetak akhbar mereka secara bebas sehingga tahun 1943, ketika kedua-dua edisi tersebut diletakkan di bawah sebuah masthead Mainichi Shimbun. Pada 1966, pejabat di Tokyo dipindahkan dari Yurakucho ke Takebashi, dan pada 1992 pejabat Osaka dipindahkan dari Dojima ke Nishi-Umeda.

Mainichi mempunyai 3,200 pekerja yang bekerja di 364 pejabat di Jepun dan 26 biro di luar negara. Ini adalah salah satu daripada tiga akhbar terbesar di Jepun dari segi peredaran dan jumlah pekerja dan mempunyai 79 syarikat bersekutu,[8] termasuk Tokyo Broadcasting System (TBS), Mainichi Broadcasting System (MBS) dan Sports Nippon Newspaper.[9] (walaupun berkait, Mainichi tidak memiliki saham terbesar di TBS dan juga MBS)

Mainichi adalah satu-satunya syarikat akhbar Jepun yang memenangi Hadiah Pulitzer untuk foto pada 1960 berkaitan "Penikaman Tokyo". Persatuan Akhbar Jepun, yang terdiri daripada 180 pertubuhan berita telah memberikan anugerah Grand Prix kepada Mainichi sebanyak 21 kali, menjadikan Mainichi sebagai pemenang paling kerap untuk hadiah berkenaan sejak permulaannya pada 1957.

Perkongsian bersama MSN Japan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Januari 2004, Mainichi Shimbun dan MSN Japan mengumumkan mereka akan menggabungkan laman sesawang mereka. Kerjasama ini telah dikenali sebagai MSN-Mainichi Interactive, berkuat kuasa sejak 1 April 2004.[10] Pada 18 September 2007, Mainichi mengumumkan pelancaran laman sesawang baru mereka, mainichi.jp, yang akan merangkumi "penggunaan penanda buku sosial, RSS dan bahagian blog" dan akan "memberi perhatian kepada blogger". Laman sesawang baru ini mula beroperasi pada 1 Oktober 2007, menandakan berakhirnya MSN-Mainichi Interactive yang digantikan oleh mainichi.jp. Mainichi Daily News yang berbahasa Inggeris juga berpindah ke laman sesawang baharu.[11] MSN-Japan beralih ke Sankei Shinbun.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Relief in Japan After Shinzo Abe's Visit With Trump" [Kelegaan di Jepun Setelah Kunjungan Shinzo Abe Bersama Trump] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. 13 Februari 2017. Dicapai pada 20 Februari 2020. In an editorial, the centrist Mainichi Shimbun said that Mr. Trump might have taken a strategy of ...
  2. ^ "Japan's media accuse Carlos Ghosn of 'cowardly act' after flight to Lebanon" [Media Jepun menuduh Carlos Ghosn sebagai 'bertindak sebagai pengecut' setelah terbang ke Lubnan] (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. 1 Januari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020. The centre-left Mainichi Shimbun quoted a senior prosecutor as saying: “This is what we predicted. This has ruined the prosecutors’ painstaking work.”
  3. ^ "朝日新聞、4年間で発行部数105万減の衝撃…新聞業界、存亡の危機突入へ" [Asahi Shimbun, kejutan penurunan peredaran 1.05 juta dalam 4 tahun ... Industri akhbar memasuki krisis kelangsungan hidup] (dalam bahasa Jepun). biz-journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2016.
  4. ^ ABC Jepun, purata untuk Julai–Disember 2005
  5. ^ 株式会社毎日新聞社 Kabushiki-gaisha Mainichi Shimbunsha
  6. ^ "Corporate philosophy of the Mainichi Newspapers Co". Mainichi.co.jp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Ogos 2020.
  7. ^ "The Mainichi". mainichi.jp (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2012. Dicapai pada 23 Jun 2012.
  8. ^ "グループ会社・団体/友好会社 リンク一覧" [Senarai Pautan Syarikat Kumpulan dan Pertubuhan / Syarikat Berkaitan] (dalam bahasa Jepun). Mainichi Newspapers Group Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2016. Dicapai pada 25 April 2016.
  9. ^ "沿革" [Sejarah] (dalam bahasa Jepun). Sports Nippon Newspapers. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2016. Dicapai pada 25 April 2016.
  10. ^ Nihon Shinbun Kyokai, Mainichi announces its online news site merger with MSN Diarkibkan 17 Disember 2007 di Wayback Machine News Bulletin No. 28 April 2004.
  11. ^ Reliability and openness key features of new Mainichi site Diarkibkan 4 Oktober 2007 di Wayback Machine Mainichi Daily News, (dalam bahasa Inggeris) 18 September 2007.
  12. ^ 産経Webは「MSN産経ニュース」に変わります, Sankei Shinbun, (dalam bahasa Jepun) 18 September 2007.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • De Lange, William (1998). A History of Japanese Journalism (dalam bahasa Inggeris). Japan Library. ISBN 1-87341068-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]