Majalah D'Herba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
D'Herba
Majalah D'Herba.jpg
Kulit majalah D'Herba sebagai hiasan sahaja.
Kategori Kesihatan
Kekerapan Bulanan
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web www.dherba.ini.my/%20Laman%20web%20rasmi%20D'HERBA

Majalah D'HERBA (Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia / Malaysia Herbal and Alternative Medicine Industry Directory) ialah majalah yang mula diterbitkan pada 2005 oleh Ideamas Editorial Services.

Edisi bercetaknya diedarkan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga boleh dibaca di laman web rasminya di dherba.ini.my.

Majalah ini khusus mengenai herba dan rawatan alternatif serta produk dan perkhidmatan berasaskan kedua-duanya. Ia majalah pertama seumpamanya diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (sebahagian besar kandungan adalah dalam bahasa Melayu).

Ia mengandungi pelbagai maklumat, termasuk info produk, petua tradisi, maklumat pengedar / stokis, jaringan perniagaan, penawar semulajadi, kecantikan wanita dan lelaki, panduan ibu bersalin & berpantang, salun & spa, kepenggunaan, peraduan, resipi, landskap herba, bioteknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penemuan baru dan seumpamanya.

Penerbitan D'HERBA bertitik-tolak daripada keperluan membekalkan maklumat berguna kepada industri dan orang ramai, terutama bagi memastikan mereka menggunakan herba dan rawatan alternatif secara selamat.

D’HERBA juga berguna sebagai rujukan dalam bidang bioteknologi, amalan kesihatan serta perubatan berasaskan herba dan rawatan alternatif. Ia juga amat berfaedah kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, penerbitan ini bermanfaat sebagai rujukan memajukan perniagaan serta membantu aktiviti promosi dan pemasaran.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]