Fantasi (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Majalah Fantasi)
Fantasi
Kulit majalah Fantasi sebagai hiasan sahaja.
KategoriSastera
KekerapanBulanan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Majalah Fantasi ialah satu-satunya majalah grafik terbitan berkala CESB mula berada dipasaran pada tahun 1983. Ia berformat prestij dan sasaran pembacanya di kalangan dewasa dan juga menjadi rujukan kepada siswa-siswi seni reka, seni bina, seni arca dan budaya. Majalah ini mengetengahkan ramai pelukis komik yang hebat seperti Azman Yusof, Mohas, Suhaime, Azman Shah, Ahmad Kamil, Jailani Abu Hassan, Weman, Jimi Kong dan Allahyarham Jeri.

Di tahun-tahun tersebut, teknik semburan udara atau airbrush , seni pop, cat minyak dan akrilik menjadi ledakan seni visual seantero dunia. Ia juga turut diaplikasikan oleh pelukis yang menyumbang karya kepada majalah Fantasi. Contoh yang jelas boleh dilihat pada mastheadnya dan karya-karya lukisan dan komik di dalamnya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.